CLICKable

25 June 2011

HEURISTIC APPROACH

wokeyh! [sambil geleng2 kepala]
sejak dua, tiga, seratus pat ploh lapah menjak ni ada dua tiga orang yang dah tanya KA 'apa tu heuristic approach?'. Mentang2 lah KA ni budak Math kan. Senior diorang pulak tu. Masalahnya dah benda ni KA dah setahun tak dengar. tak hengat dah apakejadahnya heuristic approach tu.

Tapi sebagai seorang senior yang berkaliber, berdedikasi dan baik hati serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk menerajui kepimpinan negara disamping memberikan khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada negara bangsa.. Maka KA pun carilah sikit2 maklumat pasal benda ni. Dan hasilnya? Nah KA tempek kat sini. Harap dapat membantu korang. Ni je yang KA mampu nak tolong pun. Yang lain tu korang kena la usaha sendiri kan. =)

Heuristic approach atau pendekatan heuristik merujuk kepada teknik berasaskan pengalaman untuk penyelesaian masalah, pembelajaran dan juga sebarang jenis penemuan (discovery). Kaedah heuristik digunakan untuk mempercepatkan proses untuk mencari satu penyelesaian yang tepat. Dalam erti kata lain, heuristik adalah strategi yang menggunakan maklumat yang sedia diperoleh untuk membantu dalam penyelesaian masalah bagi manusia dan mesin.

Kaedah heuristik yang utama adalah 'cuba jaya' yang juga digunakan dalam mencari nilai pemboleh ubah dalam masalah algebra. Kaedah Heuristik yang sering digunakan adalah:
  1. lukisan gambar 
  2. kerja terbalik [working backward]
sumber: wikipwedia.

Okeyh la.KA rasa itu je kot yang KA boleh bagi kat korang yang memerlukan. Kalau korang tak faham jugak, pandai2 la ya. Hehe. Ini pun KA translate je. Dan tak pasti pun translation ni betul.Entah2 salah.Haha~
Kepada korang yang study paper Numerical Literacy tu...GOOD LUCK!!

tatatititutu!!!~~

24 June 2011

PEMALAS!!!

okeyh2!! KA update la nih!

dah berapa hari dah tak update ini blog lah..
bukan apa jugak la.. ada sikit malas la anney~
mcm biasa la..idea tu ada tapi nak menaip tu yang malas..

btw,
dah seminggu dah berlalu untuk sem ni
pejam celik..pejam celik..
dah seminggu..
cube pejam celik..pejam celik..laju2..
mesti dah habis 3 tahun..haha
sem ni ada killer subject..cuaknye~
harap2 bukan KA yang jadi killer la..haha
elaun tak dapat lagi..matila!
bulan depan camping..lepastu debat..debat?
malasnya..

macam mana lah KA nak hadapi semua ni..??
CALCULUS..CAMPING..BIG..DEBAT??..
MATI!!!
doakan lah KA sakses yo..
dah la..nak sambung baca buku..
buku biru..x habis2 baca..bertahun dah mnghadap..
:p
tattititutuuuuu~~~

21 June 2011

Selamat Pagi Abang Senior!!

Di keheningan pagi yang indah, tenang dan permai, sekumpulan 'freshie' telah dibawa oleh beberapa orang senior mereka ke Kolej Kediaman setelah selesai aktiviti riadah pagi yang juga merupakan salah satu aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baru di kampus tersebut.

Sebagaimana yang diarahkan oleh senior-senior mereka. Dan sebagaimana yang telah dilakukan oleh senior2 mereka, dan juga super senior mereka, serta selipar senior mereka (agaknya tu la istilahnya kot), 'freshie'2 ini disuruh untuk meng'greet' senior mereka di kolej.

Setelah semua 'freshie' bersedia, mereka pun memulakan 'greeting' tersebut 
"Selamat Pagi Abang2 Senior Yang Belum Bangun!!"
Dan seperti biasa memang banyaklah suara-suara sumbang yang meminta 'freshie2' ini mengulang 'greeting' mereka sekadar untuk mendengki. Haha!

Dan tiba-tiba keluarlah seorang daripada senior mereka ke koridor dalam keadaan rambut yang yang macam berus dawai, muka macam ayam penyet, dan mata yang macam mata burung unta...dan berkata...
"Dik! Abang dah bangun. Terima Kasihlah sebab kejutkan. Kakak kau ni ha. belum bangun lagi dekat dalam tu. Boleh tolong kejutkan tak?"

***
Cerita rekaan....