CLICKable

01 February 2010

Sukarnya Menjadi Insan yang "Baik"...

Setiap insan pasti memiliki unsur positif dan negatif.Tidak kiralah sehebat mana pun seseorang itu, selagi dinamakan manusia, tidak akan pernah lepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Amatlah pembohong sekiranya ada insan yang mengakui dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan. Sekalipun segala ketidakbetulan yang dia lakukan itu tidak dapat dilihat atau dikesan oleh mana-mana insan lain yang hidup dalam satu komuniti atau komuniti yang lain, dia tetap pernah melakukan walaupun hanya satu kesilapan yang amat kecil.


Dengan itu ana tertarik untuk menceritakan tentang kisah seorang sahabat ana yang tidaklah ana kenal dengan terlalu rapat. Seorang sahabat sangat pendiam ana kira kerana sepanjang perkenalan yang kami sangat sedikit percakapan beliau jika ingin dibandingkan dengan ana yang sangatlah banyak mulut. Beliau merupakan seorang yang boleh ana kategorikan sebagai sangat istiqomah dalam ibadah di dalam persekitaran yang sangat mencabar ini. Apa-apa pun ana rasa tidaklah wajar bagi ana untuk memuji-mujinya kerana segala pujian itu hanya milikNya selayaknya..

Namun, disebalik amalannya yang istiqomah itu ada ceritanya. Cerita itu bukanlah datang dari ana sendiri kerana bukanlah ana melihatnya dengan mata sendiri tetapi cerita ini ana terima dan dengar daripada insan-insan lain yang lebih rapat dengannya.

Menurot diorang, sahabat ini dahulunya hanyalah insan biasa. Namun hidayah yang telah Allah berikan itu telah membawa kepada perubahan yang ketara dalam diri beliau. Perubahan itu pulak terus menerus dan istiqomah sehingga ke hari ini. Baru-baru ini seorang sahabat rapatnya ada bercerita kepada ana mengenai sahabat ini yang kononnya sudah berasa letih dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Ya, sekiranya ana menjalani kehidupan sepertnya juga ana akan berasa sangat letih. 


Itulah yang ana maksudkan dengan 'Sukarnya Njadi Insan yang "Baik"'. Sahabat yang telah ana ceritakan tadi sudah lama istiqomah dengan amalannya. namun masih juga terpalit didalam hatinya sedikit keluhan dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri. Sejauh manakah amalan dan istiqomah kita selama ini? Adakah setiap amalan yang kita pernah lakukan itu diistiqomahkan? Pernahkah kita mengeluh dengan segala kebaikan yang pernah kita lakukan itu?

SUBHANALLAH!!!!!

No comments: