selama ni setiap apa yang aku lakukan, setiap apa yang aku pernah lakukan, setiap perkara tentang diri dan hidup aku, aku fikir semua orang perlu tahu. semua kawan-kawan aku perlu tahu. semua yang berada di sekeliling aku, perlu tahu. kalaupun benda tu aku rahsiakan, tapi bila ada orang tanya, aku dengan jujurnya akan bagitahu hal yang sebenarnya. cuma kadang-kadang aku bagitahu dengan cara melawak. jadi orang fikir aku melawak dan diorang tak nak percaya. its up to you! i told already.
aku fikir macam tu selama ni. selama hampir 17 tahun aku hidup.
sebab?
sebab aku fikir, semua orang di sekeliling aku, semua kawan-kawan aku, semua sahabat aku harus tahu apa yang aku buat, apa yang aku fikir, apa yang aku suka, siapa aku sebenarnya. dan semestinya menerima hidup aku sebagai KAMALUL ARIFFIN seadanya. untuk itu, aku perlu jujur dan berterus terang supaya mereka mampu menilai aku tanpa terpengaruh dari penilaian orang lain atau suara lain selain suara aku sendiri.
tapi sejak semalam, aku terfikir sesuatu yang berbeza. berbeza daripada apa yang aku amalkan selama 17 tahun aku hidup ni.
aku fikir aku perlu ubah. aku tak perlu begitu polos. aku tak perlu begitu berterus terang. aku tak perlu begitu jujur. kerana kejujuran, kepolosan dan keberterusterangan aku selama ni, tak memberi kesan kepada aku. aku tidak menerima timbal balik yang sama dan sempurna.
kini aku akan berusaha. aku akan berusaha untuk mengubah rutin yang selama ni aku jadikan sebagai prinsip. bukan kerana aku tidak berpegang kepada prinsip tapi kerana aku fikir tidak wajar untuk aku terus pegang prinsip itu andai ada yang lebih wajar. aku akan berusaha untuk menyimpan segala-galanya di dalam hati. diamkan dan bisukan suara. ketapkan bibir. pekakkan telinga dengan segala soalan dan tohmahan. segala yang aku hadapi biar kutanggung sendiri. biar aku pendam sendiri. pandai makan pandai simpan.
maafkan aku. kerana aku bukan lagi aku. biar hanya aku mengenali aku. kerana aku begitu rumit.
*serabot~
2 comments:
17 tahun?
hahaha..aku kan mude lagi..sweet seventeen..hahaha~
Post a Comment