CLICKable

16 May 2010

SELAMAT HARI GURU


Alahai.. lama sangat KA tak update blog ni. Tapi lama mana pun, ada juga kawan2 KA yang lagi lama tak update blog dia.haha.
Hari ni hari guru. Jadi sebagai seorang bakal guru yang mengerti pahit jerih serta kepayahan seorang guru dalam berusaha mendidik anak bangsa, KA sangat berbesar hati untuk membuat ucapan hari guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia.
Kepada semua warganegara Malaysia yang bergelar warga pendidik (tidak semestinya guru sebab guru hanya di sekolah kan. Kalau warga pendidik termasuk la pensyarah dan yang seangkatan dengannya), KA nak ucapkan selamat hari guru. “Guru Pembina Negara Bangsa”. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati dan diredhaiNya sentiasa.
Di kesempatan ini juga KA nak buat ucapan SELAMAT HARI GURU yang sangat istimewa buat guru2 KA yang pernah mengajar KA::
SK Pekan Nanas:
(1 usaha) cikgu Ismail, cikgu Hamidah, cikgu Lutfi...ni  ja lah yang KA ingat. Ya lah kan dah lama sangat. Hehe.
(2 Mutiara) cikgu Khairunisa, cikgu Faizal, cikgu Mat dll
(3 Zamrud) cikgu Rohani, dll
(4,5 & 6 Baiduri) mdm Ho, cikgu Suhaimi, cikgu Rustam, cikgu Yusoff, cikgu Rahman, ustazah Hayati Desa, cikgu Latif, cikgu Syukri, cikgu Yassin, cikgu Jamilah Salleh, cikgu Saniah, cikgu Z, dan cikgu2 yang mengajar di SK Pekan Nanas sepanjang 1997-2002. Sayang kamu semua. Hehe.
SMK Dato’ Penggawa Barat:
(1 Angsana) ustazah Izyani, cikgu Syarifah Ain, cikgu teacher Zanariah, cikgu Raihani, cikgu Rosmida, ustazah Roshidah, cikgu Halijah Ismaila, cikgu rohana n cikgu hidayati
(2 Anggerik) cikgu Hanisah, mr Azman @ Boss, ustaz Wan Yusli, cilgu Raihani, cikgu Hidayati, cikgu Rahim, cikgu Syarifah Ain, ustaz Haris,
(3 Angsana) umi Wan Anida, cikgu Simin, teacher Miza, ustazah Hamidah Aris, cikgu Hafiza, cikgu Hamidah, cikgu Airil, cikgu Shaida, cikgu Zahari Manan, cikgu Rahmah,
(4 & 5 Anggerik) ustazah Hamidah Aris, cikgu Maimanah Kadiran, teacher Hanafiah, cikgu Sawlahudin, cikgu Rohana Bukhari, cikgu Hasnah, cikgu Kahar, cikgu Kalsom, uztaz Wan Yusli, ustaz shukor..dan semua warga guru SMK Dato’ Penggawa Barat pada sesi 2003-2007. Terima kasih cikgu!!
KMJ:
(yg KA ingat) pn hafizah selaku mentor LDK 104, en Yasin selaku pensyarah math kuliah hayat 1, dan semua lecturer KMJ sesi 2008/2009
IPGKGaya:
Semua lecturer selama KA berada di sini...
Juga kepada bakal2 guru yang sedang menanti untuk berkhidmat kepada anak bangsa juga KA ucapkan selamat hari guru. Semoga perjuangan dan pengorbanan yang sedang kita lakukan ini tidaklah sia-sia.
SELAMAT HARI GURU!!!

05 May 2010

SK KOLOMBONG...

Salam..
Agak lama ye KA tak update blog ni..isk3~~ OK taka pa..jangan risau..Ni kan KA update ni..hehe..
Sebenarnya KA tak tahu nak ltak apa dalam blog KA ni..hehe~ dah malas nak cerita pasal apa yang berlaku dengan diri KA ni. Dah bosan dah la..malas nak cerita kat sini. So, cerita tempat lain. Kat mana? Ada la..hehe~

Entry kali ni KA nak story pasal lawatan KA dan classmates KA ke SK Kolombong, Inanam. Kami lawat sekolah tu sebab kat sekolah tu ada pendidikan khas. Disebabkan kami ada belajar pasal kanak-kanak berkeperluan khas jadi amat wajar di sini untuk kami melawat sekolah ni.

SK Kolombong ni agak cantik la. Ya la sekolah ni baru lah juga. Tahun 2000 baru buka. Tak macam kampus ni. Da dekat seabad kot. Tu yang macam nak runtuh saja semua bangunan. Haish!!

Secara keseluruhan pengalaman kat sekolah tu sangat best. Walaupun budak2 tu ada yang hyper, ADHD, autis, slow learner dan macam2 lg, tapi pengalaman di sekolah tu sangat seronok. Ya lah kalau bukan kerana lawatan tu tak tentu lah pula bila lagi KA dan kawan2 nak dapat pengalaman dengan budak2 khas tu kan..

Tu ja lah yang KA nak stori..alahai sikit juga!?? Ok la tu. Daripada tak ada kan? Hehe~

p/s:: masa KA type entry ni roommate KA sedang melayan lagu2 zaman bapak KA..agak seronok ye dia melayan..lepas tutup lappy dia sambung pulak guna handphone. Apa2 lah roommate..asal kau bahagia..ye...hehe~~

27 April 2010

kembali kepada ku...


Hey there...salam..
Besok exam TITAS.. KA rasa macam belum ready lagi lah..huhu~ tp ada lah jug abaca sikit2..takut juga kalau tiba2 apa yang KA baca tak keluar esok..harap2 tidak lah..maksudnya harap2 besok keluarlah apa yang KA baca..Fuh!!

Tadi masa dekat kelas KA ok saja dengan keadaan.. dah tak sakit lagi kepala. Ok lah tu kan? Hehe~ lepas habis kelas lepak dengan classmates di library.. gosip2...bual2..sambil bincang2 pasal TITAS lah..dan lepas solat zuhur di surau tadi baru balik hostel. Print out segala bahan bacaan untuk sambung revision malam ni. Plan nak study group dengan member2... tengah duk print..tiba2 rasa sakit pulak kepala ni..aduhai kepala...tapi Alhamdulillah la tak seteruk sebelum ni. Cuma sakit sikit saja. Kenapa agaknya ya? Mungkin nervous kot besok nak exam.. padahal sebelum ni UAK tak ada pulak nak nervous..huhu~

Tadi masa dekat kelas KA ada baca blog kawan.. kawan yang ada di kampus lain.. tak nak lah mention nama dia.. kang dia bangga pulak..haha~~ dia post crita seram komedi pulak dalam dia punya blog..ingat dia sorang ja kah yang ada cerita seram?? KA pun ada. Tapi tunggulah nanti bila KA dah free.. KA post kan..haha~~

Ok lah .. KA dah tak tahu apa lagi sebenarnya yang KA nak isi dalam blog KA ni..jd lain kali kalau ada idea atau apa2 yang KA nak kongsi.. KA masukkan lah dalam blog ni walaupun macam tak ada orang baca ja..huhu~~ yalah2...ada lah juga orang baca..tapi tak ramai kan...OK pembaca blog KA ni??jangan marah ya..hehe~~