CLICKable

27 May 2010

GURPIS


GURPIS? Apakah?
Mesti ramai yang tertanya2 kan. Apekebendanya GURPIS tu. Haha. Meh sini KA bagitau cerita di sebalik GURPIS ni.
Pada musim study yang lalu atau juga musim exam, KA dan rakan2 telah membentuk satu kumpulan belajar atau 'study group'. Pada hari terakhir kami belajar bersama-sama, kami telah ke 'Hasyim Cafe' untuk makan tengah hari. Sebenarnya hanya KA dan Haziq ja yang nak lunch sebab yang lain2 tu dorang cakap dah ada lunch kat hostel. Tapi bila Haziq cakap nk pinjam kereta orang terus masing2 nak pergi skali. Dorang ni nk kirim beli goreng pisang je actually..hehe.

masa dekat Hasyim Cafe tu, tengah duk makan pisang goreng atau dah biasa disebut sebagai goreng pisang, tiba2 c Haziq ni pulak sebut 'gurpis'. Lepastu masing2 yang lain terpinga2. Apa pulak haziq ni? tiba2 gurpis..gurpis.. Lepastu dy pun explain la pada kami apa tu gurpis. Dan selepas KA selidik sikit2, KA dah faham la juga pasal gurpis ni. haha.

Asal-usul GURPIS:
Menurut Haziq, perkataan gurpis ni dia dengar daripada Khairi atau manusia yang mendapat gelaran anak angkat dia, jadi KA pun ada la juga soal2 budak Khairi ni..(yang pasti bukan Khairi Jamaludin ea..haha) Khairi cerita pada KA bahawa dia pertama kali mendengar perkataan gurpis ni pada usia 14 tahun iaitu masa dia form 2. Masa tu, dia tengah ikut member dia dengan bapak member dia dalam sebuah kereta. Nak pergi mana tu kena tanya Khairi sendiri la. KA tak tanya pula. Menurut cerita Khairi, bapa member dia ni tiba2 cakap yang diorang nk berhenti untuk singgah di kedai(atau gerai) untuk membeli 'gurpis' dan pada saat itu, Khairi sepertimana kita semua pada kali pertama mendengar perkataab gurpis tu, sangat tertanya-tanya dan terpinga-pinga... Dan tidak lama lepastu, bapak member dia ni berhenti di gerai orang jual pisang goreng. Barulah dia sedar yang gurpis itu adalah singkatan bagi 'GURing PISang'. Mungkin masyarakat setempat sebut macam tu kot.haha.

agak cantik ye susunan gurpis ni..hehe..agak2 mana sedap ea? yang ni ka yang d Hasyim Cafe??

KA cadangkan satu hari nanti ahli2 GURPIS habiskan gurpis sebanyak ni..haha!!

Pada sesi lunch kami (yang stdy group tu) tiba2 dengan penuh suspennya, Fateen telah berkata "bah bagila nama group kita ni" dan dengan spontan kami menjawab "GURPIS!!" haha..

itulah cerita di sebalik GURPIS ni. hehe..

p/s::kepada Fateen, KA dah buat da entry pasal GURPIS ni sebagaimana ko suruh2 tu..hehe..
kepada ahli GURPIS...KA rasa bagus kita cari la nama yang cantik sikit untuk nama group ni. Agak yee Grupis..
kepada semua sahabat IPG..hehe..selamat bercuti ye...

24 May 2010

EXAM!!!

Petang ni KA ada lagi satu paper exam. Petang ni masih lagi paper EDU.. Petang ni EDU3102 iaitu Perkembangan Kanak-kanak. Kalau haritu KA rasa macam tak yakin nak masuk dewan, hari ni pula KA rasa macam ragu2. Ya la persediaan dah ada, tapi risau kalau apa yang dibaca tak keluar pulak. macam biasa lah semua orang pun rasa macam tu juga kan. hehe~

KA minta2 lah sangat jangan lah hari ni pun KA sakit kepala macam hari tu. Kalau sakit juga, memang parah lah KA ni. Kawan KA cakap mungkin KA sakit kepala sebab rabun. Memang pun KA rabun. Tapi entah lah, tak best lah pakai spek.huhu~

Kepada kawan2 yang nak exam juga, KA ucapkan semoga berjaya. Tak nakk lah ucap good luck. Sebab hari tu sebelum masuk dewan, ada sorang lecturer ni dy cakap 'u dont need good luck!! just hard work!!' haha~malu je time tu kan kena perli. haha.

OK lah nak prepare untuk exam. hehe~chiow!!

22 May 2010

Qarin..

Assalamualaikum.
Start daripada beberapa hari lepas, ada lah member2 KA ni bercerita pasal Qarin. Dan KA pun mula lah berfikir 'apa tu Qarin??' mungkin diarang punye istilah kot. Ya la kan budak2 zaman sekarang ni ada saja istilah diorang. Manalah tahu..

Lepas tu ada lagi dua tiga orang member KA ni bercerita pasal Qarin. Bila KA tanya apa benda tu Qarin, diorang cakap jin. OK.. Apa2 lah wahai kawan. Tapi KA macam tak puas hati pulak bila tak tahu pasal benda Qarin ni.. dan KA pun cari lah artikel pasal Qarin ni. baru je tadi Ka cari. Kalau korang nak baca, ni KA bagi link. korang klik ja la.. hehe~
klik sini ye

OK selamat membaca...ngeee~~

20 May 2010

FIRST PAPER ='(

KA baru je balik dari exam first paper td. Td paper EDU3101. Paper yang banyak sangat benda yang perlu dihafal. KA ni dah la sengal bab2 menghafal ni. Tp KA dah stdu group sjak minggu lepas lagi. Thanx la kat kawan2 study group KA iaitu Amalina, Afiqah Bakri, Hafizah Fatin, Haziq, Akmal dan juga Hafizah walaupun sekejap ja dengan cik Fizah ni.huhu~

Tadi pagi KA study lagi. Sorang2 kat libry. Dalam kul 11 gitu KA da kat libry da. Bukan ape, saje je KA nak study sorang2. Lagipun tak selesa la belajar kat bilik ni. Bising. Roomateku yang tersayang tu study ngan awek dy kat dalam telefon. Bukan la KA nak marah tapi KA tak selesa. Jadi KA pun bersiap awal dan study kat libry. Tengah duk study, tiba2 KA sakit kepala pula. Aduhai.. KA cuba tahan tapi apakan daya dah sakit.

Masa nak masuk dewan tadi pula KA duk la luar dewan sementara tunggu boleh masuk. Dari pukul 1 KA tunggu sebab libry tutup. Pakcik2 tu nak rehat agaknya. Nak sambung study tapi entahlah. Kepala otak KA ni macam dah tak boleh berfungsi. Dengan sakitnya lagi macam mana lah ilmu tu nak melekat kat dalam kepala kan..

Bila KA dah ada dalam dewan, KA pun duduklah kat tempat duduk KA. Bila dapat soalan KA terus buka nak baca la. Apa lagi kan. Bila tengok soalan, kepala KA makin pening. Apa soalan ni nak sebenarnya??? Dan bila tiba waktu menjawab KA jawab aje lah apa yang KA mampu nak jawab. Ade jugak lah keluar yang telah dispot. Ada juga yang tak dispot tapi KA n kawan2 da study masa study group.

Namun, apa yang KA paling terkilan adalah KA tak dapat nak ingat apa yang KA dah ingat. Ada satu soalan tu, kami dah hafal dah. Sama2 kami hafal semalam. Kat state libry, masa lunch semalam pun kami hafal dan revise. Tadi pagi pun KA revise balik mase kat libry. Tapi tak sangka KA tak ingat masa nak jawab soalan tu. Cuma dua point je yang KA dapat. Itu pun tak pasti betul atau tak. Ada pulak soalan yang KA langsung tak baca dan tak tahu. Jadi KA tak jawablah. Dan banyak sangat yang KA hentam. Sedih betul KA tadi tau. Sampai meleleh air mata.

Bila pergi surau nak solat asar, ada pula KA terdengar yang cakap dia dapat soalan spot dan soalan tu bulat2 keluar tadi.fuh..beruntungnya dia...


*kawan2..tak payahlah Tanya kenapa KA muke moody je mase balik dari dewan td ea..nila sebabnye..

16 May 2010

SELAMAT HARI GURU


Alahai.. lama sangat KA tak update blog ni. Tapi lama mana pun, ada juga kawan2 KA yang lagi lama tak update blog dia.haha.
Hari ni hari guru. Jadi sebagai seorang bakal guru yang mengerti pahit jerih serta kepayahan seorang guru dalam berusaha mendidik anak bangsa, KA sangat berbesar hati untuk membuat ucapan hari guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia.
Kepada semua warganegara Malaysia yang bergelar warga pendidik (tidak semestinya guru sebab guru hanya di sekolah kan. Kalau warga pendidik termasuk la pensyarah dan yang seangkatan dengannya), KA nak ucapkan selamat hari guru. “Guru Pembina Negara Bangsa”. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati dan diredhaiNya sentiasa.
Di kesempatan ini juga KA nak buat ucapan SELAMAT HARI GURU yang sangat istimewa buat guru2 KA yang pernah mengajar KA::
SK Pekan Nanas:
(1 usaha) cikgu Ismail, cikgu Hamidah, cikgu Lutfi...ni  ja lah yang KA ingat. Ya lah kan dah lama sangat. Hehe.
(2 Mutiara) cikgu Khairunisa, cikgu Faizal, cikgu Mat dll
(3 Zamrud) cikgu Rohani, dll
(4,5 & 6 Baiduri) mdm Ho, cikgu Suhaimi, cikgu Rustam, cikgu Yusoff, cikgu Rahman, ustazah Hayati Desa, cikgu Latif, cikgu Syukri, cikgu Yassin, cikgu Jamilah Salleh, cikgu Saniah, cikgu Z, dan cikgu2 yang mengajar di SK Pekan Nanas sepanjang 1997-2002. Sayang kamu semua. Hehe.
SMK Dato’ Penggawa Barat:
(1 Angsana) ustazah Izyani, cikgu Syarifah Ain, cikgu teacher Zanariah, cikgu Raihani, cikgu Rosmida, ustazah Roshidah, cikgu Halijah Ismaila, cikgu rohana n cikgu hidayati
(2 Anggerik) cikgu Hanisah, mr Azman @ Boss, ustaz Wan Yusli, cilgu Raihani, cikgu Hidayati, cikgu Rahim, cikgu Syarifah Ain, ustaz Haris,
(3 Angsana) umi Wan Anida, cikgu Simin, teacher Miza, ustazah Hamidah Aris, cikgu Hafiza, cikgu Hamidah, cikgu Airil, cikgu Shaida, cikgu Zahari Manan, cikgu Rahmah,
(4 & 5 Anggerik) ustazah Hamidah Aris, cikgu Maimanah Kadiran, teacher Hanafiah, cikgu Sawlahudin, cikgu Rohana Bukhari, cikgu Hasnah, cikgu Kahar, cikgu Kalsom, uztaz Wan Yusli, ustaz shukor..dan semua warga guru SMK Dato’ Penggawa Barat pada sesi 2003-2007. Terima kasih cikgu!!
KMJ:
(yg KA ingat) pn hafizah selaku mentor LDK 104, en Yasin selaku pensyarah math kuliah hayat 1, dan semua lecturer KMJ sesi 2008/2009
IPGKGaya:
Semua lecturer selama KA berada di sini...
Juga kepada bakal2 guru yang sedang menanti untuk berkhidmat kepada anak bangsa juga KA ucapkan selamat hari guru. Semoga perjuangan dan pengorbanan yang sedang kita lakukan ini tidaklah sia-sia.
SELAMAT HARI GURU!!!

05 May 2010

SK KOLOMBONG...

Salam..
Agak lama ye KA tak update blog ni..isk3~~ OK taka pa..jangan risau..Ni kan KA update ni..hehe..
Sebenarnya KA tak tahu nak ltak apa dalam blog KA ni..hehe~ dah malas nak cerita pasal apa yang berlaku dengan diri KA ni. Dah bosan dah la..malas nak cerita kat sini. So, cerita tempat lain. Kat mana? Ada la..hehe~

Entry kali ni KA nak story pasal lawatan KA dan classmates KA ke SK Kolombong, Inanam. Kami lawat sekolah tu sebab kat sekolah tu ada pendidikan khas. Disebabkan kami ada belajar pasal kanak-kanak berkeperluan khas jadi amat wajar di sini untuk kami melawat sekolah ni.

SK Kolombong ni agak cantik la. Ya la sekolah ni baru lah juga. Tahun 2000 baru buka. Tak macam kampus ni. Da dekat seabad kot. Tu yang macam nak runtuh saja semua bangunan. Haish!!

Secara keseluruhan pengalaman kat sekolah tu sangat best. Walaupun budak2 tu ada yang hyper, ADHD, autis, slow learner dan macam2 lg, tapi pengalaman di sekolah tu sangat seronok. Ya lah kalau bukan kerana lawatan tu tak tentu lah pula bila lagi KA dan kawan2 nak dapat pengalaman dengan budak2 khas tu kan..

Tu ja lah yang KA nak stori..alahai sikit juga!?? Ok la tu. Daripada tak ada kan? Hehe~

p/s:: masa KA type entry ni roommate KA sedang melayan lagu2 zaman bapak KA..agak seronok ye dia melayan..lepas tutup lappy dia sambung pulak guna handphone. Apa2 lah roommate..asal kau bahagia..ye...hehe~~