CLICKable

22 May 2010

Qarin..

Assalamualaikum.
Start daripada beberapa hari lepas, ada lah member2 KA ni bercerita pasal Qarin. Dan KA pun mula lah berfikir 'apa tu Qarin??' mungkin diarang punye istilah kot. Ya la kan budak2 zaman sekarang ni ada saja istilah diorang. Manalah tahu..

Lepas tu ada lagi dua tiga orang member KA ni bercerita pasal Qarin. Bila KA tanya apa benda tu Qarin, diorang cakap jin. OK.. Apa2 lah wahai kawan. Tapi KA macam tak puas hati pulak bila tak tahu pasal benda Qarin ni.. dan KA pun cari lah artikel pasal Qarin ni. baru je tadi Ka cari. Kalau korang nak baca, ni KA bagi link. korang klik ja la.. hehe~
klik sini ye

OK selamat membaca...ngeee~~

20 May 2010

FIRST PAPER ='(

KA baru je balik dari exam first paper td. Td paper EDU3101. Paper yang banyak sangat benda yang perlu dihafal. KA ni dah la sengal bab2 menghafal ni. Tp KA dah stdu group sjak minggu lepas lagi. Thanx la kat kawan2 study group KA iaitu Amalina, Afiqah Bakri, Hafizah Fatin, Haziq, Akmal dan juga Hafizah walaupun sekejap ja dengan cik Fizah ni.huhu~

Tadi pagi KA study lagi. Sorang2 kat libry. Dalam kul 11 gitu KA da kat libry da. Bukan ape, saje je KA nak study sorang2. Lagipun tak selesa la belajar kat bilik ni. Bising. Roomateku yang tersayang tu study ngan awek dy kat dalam telefon. Bukan la KA nak marah tapi KA tak selesa. Jadi KA pun bersiap awal dan study kat libry. Tengah duk study, tiba2 KA sakit kepala pula. Aduhai.. KA cuba tahan tapi apakan daya dah sakit.

Masa nak masuk dewan tadi pula KA duk la luar dewan sementara tunggu boleh masuk. Dari pukul 1 KA tunggu sebab libry tutup. Pakcik2 tu nak rehat agaknya. Nak sambung study tapi entahlah. Kepala otak KA ni macam dah tak boleh berfungsi. Dengan sakitnya lagi macam mana lah ilmu tu nak melekat kat dalam kepala kan..

Bila KA dah ada dalam dewan, KA pun duduklah kat tempat duduk KA. Bila dapat soalan KA terus buka nak baca la. Apa lagi kan. Bila tengok soalan, kepala KA makin pening. Apa soalan ni nak sebenarnya??? Dan bila tiba waktu menjawab KA jawab aje lah apa yang KA mampu nak jawab. Ade jugak lah keluar yang telah dispot. Ada juga yang tak dispot tapi KA n kawan2 da study masa study group.

Namun, apa yang KA paling terkilan adalah KA tak dapat nak ingat apa yang KA dah ingat. Ada satu soalan tu, kami dah hafal dah. Sama2 kami hafal semalam. Kat state libry, masa lunch semalam pun kami hafal dan revise. Tadi pagi pun KA revise balik mase kat libry. Tapi tak sangka KA tak ingat masa nak jawab soalan tu. Cuma dua point je yang KA dapat. Itu pun tak pasti betul atau tak. Ada pulak soalan yang KA langsung tak baca dan tak tahu. Jadi KA tak jawablah. Dan banyak sangat yang KA hentam. Sedih betul KA tadi tau. Sampai meleleh air mata.

Bila pergi surau nak solat asar, ada pula KA terdengar yang cakap dia dapat soalan spot dan soalan tu bulat2 keluar tadi.fuh..beruntungnya dia...


*kawan2..tak payahlah Tanya kenapa KA muke moody je mase balik dari dewan td ea..nila sebabnye..

16 May 2010

SELAMAT HARI GURU


Alahai.. lama sangat KA tak update blog ni. Tapi lama mana pun, ada juga kawan2 KA yang lagi lama tak update blog dia.haha.
Hari ni hari guru. Jadi sebagai seorang bakal guru yang mengerti pahit jerih serta kepayahan seorang guru dalam berusaha mendidik anak bangsa, KA sangat berbesar hati untuk membuat ucapan hari guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia.
Kepada semua warganegara Malaysia yang bergelar warga pendidik (tidak semestinya guru sebab guru hanya di sekolah kan. Kalau warga pendidik termasuk la pensyarah dan yang seangkatan dengannya), KA nak ucapkan selamat hari guru. “Guru Pembina Negara Bangsa”. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati dan diredhaiNya sentiasa.
Di kesempatan ini juga KA nak buat ucapan SELAMAT HARI GURU yang sangat istimewa buat guru2 KA yang pernah mengajar KA::
SK Pekan Nanas:
(1 usaha) cikgu Ismail, cikgu Hamidah, cikgu Lutfi...ni  ja lah yang KA ingat. Ya lah kan dah lama sangat. Hehe.
(2 Mutiara) cikgu Khairunisa, cikgu Faizal, cikgu Mat dll
(3 Zamrud) cikgu Rohani, dll
(4,5 & 6 Baiduri) mdm Ho, cikgu Suhaimi, cikgu Rustam, cikgu Yusoff, cikgu Rahman, ustazah Hayati Desa, cikgu Latif, cikgu Syukri, cikgu Yassin, cikgu Jamilah Salleh, cikgu Saniah, cikgu Z, dan cikgu2 yang mengajar di SK Pekan Nanas sepanjang 1997-2002. Sayang kamu semua. Hehe.
SMK Dato’ Penggawa Barat:
(1 Angsana) ustazah Izyani, cikgu Syarifah Ain, cikgu teacher Zanariah, cikgu Raihani, cikgu Rosmida, ustazah Roshidah, cikgu Halijah Ismaila, cikgu rohana n cikgu hidayati
(2 Anggerik) cikgu Hanisah, mr Azman @ Boss, ustaz Wan Yusli, cilgu Raihani, cikgu Hidayati, cikgu Rahim, cikgu Syarifah Ain, ustaz Haris,
(3 Angsana) umi Wan Anida, cikgu Simin, teacher Miza, ustazah Hamidah Aris, cikgu Hafiza, cikgu Hamidah, cikgu Airil, cikgu Shaida, cikgu Zahari Manan, cikgu Rahmah,
(4 & 5 Anggerik) ustazah Hamidah Aris, cikgu Maimanah Kadiran, teacher Hanafiah, cikgu Sawlahudin, cikgu Rohana Bukhari, cikgu Hasnah, cikgu Kahar, cikgu Kalsom, uztaz Wan Yusli, ustaz shukor..dan semua warga guru SMK Dato’ Penggawa Barat pada sesi 2003-2007. Terima kasih cikgu!!
KMJ:
(yg KA ingat) pn hafizah selaku mentor LDK 104, en Yasin selaku pensyarah math kuliah hayat 1, dan semua lecturer KMJ sesi 2008/2009
IPGKGaya:
Semua lecturer selama KA berada di sini...
Juga kepada bakal2 guru yang sedang menanti untuk berkhidmat kepada anak bangsa juga KA ucapkan selamat hari guru. Semoga perjuangan dan pengorbanan yang sedang kita lakukan ini tidaklah sia-sia.
SELAMAT HARI GURU!!!