CLICKable

12 April 2010

di sana menanti di sini menunggu


Seumur hidup aku ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini kucari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau kupilih di sini apa kata di sana??
Kalau kupilih di sana di sini akan terluka..
Perlukah aku pilih keduanya??
Bahagi kasih seadil-adilnya....

Sungguh!! Kumerasa resah
Untuk menilai sesuati yang indah
Namunku ada pepatah yang aku gubah

Di sana hanyalah menanti
sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun kutahu dia setia...

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak ubah terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Kuterima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

KA oh KA


Da lama sangat KA tak update blog ni.. bukan apa.. dalam mase beberapa hari KA tak update blog ni KA dah hadapi macam2 masalah...macam2 perasaan KA rasa sepanjang itu.

Masa hari Jumaat, KA ok je..dah hantar printer pergi service, dah OK la printer tu. Senang sikit hati KA ni ha. Sekurang-kurangnya KA dah boleh la print ISL dan benda2 lain lagi.hehe..

Masa hari sabtu pulak, KA pergi jalan2 dengan kawan-kawan KA. Masa tu lepas kelas ganti. Kami tengok wayang, makan BIG APPLE, makan KFC..huhu~ bestnya KA rasa time tu. Yang paling penting KA dan diorang banyak bergambar. Dan ade juga peristiwa sedihnya.. kami tak ada kenderaan nak balik. Alahai. Nasib baik at last ada juga kawan2 yang boleh membantu. Haha~ lucunya KA rasa.

Hari ahad pula... entah la.. hari ahad ni memang bagi KA tekanan yang banyak sangat. Diorang nak ajak KA pergi 1B. Tapi KA tak nak. Sebab mulut orang lain yang kian celupar dan minta penampar. Diorang telah membuat KA rasa stress sangat2. Dan KA sangat pening dengan masalah2 yang diorang timbulkan. Aduh..KA dalam dilemma...

Dan sekarang KA semakin pening. KA rasa seolah-olah KA tak dapat nak kawal emosi dan perasaan KA sendiri. KA rasa nak luahkan pada seseorang. Tapi sekarang ni KA rasa tak ada seorang pun yang mampu menenangkan diri KA dan KA sangat tertekan.. KA tak tau apa yang harus KA lakuakan. Dalam fikiran KA sekarang ni, hanya ada mak dan ayah. Alangkah indahnya jika saat ini KA mendapat belaian seorang ibu yang sangat KA rindu. Pasti KA akan menangis sepuas-puasnya pada ibu KA. Mak...KA rindu mak... T_T

Kepada korang yang baca blog KA ni. Terima kasih. Sebab at least ada juga orang yang ambik tau pasal KA kan.. dan KA harap korang tak akan tambahkan tekanan yang KA hadapi ni ok?

Semoga bertemu kembali..Assalamualaikum....