Di keheningan pagi yang indah, tenang dan permai, sekumpulan 'freshie' telah dibawa oleh beberapa orang senior mereka ke Kolej Kediaman setelah selesai aktiviti riadah pagi yang juga merupakan salah satu aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baru di kampus tersebut.
Sebagaimana yang diarahkan oleh senior-senior mereka. Dan sebagaimana yang telah dilakukan oleh senior2 mereka, dan juga super senior mereka, serta selipar senior mereka (agaknya tu la istilahnya kot), 'freshie'2 ini disuruh untuk meng'greet' senior mereka di kolej.
Setelah semua 'freshie' bersedia, mereka pun memulakan 'greeting' tersebut
"Selamat Pagi Abang2 Senior Yang Belum Bangun!!"
Dan seperti biasa memang banyaklah suara-suara sumbang yang meminta 'freshie2' ini mengulang 'greeting' mereka sekadar untuk mendengki. Haha!
Dan tiba-tiba keluarlah seorang daripada senior mereka ke koridor dalam keadaan rambut yang yang macam berus dawai, muka macam ayam penyet, dan mata yang macam mata burung unta...dan berkata...
"Dik! Abang dah bangun. Terima Kasihlah sebab kejutkan. Kakak kau ni ha. belum bangun lagi dekat dalam tu. Boleh tolong kejutkan tak?"
***
Cerita rekaan....
1 comment:
Salam kenal....teringat minggu orieantasi kat uitm..kitaorg dera habis2an..hehehhe
Post a Comment