CLICKable

25 June 2011

HEURISTIC APPROACH

wokeyh! [sambil geleng2 kepala]
sejak dua, tiga, seratus pat ploh lapah menjak ni ada dua tiga orang yang dah tanya KA 'apa tu heuristic approach?'. Mentang2 lah KA ni budak Math kan. Senior diorang pulak tu. Masalahnya dah benda ni KA dah setahun tak dengar. tak hengat dah apakejadahnya heuristic approach tu.

Tapi sebagai seorang senior yang berkaliber, berdedikasi dan baik hati serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk menerajui kepimpinan negara disamping memberikan khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada negara bangsa.. Maka KA pun carilah sikit2 maklumat pasal benda ni. Dan hasilnya? Nah KA tempek kat sini. Harap dapat membantu korang. Ni je yang KA mampu nak tolong pun. Yang lain tu korang kena la usaha sendiri kan. =)

Heuristic approach atau pendekatan heuristik merujuk kepada teknik berasaskan pengalaman untuk penyelesaian masalah, pembelajaran dan juga sebarang jenis penemuan (discovery). Kaedah heuristik digunakan untuk mempercepatkan proses untuk mencari satu penyelesaian yang tepat. Dalam erti kata lain, heuristik adalah strategi yang menggunakan maklumat yang sedia diperoleh untuk membantu dalam penyelesaian masalah bagi manusia dan mesin.

Kaedah heuristik yang utama adalah 'cuba jaya' yang juga digunakan dalam mencari nilai pemboleh ubah dalam masalah algebra. Kaedah Heuristik yang sering digunakan adalah:
  1. lukisan gambar 
  2. kerja terbalik [working backward]
sumber: wikipwedia.

Okeyh la.KA rasa itu je kot yang KA boleh bagi kat korang yang memerlukan. Kalau korang tak faham jugak, pandai2 la ya. Hehe. Ini pun KA translate je. Dan tak pasti pun translation ni betul.Entah2 salah.Haha~
Kepada korang yang study paper Numerical Literacy tu...GOOD LUCK!!

tatatititutu!!!~~