CLICKable

15 May 2012

Wish List

ini first time aku buat wish list macam ni. wish list ni pun dulu aku sendiri tak tahu apa benda. haha. apa-apa pun ini adalah senarai barang yang aku paling perlukan dan paling aku nak sangat sekarang. kalau dapat hadiah waktu birthday aku nanti pun ok jugak.hehe~

1) wireless headphone.



aku nak sangat benda ni sebab yang utama adalah untuk aku menari-nari seorang diri. hehe. bayangkanlah kalau aku nak menari dalam bilik ni. mesti nak dengar lagu. atau pun kalau aku nak belajar daripada dance tutorial kat youtube. terpaksa pasang video tu kuat2. kesian roommate aku tertekan dengan bunyi bising. kalau terjejas pointer dia aku juga yang dipersalahkan. hehe. aku ada ushar2 jugak benda ni kat kedai. harga dalam lebih kurang RM100. dah lama aku nak beli tapi setiap kali nampak benda ni depan mata, hati berbelah bahagi pula. sampai sekarang tak beli. duit pun dah takda.haha. kalau ada benda ni nanti, senang lah aku nak dancing2 ataupun berzumba sorang2..hihi..

2) Galaxy Tab 10.1



pergh..wishlist tak agak2. nak yang mahal saje. bukan apa, aku dok tengok orang makan kat McD sambil main-main benda ni selalu. macam interesting la pula. lagi satu senang nak online kat mana-mana. tak payah nak bawa lappy bagai. memang ada smartphone yang boleh online semua tu. tapi aku rasa macam membazir pula. sebab handphone pun aku guna untuk call and sms je. jadi alang-alang baik aku angkut benda ni sebijik kan. hehe.. InsyaAllah kalau ada rezeki, akan kusambar benda ni. hehe.

3) Rak buku



haha. pelik pula aku rasa kemahuan aku ni. tapi rak buku ni aku rasa sangat berguna. atas meja study aku ni dah macam-macam ada. ok. bukan aku nak berlagak banyak buku. tapi memang banyak. mana tak banyak kalau orang promote buku sikit, beli, promote sikit, photostat..ok photostat tu menyalahi hak cipta. jangan tiru. dengan novelnya, foldernya, printernya, alat-alat make up aku lagi. semua dekat sini. jadi dengan adanya rak buku, kurang lah sikit benda alah atas meja aku ni nanti kann.

4) DSLR



ok. aku admit yang aku ada minat photography sikit-sikit. kengkawan aku pulak sorang-sorang dah ada menatang ni. serious aku jeles. tapi sebenarnya aku tak ada bakat dalam photography la. bakat aku lebih kepada modelling [ini bukan perasan. serious okeyh!]. hmm.. tak apa lah. kalau ada rezeki, insyaAllah ini juga bakal aku miliki. cuma aku risau kalau aku dah ada benda ni nanti, aku akan jemu dan lama-lama aku jadikan perhiasan je. dah membazir jadinya pula. aku kan cepat bosan. susah!

5) BMW ActiveHybrid 3



ok. yang ni memang merapu. kewujudan benda ni pun aku baru je tau masa aku google tadi. haha. mungkin berapa puluh tahun akan datang baru aku merasa nak dapat benda ni kalau aku letak dalam wishlist aku pun. tapi buat masa sekarang ni kalau dapat motor buruk sebiji pun jadi la kan. untuk dijadikan kuda tunggangan. tak payah dah la nak menyusahkan orang sana sini. asyik2 minta tolong orang tumpangkan pun segan juga. kalau ada kenderaan sendiri, syukur Alhamdulillah.

setakat ni tu je kot apa yang aku hajatkan. aku tak la susun ikut keutamaan pun. mana yang aku mampu, aku akan usahakan secepat yang boleh. korang pun macam tu. apa yang korang mampu nak bagi aku sebagai hadiah birthday, usahakanlah. cepat sikit dari birthday aku pun aku tak kisah. hakhak~

*sumber gambar semua dari Encik Google yang budiman..

04 May 2012

exam dah dekat

minggu depan dah start study week. seminggu. lepas study week exam. dua minggu. okay. bukanlah sepanjang dua minggu tu exam. jangan nak skema sangat macam tak pernah exam. ingat ni sekolah ke hape?

*eh, entry kali ni tak ada intro. hambek ko!*

aku rasa memang ramai yang tak suka dengan exam. tak bagus tau macam tu. korang kena suka exam. exam tu bagus untuk kesihatan jantung. ce bayangkan setiap kali korang nak masuk dewan exam tu mesti jantung laju je kan. lagi-lagi kalau korang tak cukup study. lagi kencang jantung tu kan. tu la bgus. boleh test jantung korang. laju ke tidak. kalau boleh cuba lumba dengan kawan korang jantung sapa paling laju. [ok, tak ada kaitan]

minggu depan study week. memang aku suka sebab tak ada kelas dah. tu semalam punya perasaan sebab tadi lecturer cakap 'hari isnin depan kita ada trial exam ye anak-anak!!' anak kau! adddoi~ baru je nak study group dengan kengkawan. ah! ye..study group ge gossip group? haha.

aku memang suka study group ni sebab banyak benda baru yang aku dapat belajar masa study group ni. ini dah cukup membuktikan aku ni sangat tidak fokus waktu kuliah. sekian. haha. tapi aku tak ada lah sampai tidur waktu kuliah tu. kekadang je. [ada lah jugak tu kann.hehe]

semester ni tak best sebab ada 5 paper untuk exam. tak best la paper banyak-banyak ni. benda ni boleh menyebabkan pointer aku susah nak naik. tu apa yang aku rasa la. sebab orang pemalas macam aku ni pointer memang susah nak naik pon. turun memang confirm senang.

lepas dua minggu exam, macam biasa lah. lepas exam cuti kan. yeeeehah!! balik kampung! yeah! siapa tak suka balik kampung kan. tempat jatuh lagikan di kenang. hehe. walaupun tak ada apa yang menarik aku nak buat masa dekat kampung nanti, belum ada apa-apa perancangan, tapi aku tetap excited. yang pastinya anak-anak buah aku sorang-sorang aku sekel kalau tak hafal sifir.hehe~ [mentang-mentang dah tau macam mana nak ajar sifir.hihi]

ok lah. entry ni memang tak menarik langsung. apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca. ciaou~