CLICKable

06 April 2010

Alhamdulillah

Salam..
Alhamdulillah... Akhirnya selesai juga segala assignment KA. Semua assignment untuk sem ni telah pun Berjaya KA siapkan dan KA telah hantar. Fuh!!! Lega.. bukan apa. Lepas saja hantar semua assignment tu KA rasa macam dah ta ada lagi tekanan yang bakal melanda diri KA ni..haha.. lepas ni KA kena focus untuk exam pulak. Walaupun jadual exam belum keluar lagi tapi tak salahkan kalau KA saja2 nak mula study awal?? Lagipun dah ada insan yang volunteer nak study group dengan KA. Hehe.. ni yang semangat ni.

Masa assembly tadi pagi, ade lecturer cakap pasal volunteer entah apa entah. Tapi sounds good. Hihi~ KA rasa macam berminat pulak nak join. Lepas tu yang KA dengar (sebenarnya curi2 dengar taklimat untuk K.O) dia ada kena mengena dengan USM..wah macam best ja bunyi dia..tapi kalau tak ada kawan tetap tak menjadi plan KA ni..harap2 ada kawan yang nak join juga...

Ok..chow! Assalamualaikum...

03 April 2010

KA...[K]amalul [A]riffin...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia….
Ok… Kali ni KA rasa KA nak jadikan blog KA ni sebagai catatan apa sahaja yang KA nak catat. Memandangkan sahabat KA tadi pagi ada message KA dan bagi dia punya blog link, jadi KA rasa KA nak ceritakan sajalah apa-apa event yang KA rasa KA patut siarkan dalam blog ni.

Sekarang KA banyak sangat assignment. Hari Isnin nanti kena hantar folder PBS, assignment PKK dan lepastu ade pulak presentation TITAS. Tidak lupa juga kepada folder mathematic yang sepatutnya dihantar pada akhir Mac.hehe… tapi kenapa Mdm Ju macam rilex ja tak mintak folder tu hari tu kan? Lepas hantar segala assignment nni KA kene prepare untuk UAK pulak.isk3~ Lepas UAK ada Exam lagi. Fuh! Tak sangka sibuk jugak hidup sebagai pelajar ni kan. Haha!! Harap-harap segalanya berjalan lancar. Mula-mula KA ingat degree student ni lagi rilex. Rupa-rupanya….

Walau apa pun yang terjadi, KA kena berusaha. Chaiyok KA!!!! Aja-aja! Fighting!haha…
Pasal sahabat KA yang marahkan KA tu, KA belum lagi minta maaf dengan dia. Susahnya jadi lelaki ni. Ego. Nak minta maaf pun susah. Isk3. Harap-harap hari isnin nanti hati dia sejuk sikit la kan. KA ni banyak pulak harapan.hihi~

Tadi lepak bilik sorang sahabat ni. Dia bagi baca majalah solusi. Di sebenarnya selalu beli majalah tu. Dan selalu juga bagi KA baca. Tapi selalunya KA macam malas la nak baca sebab topik-topik dalam majalah tu tak berapa menarik perhatian KA. Tapi, tadi dia bagi KA baca isu 17. Tak sangka KA menghadap majalah tu dekat dua jam. Bukan apa. KA rasa topik-topik dia sangat menarik dan berkaitan dengan masalah yang KA tengah hadapi sekarang ni. Berguna sangat untuk KA. Tapi, sejauh mana artikel-artikel dalam majalah solusi isu 17 tu dapat memberi kesan dalam diri KA, KA pun tak tahu..kepada para pembaca blog KA ni (kalau ada..huhu~) rajin-rajinlah baca majalah solusi tu. Sangat bagus. Kalau rasa macam tak mampu nak beli, pinjam la dari kawan-kawan. Kalau ada kat library, jangan lepaskan peluang! sambar terus! Gerenti tak menyesal.

OK lah.KA nak teruskan perjuangan menentang assignment KA yang berlambak tu. Semoga KA dapat menewaskan semuanya! YEAH!!! Haha!!

p/s: banyak pulak nyamuk sekarang ni malam-malam. Kadang-kadang nak tidur pun terganggu. Tapi time nak tidur ja la.bila da tidur, agaknya nyamuk tu yang terganggu.hahaha!!!

01 April 2010

Maafkan daku


Ana sendiri pelik dengan diri ana sendiri. Bermula awal minggu ni, start je kuliah perangai ana ni da macam lain. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum cuti dua minggu lalu, memang la banyak sangat perbezaan perangai ana. Memang ana sendiri sedar. Dengan itu ana minta maaf sangat sangat dengan insan-insan yang berada di sekeliling ana yang terasa dengan perubahan sikap dan tingkah laku ana. Walaupun kalian mungkin tidak membaca apa yang ana post di blog ini, namun bagi ana ini mungkin jalan yang terbaik untuk ana luahkan kerana ana tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi segalanya. Maafkan ana wahai sahabat.
Pagi tadi ana sebenarnya hanya berniat untuk bergurau dengan seorang sahabat ni. Tapi mungkin dia tidak memahami niat ana. Dia pula berkecil hati dan merajuk. Nak buat macam mana, dah memang ana macam tu. Ana minta maaf banyak-banyak.
Kadang-kadang susah juga kalau kita nak bergurau dengan orang. Bukan semua orang boleh faham gurauan kita. Ada pula yang sensitive, kecil hati bila gurauan kita agak terlampau. Bila ada orang yang boleh faham gurauan kita, tak kan pula kita Cuma bergurau dengan dia. Nanti ada pula suara-suara yang cakap kita ni memilih, berpuak-puak.
Jadi ana sendiri pun tak tahu apa yang harus ana lakukan. Tadi ada juga ana bercakap dengan dia dengan niat untuk meminta maaf lah gamaknya. Tapi, dia langsung tidak memberikan respon yang baik. Malah pandang ana pun tidak. Aduh! Agak sukar di situ ya untuk memujuk sahabat ni. Apa pun, ana sangat berharap agar sahabat ini dapat memaafkan ana. Hmmmm......