CLICKable

08 June 2011

PENYAMUN!!! lariiikkk

Dah lama dah KA nak post entry ni kat dalam blog ni tapi entah lah..alasan paling manang adalah malas nak taip.hehe. Sebenarnya tak ramai yang tau kisah ni tapi ramai yang tau pasal kejadian ni. Bacalah..

*****

‘Fuh..penat aku meronda satu KK. Oh ye. Teringat pulak. Semalam Mat ada cakap yang dia balik dari KK jalan kaki. Aku nak try jugak lah. Macam  best je dengar cerita dia tu kan. Hehe’, kata aku dalam hati.

Dan aku pun meneruskan perjalanan aku dari CP menuju balik ke Asrama Jati. Aku cek dompet aku time tu, kosong. Yang ada Cuma kepingan2 syiling je. ‘Esok esok je la pergi ATM. Dah malam. Kalau pergi ATM karang lagi lambat sampai asrama. Balik ni jumpa Mat. Dia ingat dia sorang je mampu balik dari KK jalan kaki?haha..’ aku memang suka cakap sorang2.. Ye la. Aku nak cakap dengan siapa lagi? Dah aku jalan kaki sorang2 je.. Tapi masa tu memang seram la. Walaupun jam cuma baru pukul 7 lebih kan. Bukannya aku seram pasal takut vampire gigit. Aku seram sebab takutkan hantu kepala hitam. Penyangak!

Aku teruskan perjalanan aku yang nak kata aku berani tu tidak la jugak. Tapi aku buat2 cool aje. Harap2 tak kena kejar anjing la kan. Tu lagi satu makhluk yang lagi ngeri daripada hantu. Kalau kena kejar, hilang cool aku. Haha.

Sampai depan Sacred Heart church tu aku dah start seram sejuk dah. Sebab aku pernah dengar dari siapa entah yang cakap dekat belakang church tu ada kubur. Aku sendiri tak tahu ada ke kuburnya entah tidak. Tak kan aku nak cek pulak kan. kang tak pasal2 kena gigit dek Stefan Salvatore karang terpaksa aku jadi vampire. Lepas tu mula la sorang2 dekat Asrama Jati tu kena gigit ngan aku pulak. Lepas tu muncul la pulak ladang vervain yang diusahakan oleh Macik Rossa (masa tu Mak Cik Rossa masih ada). Lepas tu aku pun x datang dah kat cafe tu. Dan sekarang ni cerita ni dak merepek la pulak..

Tak ada la. Masa depan church tu aku macam biasa je. Nak takut apa kan. Paling takut pun kalau ada kereta terbabas langgar aku je. Kalau aku kena langgar ngan kereta confirm aku jadi vampire sebab nak revenge kat driver tu. Haha. Korang bayangkan aku dah la penat jalan2 kat KK kn. Pastu aku jalan kaki pulak tu balik asrama. Penat punya pasal aku pun duduk la kejap rilex2 kat bus stop depan Ujana Tang Dynasty Hotel tu.

Masa tengah aku sedap2 urut2 kaki aku tu.. (pasan muka kau! Sapa suruh nak sangat jalan kaki..AMEKAU!!!).. aku terperasan ada dua orang mamat kat seberang jalan tu laju bebenor berjalannye. Aku pun dengan berbekalkan ‘mother instinct’ yang ada cepat2 bangun dan terus jalan macam biasa. Ye la aku tengok lain macam je mamat dua orang tu. Tapi aku jalan tetap macam biasa. Cool. Mana la tau kan, kalau aku lari dia tau la aku takut. Lepas tu mesti dia terus kejar aku kan. baik aku buat2 berani. Aku perasan sorang (Mamat A) dah lintas jalan, yang sorang lagi (Mamat B) masih ada kat seberang.

Tetiba aku dengar dia ‘psst2’ kat aku. Aku buat tak dengar je. Pastu dia buat lagi dan aku dengar dia dah makin dekat. Alamak! ‘cool...cool..’ kata aku dalam hati. Pastu entah ilmu apa dia pakai tiba2 je ada kat sebelah aku.

“kau ada rokok ka?” Mamat A tanya aku.

“huh? Teda,” aku jawab. Oh, nak rokok rupanya. Ingatkan nak apa lah kn.

“Kau mau ke mana?”dia tanya lagi. Peramah pulak mamat ni kan.

“ke Queen,” simple je aku jawab.

“buat apa di Queen? Siapa sakit?” penyebok pulak dia ni.

“tiadalah. Saya tinggal dekat situ. Dekat2 situ la.” Malas nak layan.

“oh..” sambil dia pegang bontot aku..

’Gay ke hape mamat ni?’ bisikku dalam hati.

“diam kau. Jangan kau bising, kalau kau teriak aku tikam kau,”dia cakap sambil tolak aku ke tepi jalan. Aku masa tu sangat pelik dan terkejut. Blur sekejap. ‘Oh! Perompak!’ aku menjerit sekuat hati..di dalam hati. Aku gabra gila masa tu aku toleh sana sini. Tapi mamat ni..eh salah..penyangak ni terus je tolak aku dan warning aku supaya jangan bising.

Masa aku toleh2 tu aku perasan kawan si penyangak ni dah lintas jalan. Serius aku tak nampak muka dorang sebab sorang tu pakai topi dan tempat tu gelap. Kalau korang nak tau kat mana.. penyangak dua orang tu bawak aku pergi tempat gelap tepi bangunan Petronas sebelah pasaraya Khidmat yang dah terbengkalai tu. Korang cari la sendiri.

“bagi duit kau!” kata penyagak A.

“tolong lah. Jangan bha buat macam ni. Kesian sa,” sambil nak nangis aku jawab.

“bagus kau diam. Kalau kau bising aku tikam kau. Ikut ja apa kami cakap.”

Mangai! Nak tikam...aduh.. ‘ko ambik la apa yang ko nak wahai penyangak yang hensem..asalkan aku tak ada apa2’ bisik aku dalam hati. Sambil tu aku jawab,” sa teda duit bha..tiada apa2”

“mana dompet kau?” dia tanya lagi.

Aku pun keluarkan lah dompet aku dan pass kat dia. Bongok kan. apsal la aku tak lari je masa tu. Penyagak A tu pon cek la dompet aku. Haha. Padan muka! Kan aku dah cakap tak ada duit. Siapa suruh tak percaya.

“apa dalam poket kau?” banyak pulak soalan dia ni. Aku pun seluk la poket seluar aku. Pastu aku tunjuk la kat dia henset ‘sabun’ aku, kunci bilik, dan kepingan2 syiling. Dia pun bagai pucuk dicita ulam mendatang la. Ambik terus  henset aku tu tanpa belas kasihan. Aku pulak memang dalam mood murah hati la masa tu kan. tapi duit syiling aku dia tak ambik pulak. Tak sampai hati agaknya.

“hempon apa?” penyangak B tanya tapi lain sikit cara dia sebut tu. Bukan bahasa sabah yang aku biasa dengar.

“sabung,” jawab penyangak A. Sabung??

“apa dalam beg kau?” penyangak B tanya aku. Masa aku tengah seluk2 beg aku tu dia rampas. Lepastu  dia pulak seluk beg aku. Aku pun bagi la dia seluk.dia keluarkan semua yang ada salam beg tu. Aku dengan baik hatinya membiarkan dia ambik semua yang ada dalam tu. Pendrive 4GB yang aku baru beli, pendrive 512MB yang kawan aku bagi sebelum aku fly ke sabah, handphone apa model entah aku tak ingat yang roomate aku bagi pakai. Semua tu dia kebas. Aku time tu tengok je dia ambik.

“nah. Mana IC kau? Bagi IC kau,” penyangak A hulur dompet aku pastu dia suruh aku bagi dia IC aku.

“mau buat apa sa punya IC?” aku tanya dengan suara yang macam nak nangis. Sambil tu aku keluarkan IC aku.

“kami mau pinjam. Kami mau check-in hotel tapi kami tiada IC. Besok kami kasi balik,” dia jawab sambil rampas IC aku. ‘pinjam?bagi balik?ok kot. Bukan dia curi pun kan?’ aku bisik2 je dalam hati. “apa nama kau ni?” dia tanya lagi sambil try baca nama aku kat IC. ‘gelap la mangkuk! Mana nampak!’ aku cakap dalam hati.

“Mohd Kamalul Ariffin..” aku jawab. Suara dah menggigil dah.

“Kamalul..” dia ulang.

“macam mana kamu mau kasi balik sa punya IC tu?” aku tanya. Masa tu dorang dah nak bla dah lalu jambatan. Dan aku masih mengharap dorang pulangkan henset aku.

“besok jam 12 kau tunggu di bus stop depan Queen. Kami letak di sana” penyangak A jawab. Spontan je dia jawab. “sudah. Balik kau sana. Jangan kasi tau orang ya!” amboih dia ugut aku pulak.

Dorang dah bla. Aku terkebil-kebil sorang2 kat situ. Lepastu aku pun jalan sorang2 sambil nangis. Dalam kepala hotak aku ni terfikir. Apasal lah aku tak lawan balik penyangak dua ekor tu kan. ok..sebab aku panik dan blur gila time tu. Nak lari pun tak terfikir. Bayangkan lah. Henset dah takda. Apa pun tak boleh. Aku pun lari balik asrama sambil menangis..(macam dalam filem hindustan plak)

*****

Cukup la sampai situ je KA story ok..kes ni pun dah habis dah.huhu..
Untuk pengetahuan korang bende ni berlaku dalam bulan Jun 2009. Masa tu KA tak balik Johor. Stay je kat hostel dengan cikgu2 KDC, abang Pojie dan jugak Mat Marjon 2.


p/s:ni bukan rekaan ye..cerita betul.tapi dialog tu ade ubah2 sikit la sebab tak ingat sangat dah. hehe.





   

4 comments:

Mixhedryanson said...

Macam ku kenal kisah ini..

ariffin said...

hehe~~
kisah silam la mix..

Mixhedryanson said...

jadikan pengajaran..

muhcizzra said...

aq taw ne crita...
hahahha.....