CLICKable

05 July 2011

Puisi:Di Sudut Ini...

Di sudut ini
aku terperosok sendiri
memikirkan nasib dan takdir diri
yang segalanya masih tak pasti

Di sudut ini
aku menanti
segala yang tak pasti
untuk menjadi realiti

Di sudut ini
aku masih menyendiri
dan terus menanti
adakah pasti
segalanya akan menjadi realiti?

Ya ALLAH
aku hambaMU
tunjukkan jalanMU buatku
agar teguh peganganku pada taliMU
agar ampuh imanku bersuluh di jalanMU
agar terhidu buatku harum syurgaMU

LA ILA HA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH...


p/s: puisi ni spontan taip kat handphone masa kat surau minggu lepas. masa tu majlis penutupan aktiviti surau untuk freshie. ingatkan nak perfom puisi ni depan freshie, tapi takda kesempatan.

30 June 2011

SIBUK si PENYIBUK!!

pergh! tensionya!!
makin hari makin sibuk
camping pulak diawalkan..
sakit la mcm ni
untuk camping KA kena jadi:
1) AJK dokumentasi untuk pasukan
2)AJK Kecemasan untuk keseluruhan
3)AJK persembahan untuk pasukan

apa kes??!!
dah tak ada orang lain gamaknya dalam pasukan tu
semua KA yang kena..

bayangkan..
masa camping nanti..
setiap hari kena snap2 gambar..[best..takpa..]
lepas tu kena buat buletin..ambik video segala..[??]
tu baru AJK Dokumentasi..
lepastu..kalau orang eksiden ke hape ke..
nak kene cari ubat la..hape la..tu ini..
[harap2 xda eksiden..KA yg pengsan kalau cam tu]
tu AJK kecemasan..
ni persembahan ni apa cerita pulak ni?
tetiba je tadi dpt info..
persembahan tu kena ikut tema
tema dy: MIDDLE EAST
kepala hangguk!!!
ingat ni Anugerah Skrin ke nak tema2?!!
susah2..buat macam iklan susu cap teko je la kan..gelek!!gelek!!..

itu semua camping punya cerita..
SDP punya cerita belum masukkan lagi ni..
nak kena itu la..ini la..
warna itu..warna ini..
bergerak..melompat..berguling..
jadi batu..jadi tv..jadi lemang..
nasib baik tak kena jadi babi..[pengsan!!]

elaun tak masuk lagi..
haritu dorang cakap akan masuk bila2 masa..
penyu betul la..
kalo lapanploh juta hari lagi..
pun dikira 'bila2 masa' kan?!
elaun tak masuk2..macam mana nak beli herbalife..
nak jadi taff!!

tak ada duit..APA PON TAK BOLEH! dem!

p/s:luahan perasaan..

27 June 2011

Puisi Malam

dikala sayu malam nan syahdu
duduk aku sendiri tanpamu
baring aku teringatkanmu
termenung aku menginginkanmu

tanpa kamu
gundah gulana diriku
tunggang langgang jiwaku
lemah longlai tubuhku
fikiranku jadi tak menentu
di manakah kamu

makanan..mana kau??
aku lapar...

p/s:apa kes lapar ni? mata tak boleh lelap.. perut minta diisi.. pagi ada perhimpunan.. malas nak masak maggi...makan milo ja..harap2 x tersedak..haish~~