Salam ukhwah..
Huhu~ KA baru saja lepas selesai baca sebuah novel yang sangat bermakna dan berkait dengan diri KA sekarang ni. Tajuk novel tu adalah Terasing karya Hilal Asyraf yang juga berasal dari negeri kelahiran KA iaitu Johor. Malahan umur dia dengan KA hanya berbeza setahun sahaja. Namun dia sekarang berada jauh di Jordan sedang melanjutkan pelajaran. Hihi~ apa lah KA ni...tetiba ja cerita pasal penulis tu apa hal?haha...
Sebenarnya apa yang KA nak ceritakan ni adalah kaitan KA dengan novel tu. Sjujurnya KA akui bahawa KA ada menangis baca novel tu. Oh tidak! Kantoi..hehe~
Semalam, KA pergi surau. Waktu isyak. Jam di handphone KA masa tu ada la dalam pukul 7.45 macam tu. KA pun pelik la kenapa tak dengar azan kan. Jadi KA pun pergi la ke surau. Mungkin tak ada orang di surau. Ya lah mungkin diorang pergi kenduri ke... ada kenduri ke hari isnin?? Jarang orang buat kenduri hari isnin kan? Hehe.. tak apa lah. Kalau KA pergi surau bukannya ada masalah pun kan? Dapat pahala lagi. Syukur roomate KA bagi pinjam motor dia. Tak lah penat sangat dan tak perlulah KA jalan sorang2 dalam gelap. Fuh! Alhamdulillah. Dan dalam perjalanan KA pergi ke surau tu barulah KA dengar azam Isyak. Macam kenal suara tu. Oh sahabat KA. Dah lama sangat tak pergi surau kah KA ni sampai suara sahabat pun macam dah tak ingat.isk3~ dan ketika itu juga KA baru teringat yang jam di handphone KA tu awal 10 minit. Hai...KA...KA...
Sampai di surau KA jumpa ramai orang. Sebenarnya nak kata ramai tu tak lah juga ramai sebab orang2 tu juga yang di surau pun. Adalah dalam 8 ke 10 orang macam tu. Dan beberapa orang sahabat termasuk classmates KA sendiri. Ok la tu kan. Dan dorang masih sudi bersalaman dengan KA kecuali beberapa yang KA sendiri pergi bersalaman dengan dorang. Dan KA rasa kekok bila berada dalam surau yang dulunya KA dah anggap macam bilik kedua KA di kampus ni. Entahlah kenapa tapi memang itu yang KA rasakan. KA ni rasa macam KA diibaratkan bagai melukut di tepi gantang. ada pun sama tak ada pun tak apa.hmmmm....
Lepas solat Isyak, KA macam tau2 la juga yang diorang nak pergi jemputan ke rumah someone.. dan KA pun sengaja buat2 tak tahu dan keluar dari surau dan terus ke gerai. Ada pula seorang kawan ni tengah makan. Kawan ni non-muslim la... KA pun join la si kawan ni. Borak2...gelak2...makanan KA bungkus, makan di bilik nanti sebab KA tak ada kawan nak makan nanti. Ya la kan dorang yang lain tu nak memenuhi jemputan. Lagipun si kawan yang sorang ni dia cakap dia banyak kerja nak dibuat. Oklah. KA tak kisah. Asalkan KA makan. Time kami tengah duk borak2 tu ada pulak sorang daripada dorang yang lain tu join kami. Tapi dia tak makan. KA tak tahu kenapa dia macam tak nak join dorang yang lain tu. Mungkin dia nak siapkan tugasan kot. Apa-apalah.
Tengah duk borak dan bercerita, tiba2 kereta yang ambil dorang untuk ke jemputan tu datang semula. KA tertanya-tanya. Kenapa ni?? Lepastu KA dengar pemandu dia tu cakap ‘kita tertinggal seorang. Tak cukup korum’ macam tu la dia cakap. Dan seorang yang dia maksudkan tu adalah yang datang duduk semeja dengan kami tadi. Dan seorang tu pun ikut lah dorang sekali. Walau dalam keadaan tak ikhlas mungkin, dia tetap mengikhlaskan diri demi agama.
Dan secara tidak sengaja si kawan yang tengah makan tadi pula tanya KA..’ kau tak pergi sekali ke?’ dan KA dengan selambanya jawab..’nanti aku cerita’ dan KA pun cerita lah apa yang KA rasa selama ni. Rasa terpinggir dan dipinggirkan. Rasa jauh dan terasing dengan mereka yang lain walau dulu mereka adalah teman gelak tawa dan gurau senda. Walau tak banyak yang KA ceritakan pada dia namun KA tahu dia mengerti. Terima kasih kawan...
Dan hari ni, KA dah selesai membaca sebuah novel yang bertajuk Terasing yang banyak merungkai jalan penyelesaian untuk KA dan membuka minda KA bahawa apa yang KA rasa selama ni tidak benar. Bahawa sahabat2 KA sentiasa ada di sisi untuk membantu KA dalam segala masalah yang timbul. Bahawa KA harus sedar daripada permainan syaitan yang selama ini KA hanya turuti.
Terasing.. KA langsung tidak menyesal kerana membelinya. Langsung tidak. Kerana Terasing telah banyak membantu KA. Biar apa pun ungkapan orang sekeliling mengenai KA yang tak study untuk exam. Lantak lah. Bagi KA apa gunanya study kalau jiwa tak tenteram? Sama juga. Silap2 makin hancur.
Alangkah indahnya kalau KA mempunyai sahabat seperti Saifullah. Yang sedia membantu Zaman walau telah bergelar penjenayah. Alangkah manisnya bersahabat dengan Amiri. Sanggup melindungi sahabat walau telah jauh menyimpang namun masih memiliki asas kepercayaan yang utuh antara satu sama lain. alangkah bermaknanya hidup memiliki peribadi seperti Saifullah. Sentiasa tenang walau tahu maut akan hadir dalam diri. Segalanya atas keyakinan bahawa Allah pemilik segala-galanya dan Allah mampu melakukan segalanya atas kekuasaan yang Dia ada. Subhanallah..
*dah lama KA tak menitiskan air mata. Dan novel terasing ini mampu membuka salur air mata KA untuk mengalir membasahi pipi kering ini. Besarnya pahalamu wahai Hilal Asyraf kerana telah menyedarkan aku. Alhamdulillah.... tapi KA tak rasa bahawa setiap orang yang baca novel ini akan mengalami perasaan yang sama macam KA. Kerana KA berada dalam situasi itu menyebabkan KA betul2 tersentuh.