Sekali lagi diingatkan, cerita ini adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar satu penulisan. terima kasih kepada yang sudi membaca =)
***
CINTA? Aku langsung tak tahu apa-apa pasal cinta. Apa lagi bila orang-orang sekeliling sibuk bercerita pasal cinta monyet, cinta palsu, dan macam-macam jenis cinta lagi yang bila aku dengar aku rasa macam dengar orang sebut ‘angin’ saja. Langsung tak memberi kesan pada aku. Sehinggalah aku bertemu dengan dia.
Aku seorang budak kampung yang comot, busuk, dan selekeh. Aku langsung tak kisah bila orang sekeliling aku cakap macam tu pada aku dan aku tak peduli. Suka hati dioranglah apa diorang nak cakap yang penting aku boleh hidup dan aku tak menyusahkan diorang. Lagipun aku rasa aku ni ok je. Tak adalah terlampau comot pun. Cuma kadang-kadang aku makan tu terlupa nak lap mulut. Tak adalah busuk sangat. Hari-hari aku mandi walaupun sekali. Kadang-kadang tu memang la tak gosok gigi, tu pun sebab terlupa stok ubat gigi dah habis. Nak kata aku ni selekeh, aku rasa biasa je bila tak gosok baju bila pergi sekolah ke, kenduri ke. Kan kita kena jimat elektrik.
Comot-comot aku pun, Alhamdulillah aku dapat jugak sambung belajar sampai sekarang ni aku dah ada ijazah. Orang yang berlagak cun, berlagak macho kat kampung aku tu, SPM pun gagal apa cerita? Lantak lah diorang apa nak jadi. Lagipun selama ni aku berak aman je, tak ada gangguan daripada diorang pun. Dah lah aku bukan nak cerita pasal diorang. Aku nak cerita pasal kisah cinta aku.
Kan aku dah cakap awal-awal tadi yang aku ni tak tahu apa-apa pasal cinta. Dan aku ni budak kampung yang comot, busuk dan selekeh. Tu semua pada pandangan orang sekeliling aku. Kalau korang tanya aku memanglah aku akan cakap aku ni pernah dapat tawaran jadi model. Tapi aku yakin korang tak akan percaya sebab korang cemburu kan. Dah lah, malas nak layan.
Sambung cerita. Masa aku kat universiti dulu memang sangat sedih sebab tak ada orang nak kawan dengan aku. Semua orang pandang aku ni pelik ja. Tu lah silapnya orang Malaysia ni. Suka pandang luaran. Diorang tak tahu hati aku ni sikit punya baik. Tapi aku ok ja. Orang tak sudi tak kan kita nak paksa pulak kan. nanti aku kena tuduh berkelakuan aneh pulak. Tak pasal-pasal kena buang, terpaksa balik kampung menghadap orang kampung aku yang perasan cun dan macho tu. Ada la lebih kurang satu semester aku bersendirian tanpa ada kawan apatah lagi kekasih. Tapi aku sikit pun tak menyesal sebab CGPA aku dapat 4.0.
Masuk semester baru, aku dapat roomate baru. Aku sangat bersyukur sebab roomate aku yang lama tu sangat hampeh. Malas nak cerita pasal dia. Buang masa dan tenaga ja. Tapi roomate baru aku ni sangat cool! Sebab dia pun comot, busuk dan selekeh macam aku. Aku sangat suka. Kami berkawan sampailah kami habis belajar.
Untuk pengetahuan korang kami tak ada lah terus comot, busuk dan selekeh sampai kami habis belajar. Kami pun ada akal jugak kan. Bila kita tengok orang lain kemas dan bergaya kita pun nak juga kemas dan bergaya kan. Macam tu lah juga kami. Cuma aku punya gaya lain sikit la dengan si kawan yang seorang ni.
Satu hari tu masa kami semester akhir, masa tu kami makan tengah hari di cafe lepas kuliah, masa tu lah aku rasa nyawa aku ni macam dah nak kena tarik saja. Jantung aku tak payah cerita lah. Laju sampai rasa macam nak terkeluar.
“Kau dah kenapa Min?” Mot tanya aku bila dia nampak aku pelik tiba-tiba. Sebenarnya aku panggil dia ‘Comot’ sebab dia comot. Sangat tak sedar diri kan aku ni.
“Tu. Kau nampak tak budak perempuan tu?” aku bagi tau Mot sambil tunjuk seorang budak perempuan yang tengah lintas meja kami. Budak perempuan tu memang sangat cantik. Ayu ja aku tengok. Jalan pun berlenggang lenggok. Kalau ada orang letak kepala tepi pinggul dia masa dia berjalan, memang jauh terpelanting.
“So?” balas Comot. Aduh! Apa ke lambatnya kawan aku yang seorang ni?
“Lambat la kau ni! Cun siot!” aku harap dia faham la.
“Sejak bila pula kau mula nak puji orang ni? Bukan ke kau tu menyampah kalau tengok orang lain cun ke macho ke apa. Tiba-tiba pulak kau puji budak tu apasal? Kau jatuh hati pulak dengan dia?” pandai pun. Aku tak cakap apa-apa kat dia. Aku Cuma senyum ja sambil tengok budak perempuan tu. “Woi!” tiba tiba pulak Mot jerit depan muka aku.
“Apahal?” siapa tak panas hati kan kalau tiba-tiba kena tengking macam tu.
“Kau dah hilang akal ke apa?” tanya Mot. Kali ni pandai pula dia cakap perlahan-perlahan.
“Salah ke?” aku soal dia balik. Ya. Salahkah aku untuk menghargai sesuatu keindahan. Indah ja aku memandang budak perempuan tu.
“Ish!. Malas lah aku nak layan kau. Dah lah aku bla dulu. Kalau nak cari aku, cari aku kat library,” bagus juga kau bla Mot. Aku pun apa lagi. Nak ngurat budak perempuan tu tak berani. Jadi aku tengok ja lah dari jauh.
Itu semua masa aku belajar dulu, masa dekat universiti. Lepas daripada hari tu aku langsung dah tak pernah nampak budak perempuan tu. Entah dia yang hilang ke aku yang sibuk aku pun tak ingat. Sekarang ni pula aku teruskan kehidupan aku sebagai manusia berkerjaya. Dan aku masih lagi berhubung dengan Comot. Dia memang kawan terbaik yang aku pernah ada.
Pernah sekali tu aku nak ajak Comot makan tengah hari dengan aku. Kami memang selalu makan sama-sama kalau waktu kerja kebetulan pejabat kami dekat.
“Hello Mot. Jom lunch,” aku telefon dia.
“Alamak Min. Hari ni tak dapat la. Aku ada appointment lunch dengan client ni. Kau ajak la staff kat office kau saja ya. Aku minta maaf sangat lupa nak bagitahu kau. Aku pun baru teringat pagi tadi,” balas Comot. Memang menghampakan.
“Okey lah kalau kau tak sudi kan. Nak buat macam mana. Terpaksalah aku lunch seorang-seorang,” aku buat-buat sedih. Mana lah tau dia tipu aku. Mesti dia kesian kan.
“Wei, aku betul-betul ada meeting la. Kau ingat aku main-main ke? Nak mengada-ngada pula. Aku tumbuk perut kau pakai lutut aku karang tak sempat kau nak lunch,” marah pula si Comot ni.
“Haha. Aku main-main je lah. Yang kau nak emosi ni apa hal pula? Okey lah kau pergilah lunch dengan client kau tu. Entah client ke entah scandal. Saja je kau ni kan. Semua nak sorok dengan aku. Okey bye,” aku terus letak telefon. Aku memang suka menyakat orang ni, lagi-lagi Comot.
Aku makan seorang diri ja hari tu. Sebab aku malas nak keluar makan dengan staff lain dekat office aku tu. Aku tau, diorang bukan suka sangat dengan aku, sebab apa aku tak tahu. Agaknya diorang saja nak sakit hati sebab aku lagi hot dari diorang kot. Lantaklah. Masa aku nak balik office lepas lunch hour tu aku rasa buat kali keduanya dalam hidup aku yang aku ni dah nak mati. Aku terserempak dengan budak perempuan yang aku nampak masa aku tengah makan dengan Comot dekat universiti dulu. Dia naik lif sama dengan aku. Jantung aku memang kencang gila lah masa tu.
“Hai,” aku cuba tegur dia sambil senyum. Aku sendiri tak dapat bayangkan betapa buruknya senyuman palsu aku masa tu.
“Hai,” dia balas sambil senyum. Pergh! Cair terus aku. Lepas tu aku terus terdiam tak cakap apa-apa dah. Tergamam.
Balik kerja hari tu aku terus cerita pada Comot dengan mata yang bersinar-sinar. Comot masih macam dulu jugak. Dia macam marah kat aku. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku tak peduli. Bagi aku ini mungkin apa yang orang selalu cakap cinta pandang pertama. Mana tidaknya, malam tu aku tidur pun mimpikan budak tu. Esoknya sebelum pergi kerja aku sampai lupa nak sarapan sebab tak sabar nak terjumpa dengan budak tu lagi.
Tapi harapan aku memang hancur pagi tu sebab aku tak nampak pun budak perempuan tu. Aku pun terfikir, agaknya budak tu datang semalam sebab nak interview minta kerja kot. Sebab tu hari ni aku tak nampak dia. Nampak gayanya aku tak dapat la nak jumpa dia lagi.
Macam biasa lah lunch hari tu aku plan nak lunch dengan Comot. Tapi aku kena confirmkan dulu dengan dia. Nanti jadi macam semalam pula tiba-tiba ada appointment.
‘Jadi tak lunch sama-sama? Ada appoinment lagi ke hari ni?’ aku SMS Comot. Jimat kredit.
‘Jadi. Jumpa tempat biasa,’ Comot balas. Cepat pula dia balas SMS aku. Tak ada kerja agaknya.
Aku pun cepat-cepat kemas meja aku dan terus keluar pejabat. Perut aku memang dah pedih dari pagi lagi. Semua gara-gara nak jumpa budak perempuan tu punya pasal. Nasib baik tak kena gastrik ke appendix ke. Kalau tak sia-sia ja.
Disebabkan aku keluar paling awal dalam pejabat tu jadi aku seorang ja yang guna lif masa tu. Masa aku dah dekat dalam lif dan pintu lif tu dah nak tertutup rapat tiba tiba ada orang tekan butang pintu tu dan pintu lif tu pun terbuka semula. Memang sebiji macam dalam drama. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab orang yang tekan butang pintu lif tu adalah orang yang aku nak jumpa sangat. Budak perempuan tu!
“Fuh. Nasib baik sempat,”budak tu bisik tapi aku dengar.
Aku terus ambik handphone aku dan SMS Comot.
‘Sorry aku ada hal. Urgent. Ko makan lah dengan siapa-siapa. Sorry,’ suka hati aku ja tipu Comot.
“Erm.. Awak ni yang saya jumpa semalam masa dalam lif ni kan?” entah mana datang aku punya berani pun aku tak tahu.
“Ya,” dia jawab, ringkas ja. Malu kot.
“Awak kerja dalam bangunan ni ke? Saya tak pernah nampak pun sebelum ni,” aku saja tanya.
“Ya. Saya baru mula kerja semalam. Mungkin sebab tu awak tak pernah nampak saya kot. Saya Hani,” dia hulur tangan. Aku pun apa lagi pantas je sambut tangan dia.
“Saya Min. Erm.. Awak dah lunch? Kalau belum kita boleh lunch sama-sama,” aku pelawa dia makan dengan aku. Manalah tahu boleh tersangkut.
“Belum lagi. Boleh juga kalau nak lunch sama-sama. Saya pun tak ada kawan nak lunch. Maklumlah saya kan baru je kerja dekat sini jadi belum ada kawan. Tapi lunch hour saya 15 minit lagi. Awalnya lunch hour office awak?” ramah juga perempuan ni. Aku tersentap sekejap. Kantol keluar awal. Nasib baik juga dia sudi makan dengan aku kalau tak terpaksalah aku makan seorang. Siapa suruh cancel dengan Comot.
“Eh, office saya memang bagi saya seorang je keluar awal. Tak adalah,kebetulan saya free hari ni sebab tu keluar awal,” cover “Kalau macam tu saya tunggu awak dekat lobby, nanti kita pergi makan sama-sama. Saya belanja,” tiba-tiba saja lapar aku hilang. Siap sanggup tunggu dia dekat lobby lagi. Belanja dia pula tu. Banyak duit aku!.
Memang tepat-tepat pukul satu dia turun dari office dia. Aku nampak dia keluar lif sambil senyum-senyum tengok aku. Dia punya lenggok memang tak ubah dari dulu sampai sekarang.
“Kita nak makan dekat mana?” dia tanya aku macam dia pula nak belanja aku kan.
“Jom saya bawak awak pergi tempat special punya,” aku teruskan usaha.
“Okey. Jom,” dia punya senyum tak pernah hilang. Tu yang aku suka tengok dia ni.
Aku pun apa lagi. Melonjak-lonjaklah hati aku ni. Aku bawa dia makan dekat restoran kegemaran aku. Sengaja aku bawak dia makan jauh sikit. Kalau makan di restoran dekat-dekat dengan office nanti kantol pula dengan Comot.
Memandangkan aku baru saja kenal dengan dia, masa makan tu kami berbual pasal latarbelakang masing-masing. Dia terkejut aku ni rupa-rupanya senior dia masa dekat universiti. Aku pun buat-buat tak sangka la kononya aku ni tak tahu padahal aku dah pernah nampak dia masa dekat universiti dulu.
“Hani. Boleh saya tanya sikit?” aku nak cuba tanya dia.
“Hai dari tadi bukan awak dah banyak tanya saya ke? Hehe..Tanyalah,”dia jawab. Orang tengah serius dia boleh pula main-main.
“Awak ni dah ada kekasih ke?” direct je soalan aku kan.
“Kenapa pula awak tanya?” muka dia berubah sikit. “Tak ada. Kenapa?” dia tanya aku balik.
“Agak-agak saya ni ada chance tak untuk jadi kekasih awak?” berdebar aku tunggu jawapan dia.
“Apa awak cakap ni? Tak kelakar lah,” dia jawab. Muka dia dah naik merah dah aku tengok.
“Saya tak main-main. Sejak pertama kali saya nampak awak, saya yakin yang saya dah jatuh cinta dengan awak...,”
SPLASH!! Ngam-ngam aku cakap tu jus tembikai dia terus masuk dalam lubang hidung aku. Sikit je yang masuk, yang lebihnya tu habis basah kat muka aku. Baju aku pun habis semua basah.
“Awak jangan nak perbodoh-bodohkan saya ya. Awak ingat saya ni perempuan macam mana? Cubalah pakai otak sikit! Atau awak nak saya bawak awak pergi cek otak awak tu waras ke tidak?” laju je dia hembus depan muka aku. Malu la siot! Kenapa dia tiba-tiba marah aku pun tak tahu.
“Tapi Hani, saya ikhlas,” aku merayu supaya dia dengar apa aku nak cakap.
“Ikhlas kepala otak awak! Dahlah malas saya nak layan awak. By the way, thanks for the lunch,” kuat juga la dia cakap sampai semua orang dalam restoran tu pandang kami. Lepas tu dia bangun dan terus jalan. Aku memang malu gila masa tu. Cepat-cepat aku panggil pelayan untuk bayar dan balik rumah terus. Aku ambil emergency leave.
Petang tu Comot datang rumah aku. Katanya dia risaukan aku. Dia tanya apa benda yang urgent tu. Aku ingat aku nak cakap kat dia yang aku sakit perut. Disebabkan aku bengang, sakit hati dan macam-macam perasaan lagi yang ada lepas dimalukan masa lunch tadi, aku pun ceritalah apa yang jadi pada Comot.
“Hahaha. Dia cakap macam tu dekat kau?” Comot ketawa sakan. Ni yang aku marah ni. Aku cerita kat dia, nak mengadu. Dia pula yang gelakkan aku lebih.
“Ya. Apasal kau gelak? Lucu sangat la konon? Ni ke bestfriend? Orang sedih-sedih macam ni dia gelak,” aku memang kecik hati.
“Memang patut pun dia buat macam tu kat kau. Padan muka kau! Hahaha.” Makin kuat pulak dia gelak.
“Kenapa pula kau cakap macam tu? Kau ni sama je macam si Hani tu. Salah ke aku ni ada perasaan cinta? Patutnya kau support aku tau. Aku ni kawan kau. Kawan baik kau,” aku cuba bela diri. Tapi aku tetap tak faham kenapa Comot suka sangat. Sementara dia gelak tu aku sambung lagi, “Selama ni kau memang marah aku kan bila aku cerita pasal Hani tu dekat kau. Kenapa? Kau cemburu ea? Kau suka dekat dia ke?”
“Haha. Ada pulak aku cemburu. Tolonglah. Eh Min, memanglah tak salah kalau kau nak ada perasaan cinta kau tu. Tapi biarlah bertempat, Sengal! Aku ingat selama ni aku marah kau, kau faham. Tapi aku tak sangka kau ni lagi bengap dari sangkaan aku. Haha. Kalau kau nak bercinta, memang aku akan support kau. Tapi kalau kau nak bercinta dengan Hani tu memang kerja gila kau tahu. Kau ni memang boleh masuk Maharaja Lawak lah,” dia jawab. Aku makin tak faham.
“Apa kau cakap ni?” aku nak minta dia bagi aku faham.
“Kau ni memang confirm bebal. Nama saja degree holder tapi tahap bebal kau tu kalah budak tadika kau tahu tak?”
“Maksud?”
“Woi bongok! Tak kan lah kau nak bercinta dengan si Hani tu? Dia tu perempuan. Kau pun perempuan wahai Jasmin! Kalau kau nak bercinta pun cari lah lelaki, mangkuk!” Comot jawab dan sambung gelak.
“Oh..” serius aku baru tahu.. @_@
***
terima kasih sekali lagi sebab sudi baca sampai habis. =)
Do leave your comment.