CLICKable

15 November 2011

cinta dan hati

Ya ALLAH,

Jauhkan hatiku dari perasaan cinta
SEBELUM
hatiku mencintaiMU sepenuhnya..



Ya MALIK,

Jangan benarkan aku mencintai wanita
MELAINKAN
aku mencintainya keranaMU..


Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku pada jalanMU







psst: biar jalan yang pernah kita tempuhi itu busuk, kotor mahupun jijik..pengalaman melalui jalan itu jadikan tauladan untuk kita memilih jalan yang lebih baik, lebih suci, lebih murni, dan lebih harum pada masa akan datang.






*muhasabah diri*

13 November 2011

~ need help ~

 
 
 
aku masuk photo contest KKFM..korang tolong vote..please.. ^^

Langkah 1: klik LIKE KKFM FB OFFICIAL PAGE

Langkah 2: klik LIKE gambar ini - KKFM83

tq for voting!! ^^
 
 
ps:tq sesangat k!

11 November 2011

Aku Guna Aku Bersihkan..Kau Guna Juga Kan?? [entry lepas geram!]

sebelum pergi solat jumaat tadi aku ambik wudhu'. malas nak ambik kat masjid sebab leceh. jauh nak pusing bla bla bla.. tapi amat menyedihkan bila aku tengok tempat ambik wudhu' tu tersumbat. masuk kali ni je dah lebih sepuluh kali dah tersumbat untuk sem ni SAHAJA..

aku pelik la. balik2 tersumbat. korang ni sumbat apa dalam lobang air tu? tension aku.

lepas solat jumaat aku nak cuci baju. cuaca hari ni pon baik je kan. sesuai sangat kalau nak jemur baju tu, memang kering [apahal tak cuci dari pagi tadi??hehe~]. tapi aku tengok tempat ambik widhu' tu sangat menyedihkan. yela. tempat tu la buat ambik wudhu', tempat tu jugak la buat cuci pakaian, tempat tu jugak la buat cuci pinggan mangkuk periuk belanga segala bagai.

jadinya, macam biasa la, sambil cuci baju, seluar segala tu, aku pam la lobang air kat tempat wudhu' tu. kalau tak, memang banjir la kan. aku sendiri pun tak senang nak cuci baju.

kalau dah macam gini. korang tengok pon geli.kan..kan..kan??!!!
btw. ni dah kira ok sikit. sebab aku dah bersihkan sikit2.

aku pun berusaha la jugak pam saluran yang tersumbat ni kan. demi kemaslahatan sekalian umat yang menggunakan tempat wudhu' ni. tension gila. apsal kali ni punya tersumbat susah betul aku nak clear kan. aku pon tak tahu.

korang tau ke apa sebab selalu tersumbat kat sini?










INI SEBABNYA!!!


terima kasih kepada orang yang telah mengeluarkan sudu plastik dan plastik sisa makanan tu. kalau benda tu tersumbat, lagi teruk.aku yakin!

kepada pengguna-pengguna tandas Kolej Kediaman Jati IPG Kampus Gaya, terutama paras tiga bahagian belakang yang selalu guna tandas ni. tolonglah jaga sikit kebersihan tandas kita. agak2 la kan. kalau korang dah cuci baju tu, berus tu bawak lah balik bilik korang. tak payah nak jadikan tempat wudhu' ni stor pulak. span cuci pinggan pun sama. benda2 ni boleh ikut air mengalir. dan akan menyebabkan saluran tersumbat. fuh! cukup ilmiah bahasa aku gunakan. tak kan lah bakal guru pun tak boleh faham kan??!

sampah2 tu pun tolonglah buang. bukan tak ada tong sampah, dekat luar tandas tu je tong sampahnye pon! grrr~

kepada pemilik sabun cuci dalam gambar tu, yang harganya RM17.50 [masih ada harganya tadi aku tengok], aku minta maaf sebab aku dah buang kat dalam tong sampah. lama dah aku tengok terbiar kat situ. kalau kau nak lagi, cari lah dalam tong sampah ye.

kepada pemilik span dan berus tu, korang cari lah kat dalam tandas tu. mana entah aku campak.

ada siapa2 nak tuntut sampah plastik dan sudu plastik tu?





ini lagi satu masalah! siapa yang kaya raya sangat tinggal2kan pinggan mangkuk dekat sini ni? banyak sangat elaun ke? setahu aku ni bukan mangkuk pakai buang. sekali pakai dah buang ke? tak pandai cuci? nanti elaun keluar lambat merengek pula cakap tak ada duit. memang la. kau dah habiskan buat beli mangkuk pakai buang kau ni. ataupun kau tak ada duit nak beli sabun cuci pinggan? kalau tak ada sabun, datang bilik aku. aku ada seratos! [marah ni!]

lagi satu, kalau korang tinggal je kat situ, menyusahkan orang lain. tau? orang nak cuci baju, nak memberus kat situ, kau dah letak pulak barang2 antik kau kat situ. tak payah nak baik hati sangat buat decoration kat tandas ni. tak perlu. biarkan bersih je dah cukup. ni yang kau tinggal dekat atas ni, kau ingat siapa nak tolong cuci? kau ada upah bibik ke kat asrama ni? ada orang gaji? pui!!

selepas persusah payah aku tertonggeng tonggeng mengepam saluran yang tersumbat tu, akhirnya ni lah hasilnya...



memang kotor, memang jijik. sekurang-kurangnya aku dah tolong pam. kau hingin ke nak tolong pam? hade? nan hadoo~ paling-paling pun kalau tersumbat kau merungut je... 'tersumbat' dengan tahap kegedikan dan kegelian yang lebih tinggi daripada KLCC. pui!~
[aku malas nak geli. buat apa? bapa aku pun cleaner? ada sesapa kesah?]

ok. alang-alang aku dah pam tu. aku rasa kalau aku bersihkan pun ok jugak. so, dengan inisiatif yang aku ada, dan dengan penyapu entah dari mana aku jumpa dalam toilet tu, aku pun cuba la bersihkan sikit-sikit tempat wudhu' tu. tak pakai sabun pun. berus sikit-sikit je. mana yang aku rasa kotor. 




hasilnya,




 takde lah bersih sangat. tapi better la dari yang tadi tu kan?


sedap sikit biji mata aku melihatnye~

aku sebenarnya dah berusaha bersungguh sesunguh sungguhnye dah nak biar saluran tu tak tersumbat. tapi aku tak tau lah apasal kali ni susah betul nak pam benda tu. masih lagi tersumbat. jadi kepada sesiapa yang rasa dia nak tolong pam kan saluran tu. boleh datang depan bilik aku dan ambik pelocok ni. tolong lah pam kalau rasa perlu.

lepas pakai, simpan balik. benda ni aku beli sendiri. jadi ni harta benda aku. pakai boleh, tak pulangkan aku tumbuk perut kau pakai lutut. haritu aku ada nampak ada satu dekat tandas tu. tapi hilang entah ke mana sapa punya pun aku tak tahu. jadi aku beli yang ini. senang.

okeyh. aku update entry ni bukan niat aku nak bangga diri 'yeay aku cuci tandas!! mari puji aku' tidak! langsung tak ada niat aku macam tu [tapi kalau nak puji aku terima je]. aku cuma tak puas hati. geram. marah dan sakit hati. setiap kali saluran tu tersumbat, semua orang marah la kononnya. geram lah agaknya. tapi bila nampak aku pam, masing-masing tanya. 'tersumbat ke?' nasib baik aku tak pam muke kau! bukan nak tolong ke hape. sebok nak tanya tu tanya ni.

dan lagi satu. setiap kali saluran tu dah tak tersumbat, masih lagi ada sisa2 pepejal makanan ke hape2 yang korang tinggalkan kat situ. macam mana la kau boleh harap tak tersumbat kalau kau buang segala macam sampah kat situ. fikir! sekarang dah tersumbat macam tu. puas hati!

itu baru tempat wudhu' sidang jemaah sekalian. belum lagi kita tengok tandasnya. haish~ tak payah lah cerita. nanti semua muntah.

apa yang aku nak sampaikan. kepada semua pengguna tandas,

1) jangan buang sisa pepejal mahupun sisa makanan anda di tempat wudhu'.

2) jangan tinggalkan sebarang sampah bersepah-sepah. banyak tong sampah disediakan berhampiran dengan tandas tu.

3) jagalah kebersihan tandas demi keamanan hidup kita semua.

4) hargailah peluang untuk menggunakan tandas. bersyukurlah. nanti tak ada tandas, jangan baru nak menyesal.

dah lah. korang fikirlah sendiri. penat dah aku taip ni.



psst: 

-entry ni memang didedikasikan khas dan istimewa buat pengguna-pengguna tandas paras 3 bahagian belakang Kolej Kediaman Jati IPG Kampus Gaya.

-maaf kalau ada bahagian yang aku gunakan bahasa yang kasar sikit. tu baru sikit!

-harap lepas ni korang dah boleh fikir. janganlah harap cleaner je. sebab cleaner tu pun bukan boleh harap sangat.

-kepada mereka yang tak guna tandas yang berkenaan, tandas korang tu pun jaga jugak. jadikan teladan ok.

-kita sama-sama guna, kita sama-sama jaga. OK?!

sekian,  adios~




Aku Tak Hebat

aku tak sehebat mereka
mereka yang hebat
mereka yang kuat
mereka yang bagus

tetapi aku teringin untuk menjadi hebat
menjadi kuat
menjadi bagus

kerana aku teringin dihargai
seperti orang hebat
seperti orang kuat
seperti orang bagus



psst: aku tak hebat

10 November 2011

02 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


p/s wordless sangat!!

cluck click clock