CLICKable

09 April 2010

mood...


Salam.. pada hari jumaat yang mulia ni mood KA tak berapa nak baik la pulak. Bukan ape.. pagi2 lagi dah kelas dengan lecturer yang x berapa nak best. Haha! Tp nasib baik la dia buat lawak hari ni. Jadi ok la juga.. dan yang paling tak disangka-sangka dia boleh pula habiskan kelas awal hari ini. Apa lagi? Meriah la kelas tu.hehe..

Tapi tak tahu la kenapa mood KA hari ni sangat tak ok. Mungkin sebab kes dengan budak perempuan semalam tu kot. Hari ni tak layan dia. Malas. Entah apa-apa ja la dia tu. Lantak la dia.

Atau mungkin kerana fikiran KA yang bercelaru. Apa yang KA fikirkan? Entah.. KA pun tak tahu. Susah la nak cakap. Huhu~ mumngkin KA seorang ja yang faham.. biarlah KA pendam sorang2.

Sahabat2 KA pulak.. diorang macam lain2 ja dengan KA sekarang ni. Dakah KA sekarang ni dah jarang dengan diorang sampai diorang fikir KA dah tak nak layan diorang macam biasa?? Oh tidak. Kalau korang baca post KA ni, percayalah.. KA sangat tak senang hati tengok korang macam ni. Kenapa?? Apa salah KA? Bagitau ja la..

Ok la. KA nak prepare.. nak bersiap pergi solat jumaat.
p/s: nak pergi repair printer.. tak tahu la nak pergi bila..hari kah? Besok kah? Tengok lah. Kalau mood ok petang ni keluar lah pergi hantar printer tu masuk ICU.. banyak lagi ISL yang nak di print...huhu~