“Kamu boleh saja membawa seekor kuda ke pinggir air, tetapi  kamu tidak boleh membuatnya minum kecuali apabila dia mahu. Kamu boleh  memaksa anakmu memakan bayam, tetapi kamu tidak boleh memaksa dia  menyukai bayam. Kamu boleh saja menyuruh anak perempuanmu menutup aurat,  malah memaksanya, lalu dia menurut. Tetapi kamu sekali-kali tidak mampu  membuat dia menyukainya dengan paksaan. Maka ramai anak perempuan  apabila keluar daripada ruang pandang ibu bapa berbuat sesuka hati  kerana ugutan tidak boleh menonton televisyen, tidak peroleh duit saku,  atau ugutan emosi sang ayah sudah tiada.
             Justeru, kuasa pemacu karakter itu perlu ada di dalam, bukan di luar.  Maka ubahlah hatinya, maka dia akan sendiri mengubah dirinya dan dunia.”
Rujukan: Novel BINTANG-BINTANG KE SYURGA oleh Xarine
 

