Lamanya KA dah tak mencoret di blog ni. Bukan KA tak nak menaip atau malas nak buka blog ni, tapi kesibukan KA ni sangat menghalang KA untuk meluangkan masa menaip dan mewujudkan diri KA dalam blog ni. Memang classmates KA ada yang selalu update blog dorang. Tapi korang kena faham. Sibuk KA lain daripada dorang. Mungkin dorang sekadar sibuk dengan tugas-tugas macam homework, assignment dan seangkatan dengannya. KA pula banyak benda yang perlu dibuat. Tanggungjawab bukan sahaja di dalam kelas malah di luar kelas dan juga di tepi kelas. Banyak sungguh. Dan masa terluang yang KA ada KA cuba untuk merehatkan diri dan meluangkan masa sedikit bersama kawan-kawan. Tapi walaupun KA tak update blog ni sekurang-kurangnya KA selalu la juga online FB. Tak da lah KA ni terlampau tak online kan.hehe.
Hari ni KA terasa pula nak update blog KA ni memandangkan KA memang dah lama tak update dan mood KA hari ni adalah bercakap dengan blog. Apa maksud KA bercakap dengan blog pula ni? Ya la kan KA ni selalu meluahkan apa sahaja dalam blog KA. Itu dulu la, beberapa bulan yang lalu. Sejak akhir-akhir ni terlampau sibuk sampai tak sempat nak update blog. Padahal KA rasa macam terlampau banyak benda yang KA nak coretkan dalam blog ni.
Apa yang KA nak cerita dalam blog KA kali ni adalah pasal KA sendiri. Walaupun ramai yang kenal dengan KA namun bagi KA hanya KA yang tahu segalanya tentang diri KA. Hanya KA yang tahu siapa KA luar dan dalam. Walau serapat mana pun seseorang itu dengan KA, namun KA berani cakap yang tiada seorang pun di dunia ni yang betul-betul kenal KA. Kerana apa? Keran KA sendiri yang tidak mahu setiap atau mana-mana manusia pun yang mengenali diri KA seluruhnya.
KA tidak pernah percaya dengan ungkapan ‘menerima seadanya’. Sebagai contoh, dalam hubungan antara kawan-kawan. Tidak aka nada seorang manusia pun di dalam dunia ini yang ‘menerima seadanya’ manusia lain sebagai seorang sahabat. Apatah lagi dalam hubungan percintaan. Sebaliknya, manusia-manusia ini hanya menerima seseorang itu sebagai kawan, sahabat atau kekasih sebagaimana kesukaannya. Bermaksud, sekiranya perwatakan, sikap, cara atau apa sahaja mengenai si A mampu menarik perhatian si B, maka berulah si B akan sudi untuk menerima si A sebagai kawan atau mungkin kekasih jika dalam konteks cinta.
Mengapa KA berkata sedemikian?? Kerana ia pernah terjadi di depan mata KA sendiri. Dan KA juga percaya bahawa perkara yang sama pernah berlaku di depan mata semua individu di muka bumi ini. Ini juga member makna bahawa setiap individu di dalam dunia ini tidak mampu ‘menerima seadanya’ individu lain dalam kehidupannya termasuklah KA sendiri.
Dan kerana KA berpegang kepada prinsip itu, KA sendiri tidak membenarkan diri KA untuk diterima seadanya oleh insan-insan sekeliling KA. KA tidak mahu diri KA dibenci kerana KA tidak akan mampu menghadapi situasi itu. Jadi KA sendiri telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang yang hipokrit terhadap diri sendiri. KA tidak mampu menjadi diri sendiri di hadapan orang lain semata-mata untuk insan lain itu menerima KA sebagai seorang sahabat, sebagai seorang teman dan sebagai seorang manusia.
Kepada yang mengenali KA setakat ini, KA memohon berjuta2 kemaafan sekiranya diri KA ini amat menyusahkan kalian. Sebagai manusia, KA seperti juga manusia lain yang melakukan kesilapan. Kesilapan yang kadang tidak disedari dan kadang secara tifak sengaja menyakitkan hati. Dan sebagai manusia biasa juga, KA memiliki keimanan yang turun dan naik. Bukan seperti malaikat yang memiliki keimanan yang static sepanjang masa atau nabi/rasul yang imannya sentiasa meningkat.
Kepada rakan2, mungkin masih ada yang tidak menyedari bahawa sekiranya KA menyatakan bahawa KA tidak mahu, ini bermakna KA benar2 tidak mahu. KA sangat tidak suka sekiranya dipaksa-paksa. Mungkin kalian ada terfikir kenapa KA tidak mahu untuk melakukan sesuatu itu walaupun dipaksa. Jelasnya adalah KA mempunyai sebab yang tersendiri. Sebagaiman KA nyatakan, hanya KA yang tahu sebab itu dan biarlah KA sendiri saja yang tahu. Pokoknya, janganlah memaksa KA atau KA akan dengan kurang ajarnya terus pergi tanoa ada rasa hormat terhadap sesiapa sahaja walau apa sahaja pangkat dan darjatnya. Atau mungkin KA akan melaklukan sesuatu itu secara paksa tanpa ada sekelumit keikhlasan pun di dalam lubuk hati ini.
Seperkara lagi yang KA sangat tidak berpuas hati dengan manusia-manusia yang mempunyai akal dan fikiran sebagai anugerah terindah di atas muka bumi ini. Kenapa harus memberikan tanggungjawab atau tugas kepada orang lain sekiranya anda sendiri tahu bahawa anda tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu. Mungkin aka nada yang membidas kata-kata KA ni. Tapi cuba fikirkan semula. Sangat ramai dalam kalangan kita yang akan mencadangkan nama insan lain dalam sesuatu perlantikan jawatan dengan tujuan diri si pencadang itu akan terlepas dari tanggungjawab dan tugas yang bakal dijalankan si tercadang. Dan selepas si tercadang itu diundi dan di berikan tanggugjawab sebagai pemimpin, si pencadang pula yang sangat suar ubtuk memberikan sebarang jenis kerjasama dengan alas an ‘aku hanya ahli biasa’. Alangkah bagusnya sekiranya si pencadang tadi hanya mendiamkan diri daripada mencadangkan nama si tercadang dan membebankan lagi hidup si tercadang tersebut.
KA sendiri selalu mengalami keadaan seperti si tercadang. Sangat ramai yang mencadang nama KA untuk mana-mana jawatan dengan tujuan agar dia sendiri tidak akan memegang mana2 jawatan seterusnya dapat melarikan diri daripada tanggungjawab. Sedangkan KA yang terpaksa berhempas pulas membuat itu dan ini, menyelesaikan itu dan ini. Dan ini bukan sahaja berlaku pada KA malah ramai lagi yang pernah dan sedang mengalami situasi yang sama. Kepada mereka yang seringkali menjadi pencadang, sedarlah kawan.. sekiranya kamu sendiri mengetahui sesuatu perkara itu sangat berat dan membebankan diri anda, ia juga mungkin membebankan orang lain. Jadi, jangan sengaja membebankan orang lain semata-mata untuk melarikan diri anda daripada bebanan.
Dalam sesuatu organisasi pula, mengapa di dalam dunia ini, mereka yang berada di atas, sangat sukar untuk memahami keadaan dan permasalahan orang yang berada di bawah. Mungkin kerana mereka sudah sangat selesa berada di atas, mereka tidak lagi memandang masalah-masalah kecil orang yang berada di bawah. Mungkin bagi mereka itu adalah masalah kecil, namun bagi orang yang susah, itu adalah masalah besar bagi mereka. Sebagai manusia janganlah kita berfikiran dan memiliki sifat2 binatang. Serlahkanlah sifat kemanusiaan kita kepada manusia lain. Cubalah memahami dan merasai sendiri keadaan yang dirasai oleh orang lain.
Pernah seorang sahabat menengking KA ketika perutnya kelaparan kerana dia tidak menjamah sebarang makanan selepas makan tengah hari. Dan ketika itu, KA juga belum pun menjamah makanan selepas sarapan pagi. Tapi, dia tidak tahu bahawa KA belum makan. Dan KA sengaja tidak mahu dia tahu. Ketika itu, dia sahabat ini sangat marah kerana orang yang dikirim makan belum pulang2 lagi dan dia merungut. KA pun meminta dia bersabar dan berfikir. Ayat KA ‘sabarlah ***, cuba ko bayangkan orang yang di Palestin tu..’ belum pun sempat KA menghabiskan ayat, sudah pula dia menengking ‘AKU SEKARANG DEKAT MALAYSIA!!’..dan KA terus terdiam malas untuk membalas supaya perbalahan tidak berlarutan dan sekiranya itu berlaku, KA tahu impaknya sangat tidak bagus kepada hubungan kami.
Kepada sahabat tersebut, kini KA nak habiskan ayat KA.
‘cuba kau bayangkan orang yang berada di Palestin, mereka bukan sahaja kekurangan makanan, malah bantuan yang nak disampaikan pun disekat. Segala-galanya adalah kurang bagi mereka. Namun, mereka tidak merungut hanya kerana lewat makan malam. Jadi sebagai manusia, sebagai Muslim, janganlah kau hanya berfikir tentang p[erut kau saja. Ka sendiri belum makan. Tengah hari pun KA tak makan. Dan sebungkus mi segera pada mala mini sangat memadai bagi KA. Mungkin keluarga kau bukan keluarga orang yang susah. Kerana itu, kau tidak berdaya menghadapi saat2 lapar begini. Sabarlah wahai sahabat, makanan kau akan tiba walau ia lewat. Tidak seperti mereka yang kemiskinan, yang terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Dan tidak akan mendapat walau sebutir beras dengan hanya menunggu sepertimu.’
Akhirul kalam. KA ingin memohon berjuta2 kemaafan kepadasemua insane yang seringkali berada si sisi KA susang dan senang. Dan maafkan KA sekiranya selama ini banyak kekhilafan yang telah KA lakukan. Sepanjang perjalanan KA selepas ini sebagai seorang KAMALUL ARIFFIN selepas ini harap2 diterima oleh setiap pihak kerana KA adalah KA.
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK”
No comments:
Post a Comment