CLICKable

26 April 2010

sakit kepala


Salam ukhwah..
Dah agak lama KA tak update blog ini..ada lah juga lebih kurang seminggu. Dan dalam seminggu ini juga banyak sangat perkara yang berlaku pada KA. Ada yang suka, ada yang duka, adayang seronok dan ada juga yang memberikan tekanan..
Tapi apapun KA tetap dapat mengharungi hari-hari yang lalu dengan jayanya dan KA masih lagi berpeluang untuk menghirup udara segar pagi ni..(*segar ke??)..
Sejak akhir-akhir ni, KA selalu rasa sakit kepala. KA rasa sakit kepala ni macam lain lah. Sakit kepala yang kerap dan hanya rasa sakit pada bahagian belakang. Dan sakit tu seolah-olah berdenyut2. Kalau nak dikatakan yang KA ni tak cukup tidur, setiap kali bangun tidur pun sakit. Nak kata lebih tidur, KA rasa tak lah lebih sangat. Adakah ini kerana ubat yang KA makan. Tapi ubat tu untuk allergic.. tak kan effect pula kan?? Entah la.. ada juga kawan2 suruh pergi klinik, tapi KA malas la. Biarlah..
Apa pun semoga KA cepat sembuh dan KA dapat mengharungi hari yang mendatang dengan penuh bahagia...
*******************************************
Kepada blogger yang suruh KA update blog KA...ni ha KA dah update..KA dah tah tak tau nak letak apa lagi..baca lah sepuas2 ya....hehe~~

ni sambungannyer..hehe~~

Hehe~~pasal sakit kepala KA tu.. KA rasa KA dah tau apa penawar dia..hihi~...camni..tadi petang KA ada birthday party tutor kelas KA dengan classmates KA lah..dengan siapa lagi kan?hehe~ punya lah happy KA time tu..bergambar aja lah..yalah...KA agaknya dah diiktiraf sebagai ‘class cameranan’ agaknya..haha~~apa-apalah asalkan diorang happy...bergambar punya bergambar..KA tak sedar pulak yang KA punya sakit kepala tu macam dah hilang..tapi bila KA fikir2kan...kenapa pulak tak sakit ni??(*kes tak bersyukur la ni...Astaghfirullah...) dalam duk berfikir tu...sakit la pulak kepala KA ni..haish!!duhai kepala...apakah masalah mu??minta di service kah?hehe~

Lepas habis birthday party tu, KA pun pergilah ke Taman Rimba dengan ‘gurlz’..hehe~ sambung bergambar. Hilangkan boringlah..duduk dalam bilik pun buat apa? Mencanguk depan laptop pastu pening..haha~ kat taman rimba tu kami bergambar sampailah bateri kamera KA ni habis..hehe~sakan nampak?? Dan masa ni juga KA tak rasa langsung sakit kepala tu..jadi KA ni kena la sentiasa aktif dalam kelas dan banyak cakap gamaknya..alahai..macam mana KA nak berubah jadi budak baik ni??adusss.... dan KA mula terfikir..adakah sakit kepala KA tu kerana stress??mungkin lah kan? KA..oh..KA...hehe~

Apa2 pun..Alhamdulillah KA dah sihat sekarang..semoga sakit tu tak datang lagi...
 
kepada blogger yang KA maksudkan tu...dah puas sekarang??KA dah update...
faham2 la siapa yang KA maksudkan tu ya...hehe~~