CLICKable

27 April 2010

kembali kepada ku...


Hey there...salam..
Besok exam TITAS.. KA rasa macam belum ready lagi lah..huhu~ tp ada lah jug abaca sikit2..takut juga kalau tiba2 apa yang KA baca tak keluar esok..harap2 tidak lah..maksudnya harap2 besok keluarlah apa yang KA baca..Fuh!!

Tadi masa dekat kelas KA ok saja dengan keadaan.. dah tak sakit lagi kepala. Ok lah tu kan? Hehe~ lepas habis kelas lepak dengan classmates di library.. gosip2...bual2..sambil bincang2 pasal TITAS lah..dan lepas solat zuhur di surau tadi baru balik hostel. Print out segala bahan bacaan untuk sambung revision malam ni. Plan nak study group dengan member2... tengah duk print..tiba2 rasa sakit pulak kepala ni..aduhai kepala...tapi Alhamdulillah la tak seteruk sebelum ni. Cuma sakit sikit saja. Kenapa agaknya ya? Mungkin nervous kot besok nak exam.. padahal sebelum ni UAK tak ada pulak nak nervous..huhu~

Tadi masa dekat kelas KA ada baca blog kawan.. kawan yang ada di kampus lain.. tak nak lah mention nama dia.. kang dia bangga pulak..haha~~ dia post crita seram komedi pulak dalam dia punya blog..ingat dia sorang ja kah yang ada cerita seram?? KA pun ada. Tapi tunggulah nanti bila KA dah free.. KA post kan..haha~~

Ok lah .. KA dah tak tahu apa lagi sebenarnya yang KA nak isi dalam blog KA ni..jd lain kali kalau ada idea atau apa2 yang KA nak kongsi.. KA masukkan lah dalam blog ni walaupun macam tak ada orang baca ja..huhu~~ yalah2...ada lah juga orang baca..tapi tak ramai kan...OK pembaca blog KA ni??jangan marah ya..hehe~~

26 April 2010

sakit kepala


Salam ukhwah..
Dah agak lama KA tak update blog ini..ada lah juga lebih kurang seminggu. Dan dalam seminggu ini juga banyak sangat perkara yang berlaku pada KA. Ada yang suka, ada yang duka, adayang seronok dan ada juga yang memberikan tekanan..
Tapi apapun KA tetap dapat mengharungi hari-hari yang lalu dengan jayanya dan KA masih lagi berpeluang untuk menghirup udara segar pagi ni..(*segar ke??)..
Sejak akhir-akhir ni, KA selalu rasa sakit kepala. KA rasa sakit kepala ni macam lain lah. Sakit kepala yang kerap dan hanya rasa sakit pada bahagian belakang. Dan sakit tu seolah-olah berdenyut2. Kalau nak dikatakan yang KA ni tak cukup tidur, setiap kali bangun tidur pun sakit. Nak kata lebih tidur, KA rasa tak lah lebih sangat. Adakah ini kerana ubat yang KA makan. Tapi ubat tu untuk allergic.. tak kan effect pula kan?? Entah la.. ada juga kawan2 suruh pergi klinik, tapi KA malas la. Biarlah..
Apa pun semoga KA cepat sembuh dan KA dapat mengharungi hari yang mendatang dengan penuh bahagia...
*******************************************
Kepada blogger yang suruh KA update blog KA...ni ha KA dah update..KA dah tah tak tau nak letak apa lagi..baca lah sepuas2 ya....hehe~~

ni sambungannyer..hehe~~

Hehe~~pasal sakit kepala KA tu.. KA rasa KA dah tau apa penawar dia..hihi~...camni..tadi petang KA ada birthday party tutor kelas KA dengan classmates KA lah..dengan siapa lagi kan?hehe~ punya lah happy KA time tu..bergambar aja lah..yalah...KA agaknya dah diiktiraf sebagai ‘class cameranan’ agaknya..haha~~apa-apalah asalkan diorang happy...bergambar punya bergambar..KA tak sedar pulak yang KA punya sakit kepala tu macam dah hilang..tapi bila KA fikir2kan...kenapa pulak tak sakit ni??(*kes tak bersyukur la ni...Astaghfirullah...) dalam duk berfikir tu...sakit la pulak kepala KA ni..haish!!duhai kepala...apakah masalah mu??minta di service kah?hehe~

Lepas habis birthday party tu, KA pun pergilah ke Taman Rimba dengan ‘gurlz’..hehe~ sambung bergambar. Hilangkan boringlah..duduk dalam bilik pun buat apa? Mencanguk depan laptop pastu pening..haha~ kat taman rimba tu kami bergambar sampailah bateri kamera KA ni habis..hehe~sakan nampak?? Dan masa ni juga KA tak rasa langsung sakit kepala tu..jadi KA ni kena la sentiasa aktif dalam kelas dan banyak cakap gamaknya..alahai..macam mana KA nak berubah jadi budak baik ni??adusss.... dan KA mula terfikir..adakah sakit kepala KA tu kerana stress??mungkin lah kan? KA..oh..KA...hehe~

Apa2 pun..Alhamdulillah KA dah sihat sekarang..semoga sakit tu tak datang lagi...
 
kepada blogger yang KA maksudkan tu...dah puas sekarang??KA dah update...
faham2 la siapa yang KA maksudkan tu ya...hehe~~

20 April 2010

TERASING....



Salam ukhwah..
Huhu~ KA baru saja lepas selesai baca sebuah novel yang sangat bermakna dan berkait dengan diri KA sekarang ni. Tajuk novel tu adalah Terasing karya Hilal Asyraf yang juga berasal dari negeri kelahiran KA iaitu Johor. Malahan umur dia dengan KA hanya berbeza setahun sahaja. Namun dia sekarang berada jauh di Jordan sedang melanjutkan pelajaran. Hihi~ apa lah KA ni...tetiba ja cerita pasal penulis tu apa hal?haha...

Sebenarnya apa yang KA nak ceritakan ni adalah kaitan KA dengan novel tu. Sjujurnya KA akui bahawa KA ada menangis baca novel tu. Oh tidak! Kantoi..hehe~

Semalam, KA pergi surau. Waktu isyak. Jam di handphone KA masa tu ada la dalam pukul 7.45 macam tu. KA pun pelik la kenapa tak dengar azan kan. Jadi KA pun pergi la ke surau. Mungkin tak ada orang di surau. Ya lah mungkin diorang pergi kenduri ke... ada kenduri ke hari isnin?? Jarang orang buat kenduri hari isnin kan? Hehe.. tak apa lah. Kalau KA pergi surau bukannya ada masalah pun kan? Dapat pahala lagi. Syukur roomate KA bagi pinjam motor dia. Tak lah penat sangat dan tak perlulah KA jalan sorang2 dalam gelap. Fuh! Alhamdulillah. Dan dalam perjalanan KA pergi ke surau tu barulah KA dengar azam Isyak. Macam kenal suara tu. Oh sahabat KA. Dah lama sangat tak pergi surau kah KA ni sampai suara sahabat pun macam dah tak ingat.isk3~ dan ketika itu juga KA baru teringat yang jam di handphone KA tu awal 10 minit. Hai...KA...KA...

Sampai di surau KA jumpa ramai orang. Sebenarnya nak kata ramai tu tak lah juga ramai sebab orang2 tu juga yang di surau pun. Adalah dalam 8 ke 10 orang macam tu. Dan beberapa orang sahabat termasuk classmates KA sendiri. Ok la tu kan. Dan dorang masih sudi bersalaman dengan KA kecuali beberapa yang KA sendiri pergi bersalaman dengan dorang. Dan KA rasa kekok bila berada dalam surau yang dulunya KA dah anggap macam bilik kedua KA di kampus ni. Entahlah kenapa tapi memang itu yang KA rasakan. KA ni rasa macam KA diibaratkan bagai melukut di tepi gantang. ada pun sama tak ada pun tak apa.hmmmm....

Lepas solat Isyak, KA macam tau2 la juga yang diorang nak pergi jemputan ke rumah someone.. dan KA pun sengaja buat2 tak tahu dan keluar dari surau dan terus ke gerai. Ada pula seorang kawan ni tengah makan. Kawan ni non-muslim la... KA pun join la si kawan ni. Borak2...gelak2...makanan KA bungkus, makan di bilik nanti sebab KA tak ada kawan nak makan nanti. Ya la kan dorang yang lain tu nak memenuhi jemputan. Lagipun si kawan yang sorang ni dia cakap dia banyak kerja nak dibuat. Oklah. KA tak kisah. Asalkan KA makan. Time kami tengah duk borak2 tu ada pulak sorang daripada dorang yang lain tu join kami. Tapi dia tak makan. KA tak tahu kenapa dia macam tak nak join dorang yang lain tu. Mungkin dia nak siapkan tugasan kot. Apa-apalah.

Tengah duk borak dan bercerita, tiba2 kereta yang ambil dorang untuk ke jemputan tu datang semula. KA tertanya-tanya. Kenapa ni?? Lepastu KA dengar pemandu dia tu cakap ‘kita tertinggal seorang. Tak cukup korum’ macam tu la dia cakap. Dan seorang yang dia maksudkan tu adalah yang datang duduk semeja dengan kami tadi. Dan seorang tu pun ikut lah dorang sekali. Walau dalam keadaan tak ikhlas mungkin, dia tetap mengikhlaskan diri demi agama.

Dan secara tidak sengaja si kawan yang tengah makan tadi pula tanya KA..’ kau tak pergi sekali ke?’ dan KA dengan selambanya jawab..’nanti aku cerita’ dan KA pun cerita lah apa yang KA rasa selama ni. Rasa terpinggir dan dipinggirkan. Rasa jauh dan terasing dengan mereka yang lain walau dulu mereka adalah teman gelak tawa dan gurau senda. Walau tak banyak yang KA ceritakan pada dia namun KA tahu dia mengerti. Terima kasih kawan...

Dan hari ni, KA dah selesai membaca sebuah novel yang bertajuk Terasing yang banyak merungkai jalan penyelesaian untuk KA dan membuka minda KA bahawa apa yang KA rasa selama ni tidak benar. Bahawa sahabat2 KA sentiasa ada di sisi untuk membantu KA dalam segala masalah yang timbul. Bahawa KA harus sedar daripada permainan syaitan yang selama ini KA hanya turuti.

Terasing.. KA langsung tidak menyesal kerana membelinya. Langsung tidak. Kerana Terasing telah banyak membantu KA. Biar apa pun ungkapan orang sekeliling mengenai KA yang tak study untuk exam. Lantak lah. Bagi KA apa gunanya study kalau jiwa tak tenteram? Sama juga. Silap2 makin hancur.

Alangkah indahnya kalau KA mempunyai sahabat seperti Saifullah. Yang sedia membantu Zaman walau telah bergelar penjenayah. Alangkah manisnya bersahabat dengan Amiri. Sanggup melindungi sahabat walau telah jauh menyimpang namun masih memiliki asas kepercayaan yang utuh antara satu sama lain. alangkah bermaknanya hidup memiliki peribadi seperti Saifullah. Sentiasa tenang walau tahu maut akan hadir dalam diri. Segalanya atas keyakinan bahawa Allah pemilik segala-galanya dan Allah mampu melakukan segalanya atas kekuasaan yang Dia ada. Subhanallah..

*dah lama KA tak menitiskan air mata. Dan novel terasing ini mampu membuka salur air mata KA untuk mengalir membasahi pipi kering ini. Besarnya pahalamu wahai Hilal Asyraf kerana telah menyedarkan aku. Alhamdulillah.... tapi KA tak rasa bahawa setiap orang yang baca novel ini akan mengalami perasaan yang sama macam KA. Kerana KA berada dalam situasi itu menyebabkan KA betul2 tersentuh.

19 April 2010

stress

Aduh... semakin hari hidup KA semakin haru jadinya. KA sangat tertekan dengan semua ini. Bayangkan... masalah bertimbun-timbun ... masalah baru lagi...macam2 yang datang.. kadang2 KA rasa macam KA ni tak ada privacy pulak. Semua orang macam nak interframa dalam hidup dam permasalahan KA dan kehidupan peribadi KA...

KA sangat kompius untuk membuat satu keputusan yang KA rasa memang sangat penting dalam masa ini untuk masa depan KA.. tapi apa boleh buat..semua orang pun tak tahu apa masalah KA. Jadi KA pendam sorang2 dan cuba untuk selesaikan masalah ni sendiri. Walaupun KA rasa KA tak mampu tapi KA sedang mencuba sedaya upaya KA. Harap2 KA dapat selesaikan masalah ni segera sebab exam mendekat dan KA banyak komitmen lain untuk diselesaikan.

KA tengah stress..bila KA stress mula lah tak dapat nak focus dalam kelas, fikiran melayang-layang..pening.. masalah banyak. Semuanya nak kena selesaikan cepat tapi masa nak selesaikan pula sekejap ja. Macam la KA ni computer. Kalau pun KA ni computer mesti da hang da.. huhu~ Oh Tuhan tolonglah permudahkan urusanku....

Masa perhimpunan pagi tadi ada ceramah pasal stress. KA rasa sangat berguna untuk KA tapi entahla.. KA tetap tak dapat nak aplikasikan. entah apa yang KA hadapi sekarang ni KA pun tak tahu. Kalau korang baca blog KA yang ni..maksud KA yang KA post ni..Kalau korang tak faham..ni la maksudnya KA sedang stress dan tak dapat nak tumpukan dengan apa yang KA nak tulis ni...OMG!!!! 


setelah sekian lama...

Lamanye la hai KA tak update blof ni..hehe~bukan apa..KA terlampau sibuk dengan kerja2 yang KA ada...yang paling KA panas adalah MQA punya fail..geram betul..arahan pandai berubah ubah..memang makian KA seiring dengan kerja2 melengkapkan fail2 tu..haha~

Lagi satu KA terlampau lah bengang dengan masalah KA ni..KA tak tahu macasm mana nak luahkan masalah ni. Tak ada sesiapa pun yang KA rasa mampu mendengar dan memberikan respon yang terbaik yang KA harapkan. KA sangat pening. Dan sangat tertekan. Kadang2 KA rasa seolah-olah tak ada yang memahami KA. Kenapalah sangat sukar untuk memahamkan mereka ya???

KA sangat penat dengan semua ni. Dan sekarang KA nak tenangkan diri..kepada pembaca2 blog KA ni..jangan risau. Sekarang KA masih dalam kawalan emosi yang agak stabil di sini yee... tak tau la lepas ni macam mana. Tapi apa pun KA tetap berusaha untuk bergembira dan menyelesaikan masalah yang KA hadapi sekarang ni. KA sangat tak tahu apa yang KA alami ni. Entahla.. sangat susah untuk mengungkapkan segalanya dengan kata-kata...

Ok lah. Sekarang ni dah pagi dah pun. Dan KA masih lagi belum tidur. Dan sekarang juga merupakan waktu yang sangat sesuai untuk KA merebahkan diri KA yang sangat letih dengan hari-hari yang penuh dengan kekusutan...selamat malam semua...(kalau korang baca malam la..hehe~)

12 April 2010

di sana menanti di sini menunggu


Seumur hidup aku ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini kucari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau kupilih di sini apa kata di sana??
Kalau kupilih di sana di sini akan terluka..
Perlukah aku pilih keduanya??
Bahagi kasih seadil-adilnya....

Sungguh!! Kumerasa resah
Untuk menilai sesuati yang indah
Namunku ada pepatah yang aku gubah

Di sana hanyalah menanti
sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun kutahu dia setia...

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak ubah terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Kuterima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

KA oh KA


Da lama sangat KA tak update blog ni.. bukan apa.. dalam mase beberapa hari KA tak update blog ni KA dah hadapi macam2 masalah...macam2 perasaan KA rasa sepanjang itu.

Masa hari Jumaat, KA ok je..dah hantar printer pergi service, dah OK la printer tu. Senang sikit hati KA ni ha. Sekurang-kurangnya KA dah boleh la print ISL dan benda2 lain lagi.hehe..

Masa hari sabtu pulak, KA pergi jalan2 dengan kawan-kawan KA. Masa tu lepas kelas ganti. Kami tengok wayang, makan BIG APPLE, makan KFC..huhu~ bestnya KA rasa time tu. Yang paling penting KA dan diorang banyak bergambar. Dan ade juga peristiwa sedihnya.. kami tak ada kenderaan nak balik. Alahai. Nasib baik at last ada juga kawan2 yang boleh membantu. Haha~ lucunya KA rasa.

Hari ahad pula... entah la.. hari ahad ni memang bagi KA tekanan yang banyak sangat. Diorang nak ajak KA pergi 1B. Tapi KA tak nak. Sebab mulut orang lain yang kian celupar dan minta penampar. Diorang telah membuat KA rasa stress sangat2. Dan KA sangat pening dengan masalah2 yang diorang timbulkan. Aduh..KA dalam dilemma...

Dan sekarang KA semakin pening. KA rasa seolah-olah KA tak dapat nak kawal emosi dan perasaan KA sendiri. KA rasa nak luahkan pada seseorang. Tapi sekarang ni KA rasa tak ada seorang pun yang mampu menenangkan diri KA dan KA sangat tertekan.. KA tak tau apa yang harus KA lakuakan. Dalam fikiran KA sekarang ni, hanya ada mak dan ayah. Alangkah indahnya jika saat ini KA mendapat belaian seorang ibu yang sangat KA rindu. Pasti KA akan menangis sepuas-puasnya pada ibu KA. Mak...KA rindu mak... T_T

Kepada korang yang baca blog KA ni. Terima kasih. Sebab at least ada juga orang yang ambik tau pasal KA kan.. dan KA harap korang tak akan tambahkan tekanan yang KA hadapi ni ok?

Semoga bertemu kembali..Assalamualaikum....

09 April 2010

mood...


Salam.. pada hari jumaat yang mulia ni mood KA tak berapa nak baik la pulak. Bukan ape.. pagi2 lagi dah kelas dengan lecturer yang x berapa nak best. Haha! Tp nasib baik la dia buat lawak hari ni. Jadi ok la juga.. dan yang paling tak disangka-sangka dia boleh pula habiskan kelas awal hari ini. Apa lagi? Meriah la kelas tu.hehe..

Tapi tak tahu la kenapa mood KA hari ni sangat tak ok. Mungkin sebab kes dengan budak perempuan semalam tu kot. Hari ni tak layan dia. Malas. Entah apa-apa ja la dia tu. Lantak la dia.

Atau mungkin kerana fikiran KA yang bercelaru. Apa yang KA fikirkan? Entah.. KA pun tak tahu. Susah la nak cakap. Huhu~ mumngkin KA seorang ja yang faham.. biarlah KA pendam sorang2.

Sahabat2 KA pulak.. diorang macam lain2 ja dengan KA sekarang ni. Dakah KA sekarang ni dah jarang dengan diorang sampai diorang fikir KA dah tak nak layan diorang macam biasa?? Oh tidak. Kalau korang baca post KA ni, percayalah.. KA sangat tak senang hati tengok korang macam ni. Kenapa?? Apa salah KA? Bagitau ja la..

Ok la. KA nak prepare.. nak bersiap pergi solat jumaat.
p/s: nak pergi repair printer.. tak tahu la nak pergi bila..hari kah? Besok kah? Tengok lah. Kalau mood ok petang ni keluar lah pergi hantar printer tu masuk ICU.. banyak lagi ISL yang nak di print...huhu~