CLICKable

04 May 2012

exam dah dekat

minggu depan dah start study week. seminggu. lepas study week exam. dua minggu. okay. bukanlah sepanjang dua minggu tu exam. jangan nak skema sangat macam tak pernah exam. ingat ni sekolah ke hape?

*eh, entry kali ni tak ada intro. hambek ko!*

aku rasa memang ramai yang tak suka dengan exam. tak bagus tau macam tu. korang kena suka exam. exam tu bagus untuk kesihatan jantung. ce bayangkan setiap kali korang nak masuk dewan exam tu mesti jantung laju je kan. lagi-lagi kalau korang tak cukup study. lagi kencang jantung tu kan. tu la bgus. boleh test jantung korang. laju ke tidak. kalau boleh cuba lumba dengan kawan korang jantung sapa paling laju. [ok, tak ada kaitan]

minggu depan study week. memang aku suka sebab tak ada kelas dah. tu semalam punya perasaan sebab tadi lecturer cakap 'hari isnin depan kita ada trial exam ye anak-anak!!' anak kau! adddoi~ baru je nak study group dengan kengkawan. ah! ye..study group ge gossip group? haha.

aku memang suka study group ni sebab banyak benda baru yang aku dapat belajar masa study group ni. ini dah cukup membuktikan aku ni sangat tidak fokus waktu kuliah. sekian. haha. tapi aku tak ada lah sampai tidur waktu kuliah tu. kekadang je. [ada lah jugak tu kann.hehe]

semester ni tak best sebab ada 5 paper untuk exam. tak best la paper banyak-banyak ni. benda ni boleh menyebabkan pointer aku susah nak naik. tu apa yang aku rasa la. sebab orang pemalas macam aku ni pointer memang susah nak naik pon. turun memang confirm senang.

lepas dua minggu exam, macam biasa lah. lepas exam cuti kan. yeeeehah!! balik kampung! yeah! siapa tak suka balik kampung kan. tempat jatuh lagikan di kenang. hehe. walaupun tak ada apa yang menarik aku nak buat masa dekat kampung nanti, belum ada apa-apa perancangan, tapi aku tetap excited. yang pastinya anak-anak buah aku sorang-sorang aku sekel kalau tak hafal sifir.hehe~ [mentang-mentang dah tau macam mana nak ajar sifir.hihi]

ok lah. entry ni memang tak menarik langsung. apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca. ciaou~