CLICKable

31 October 2011

PROMOTION!!!

nah~ mesti ada yang excited sangat tengok "PROMOTION" tu kn..
[macam aku excited nak cuti walaupun exam tak start lagi~]

aku bukan nak promote apa sangat pon.hehe
cuba korang tengok kat sebelah kanan tu >>
nampak tak?
apa korang nampak?
korang mesti ada nampak gambar aku pakai coat ke hape ntah orang sebut nama dia tu kan.
kalau dah nampak tu..klik la..hehe
lpas klik, sila like.
bukan apa, aku rasa lama dah aku buat page tu. tapi cuma ada 28 orang je yang like. huhu~
[very derr tak malu minta orang like kann~]

pastu kan..
korang tengok kiri pulak.. <<<
nampak?
nampak ke?
apa korang nampak?
macam ada iklan2 something kan?
haha~
aku bukan nak suruh klik..tapi
kalau korang nak tau apa jadi kalau korang klik..
korang try la..
hikhik~

ok la~
cau cincau~


p/s:thanx to all reader.even blog ni tak banyak gambar korang still baca..huhu~ tenkiu sesangat kpd supporters!! [perasaan ada supporters kannn~]

Hari Ini Hari Isnin

YA! hari ni hari Isnin. Hari ni habis dah cuti seminggu yang aku takda buat apa2..cuti seminggu yang aku tak update pon blog. haha~ malas~ =.=''

next week dah start exam dan aku sekali lagi telah teringat bahawa aku telah mensia-siakan cuti seminggu tu tanpa study apa2!. bangganya aku!!

esok ada test basic calculus. yeay! aku sangat seronok sebab aku dah terlepas 7 hari = 168 jam yang aku boleh gunakan untuk study tapi aku buang cam tu je dengan aktiviti yang langsung tak ilmiah [termasuklah tak update blog].

seminggu cuti. walaupun takda apa2 yang aku buat. tapi ada apa2 yang berlaku. haha. korang paham ke? paham ke? tak kan? hahaha~ <<  ni la akibat menyesal buang masa seminggu..sewel dah aku ni ha~

hari ni hari isnin. hari  ni start study week. aku akan gunakan study week ni sebaik-baiknya![ye la tu~] aku akan study sampai aku boleh jawab exam sambil pejam mata..
[ye..pejam mata.. tidur time exam la maksundnye tu sebab tak tau nak jawab apa.tu la yang berlaku setiap sem.puii!]

minggu ni study week. minggu depan dah start exam [hari khamis je pon]. minggu satu lagi exam jugak dari isnin sampai khamis. straight! derm~ tak suke3! [sambil hentak2 kaki dan goyang2 bahu]

dan paling aku.paling apa ek? nak kata happy, aku biasa2 aje. nak kata sedih, tak jugak. paling biasa2 la senang citer kan [padahal excited giler!] lepas habis exam tu cuti!!! yo! balik JOHOR!!!

ngok ngek hihok hihok
[tetiber kuar bunyi2 pelik]
excited jo!
[ye.aku memang excited kalau cuti.kalau exam nak pula aku excited kan..]

ok sekian~

p/s: kepala dah tintong pikir sal exam. roomate plak tak habis2 nyanyi lagu klasik dy tu. grrr~

12 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2





    

10 October 2011

TERINGIN~

okeyh! sekarang ni aku teringin sangat nak balik umah. [tu la ko. gedik sangat! orang suruh balik raye ko tak nak sape suruh! tanggung senirik!]
ekskius mi! aku ni memang jenis orang yang berani buat berani tanggung ea.. [at least ada  walaupun tak semua~]

BERANI tak pergi kuliah
BERANI la buat surat tunjuk sebab
BERANI minum air gas
BERANI la sakit perut
BERANI makan cili
BERANI la rasa pedas
BERANI kentut
BERANI la hidu
BERANI tidur lewat
BERANI la ngantuk dalam kelas sampai kena maki ngan lecturer [maneade lecturer maki..terlebih over plak~sorry~]

apa aku meghepek nih! tak de. apa aku nak cerite sini..aku cuma teringin nak melancong. huhu~ tak payah nak oversea sangat! dalam Malaysia pon jadi la. teringin giler! dah la aku tak pernah melancong huhu~ [kalau visit family n ikut rombongan sekolah tu tak kire melancong ea..]

tengok belog orang. kejap2 melancong sana..kejap2 melancong sini.. bukak pesbuk.. tengok photo orang pakai sweater tebal2 [even kat kundasang jer..] waaahh..bestnyer.. teringin! teringin!

tapi.......apakan daya. aku tak mampu kan. belum ada rezeki. kalau ada rezeki tu ada la kan. tak kan kemana jugak. nak mengharap nuffnang pon.. berapa orang je yang klik iklan tu. aku check dalam akaun nuffnang aku pon cume ada doplohlimesen jek..tak beganjak dari bulan lepas. dan itu adalah pencapaian terbaik aku. untung ada orang klik. TIMACEH ye sapa yang klik tu..

tetibe terfikir. kan best kalau ada orang tetiba nak sponsor aku g melancong. murah rezeki orang tu..kan2..hihi.. [memang berangan la ko KA nak tunggu orang spon ko. ko hengat ko hot?!]

p/s: ini adalah entry 'tolong la klik iklan nuffnang tu..hihi~ [sambil buat muka kucing dlm citer shrek tuh]' ...sangat tak malu!

WAWASAN PENAMPANG

naaa..tajuk tu bha..
actually aku terfikir nak buat entry ni masa aku nak balik hostel dari KK. masa dalam bas nombor tigablas Terminal Wawasan - Penampang.

almaklumlah kan aku ni peminat tegar kenderaan awam terutamanya bas Penampang Wawasan nombor 13 kalau aku kat KK ni atau bas Pontian Larkin nombor 96 kalau aku kat pontian.. ye la..aku kan takde kenderaan sendiri..dan paling sandi aku xde lesen pon..matai..selama ni bawak motor orang illegally..very da crime~

tadi masa aku dalam bus nombor tigabelas. time tu bas belum jalan. masih tunggu orang penuh. aku duduk sorang-sorang tepi tingkap sambil menikmati bayu malam yang menghembus2 pipi gebu lagi halus mulus aku ni..aku berfikir...

dari HQE pegi Terminal Wawasan tambangnye semilanposen..kalau budak kecik yang mak bapak dy dokong je tak payah bayar tambang..wah...bagus3! tapi kalau mak bapak dy nak bagi dy duduk atas seat..dy mesti bayar tambang..ok la..tapi kan..kalau aku duduk ke..berdiri ke..tambang aku tetap jugak semilanposen. ok aku bukan berkira,,tapi ce pikiOr~ korang naik bus, kene berdiri sebab dah xde seat. then ada satu seat tu budak kecik duduk dan dy still kene bayar tambang. harga tambang sama macam ko.tapi ko tak dapat seat! persoalan yang aku nak timbulkan..kenapa tambang orang yang berdiri ngan orang yang duduk sama?

aku rasa tu ok lagi kot. kalau aku sorang je yang tak dapat seat. aku masih bertenaga dan sasa untuk berdiri kalau setakat dari HQE ke terminal tu. tapi kalau makcik2 ke pakcik2 yang dah sakit kaki tu? tak ke kesian. dah la budak2 remaja yang perasan macho/cun kat KK ni sangat x berbudi bahasa [bukan semua ea..yg x perasan macho/cun tu sangat berbudi bahasa..termasuk yang sememangnya macho..contohnya aku..sangat berbudi bahasa].bukannya dorang nak bagi pakcik2 ni duduk. lagi2 kalau bas tu penuh sampai orang berdiri depan pintu..diulang..depan pintu...bukan d tangga.kadang2 aku kesian tengok orang tu kene berdiri..tapi masalahnya tempat duduk aku ngan orang tu jauh..kang bila aku bangun tetiba ada pulak malaon yg berdiri sebelah aku tetiba duduk dengan tak reti malunya..

tengah aku duduk2 dalam bas tu tadi..sambil tunggu bas tu yang tak reti nak penuh. aku terpandang tingkap tepi aku yang tebukak luas dah macam pintu dah aku tengok..dan aku pon tolak sikit tingkap tu.biar tinggal sikit je bagi udara masuk. bukan apa..aku risau. sekarang ni bukan boleh percaya sangat dengan orang yang lalu lalang kat tepi kita ni. kang tetiba ada OKH [Orang Kurang HajOr ] lalu tepi bas tu lalu menyimbah asid ke muka comel lotey aku ni. tak pasal2 cacat.tak sanggup aku. sapa kata muka aku tak comel.meh sini tunjuk kat aku sepuluh orang yang lagi comel dari aku.cepat tunjuk! senang aku nak simbah asid kat muka dy..haha..
apa yang aku nak sampaikan kat sini. korang eh salah. kita semua kene hati2 kat mana2 je. bahaya ada di mana2. malang tak berbau.kalau berbau senang kita nak tutup hidong. ni tidak. tak sempat nak tutup hidong da kene simbah asid. kalau tutup hidong kan selamat hidong ko..haha~

ada jugak aku terfikir. bila la nak ade kenderaan sendiri kan..xpe! di mana ada kemahuan di situ ada jalan! yeah! chaiyo KA!! 

p/s:korang.aku sempat nak update entry n bace update korang je. belum sempat nak follow komen ke apa kat blog korang. mana sempat, aku buat la.tapi usually aku baca. as a silent reader. xpe! ada masa aku lepak2 kat blog korang lame2 ye..ni nak bz lagi dah ni..mcm2 benda nak blaku pasni. korang keep updating ya! THANX A LOT for viewing!! muah3! [sambil sengaja menyemburkan air liur]..

07 October 2011

BEAUTIFUL FRIDAY

hehe..entry hari ni nak jugak tajuk ala2 wordless wednesday n spontaneous thursday kan..hehe..saje je. dah alang2 dua hari letak nama hari dalam entry. tak kan tak boleh hari ni kan.
lagipun hari ni kan hari Jumaat. penghulu segala hari. whatever la..

ok..aku baru je lepas present last assignment td. gila nervous aku present tadi. tapi bebudak klas aku cakap tak pulak aku nampak nervous. okey je diorang cakap. lancOr je. tak tahu aku kat depan tu macam nak terkeluar jantung. nasib tak pecah salur darah aku..kang tak pasal2 pulak kena tahan kad wad.

ok..assignment dah habis. lepas ni ada khidmat komuniti pulak. tak tahu lah bila. then ada lagi hari gerko. hari gerko ni la paling manang. mana tak nye semua aku nak sapu. pertandingan kawad muka aku..persembahan nazam muka aku..persembahan tarian pon muka aku..nah! puas la korang muntah2 darah hijau ngadap muke aku nanti..takpe!takpe!takpe!takpe!takpe! muke aku kan kiut..kiut giler cam kucing yang berak depan bilik aku dua hari lepas. derm!

semalam tak tido sebab buat assignment. tapi aku puas hati sebab aku tak stress buat assignment tu. rilex je sambil online dan minum nescafe 3 in 1 campur pulak dengan milo fuze 3 in 1..entah apa rasa dy. kalo korang nak tau buat sendiri..haha..aku pon tak tahu kenapa aku rilex betul buat assignment tu padahal orang lain tension macam nak tercabut segala rambut! my positive thinking is Allah bantu. Alhamdulillah.

p/s: hari ini hari jumaat! Salam Jumaat untuk kalian!  :)

aku tak tau apa aku buat ni!


06 October 2011

Spontaneous Thursday #1 [waaahh..malam2 update blog!]




"Kesilapan itu berada di mana-mana selagi adanya makhluk bergelar manusia.." -(Kamalul Ariffin,2011)




(n_n)v

05 October 2011