Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia….
Ok… Kali ni KA rasa KA nak jadikan blog KA ni sebagai catatan apa sahaja yang KA nak catat. Memandangkan sahabat KA tadi pagi ada message KA dan bagi dia punya blog link, jadi KA rasa KA nak ceritakan sajalah apa-apa event yang KA rasa KA patut siarkan dalam blog ni.
Sekarang KA banyak sangat assignment. Hari Isnin nanti kena hantar folder PBS, assignment PKK dan lepastu ade pulak presentation TITAS. Tidak lupa juga kepada folder mathematic yang sepatutnya dihantar pada akhir Mac.hehe… tapi kenapa Mdm Ju macam rilex ja tak mintak folder tu hari tu kan? Lepas hantar segala assignment nni KA kene prepare untuk UAK pulak.isk3~ Lepas UAK ada Exam lagi. Fuh! Tak sangka sibuk jugak hidup sebagai pelajar ni kan. Haha!! Harap-harap segalanya berjalan lancar. Mula-mula KA ingat degree student ni lagi rilex. Rupa-rupanya….
Walau apa pun yang terjadi, KA kena berusaha. Chaiyok KA!!!! Aja-aja! Fighting!haha…
Pasal sahabat KA yang marahkan KA tu, KA belum lagi minta maaf dengan dia. Susahnya jadi lelaki ni. Ego. Nak minta maaf pun susah. Isk3. Harap-harap hari isnin nanti hati dia sejuk sikit la kan. KA ni banyak pulak harapan.hihi~
Tadi lepak bilik sorang sahabat ni. Dia bagi baca majalah solusi. Di sebenarnya selalu beli majalah tu. Dan selalu juga bagi KA baca. Tapi selalunya KA macam malas la nak baca sebab topik-topik dalam majalah tu tak berapa menarik perhatian KA. Tapi, tadi dia bagi KA baca isu 17. Tak sangka KA menghadap majalah tu dekat dua jam. Bukan apa. KA rasa topik-topik dia sangat menarik dan berkaitan dengan masalah yang KA tengah hadapi sekarang ni. Berguna sangat untuk KA. Tapi, sejauh mana artikel-artikel dalam majalah solusi isu 17 tu dapat memberi kesan dalam diri KA, KA pun tak tahu..kepada para pembaca blog KA ni (kalau ada..huhu~) rajin-rajinlah baca majalah solusi tu. Sangat bagus. Kalau rasa macam tak mampu nak beli, pinjam la dari kawan-kawan. Kalau ada kat library, jangan lepaskan peluang! sambar terus! Gerenti tak menyesal.
OK lah.KA nak teruskan perjuangan menentang assignment KA yang berlambak tu. Semoga KA dapat menewaskan semuanya! YEAH!!! Haha!!
p/s: banyak pulak nyamuk sekarang ni malam-malam. Kadang-kadang nak tidur pun terganggu. Tapi time nak tidur ja la.bila da tidur, agaknya nyamuk tu yang terganggu.hahaha!!!