CLICKable

01 April 2010

Maafkan daku


Ana sendiri pelik dengan diri ana sendiri. Bermula awal minggu ni, start je kuliah perangai ana ni da macam lain. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum cuti dua minggu lalu, memang la banyak sangat perbezaan perangai ana. Memang ana sendiri sedar. Dengan itu ana minta maaf sangat sangat dengan insan-insan yang berada di sekeliling ana yang terasa dengan perubahan sikap dan tingkah laku ana. Walaupun kalian mungkin tidak membaca apa yang ana post di blog ini, namun bagi ana ini mungkin jalan yang terbaik untuk ana luahkan kerana ana tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi segalanya. Maafkan ana wahai sahabat.
Pagi tadi ana sebenarnya hanya berniat untuk bergurau dengan seorang sahabat ni. Tapi mungkin dia tidak memahami niat ana. Dia pula berkecil hati dan merajuk. Nak buat macam mana, dah memang ana macam tu. Ana minta maaf banyak-banyak.
Kadang-kadang susah juga kalau kita nak bergurau dengan orang. Bukan semua orang boleh faham gurauan kita. Ada pula yang sensitive, kecil hati bila gurauan kita agak terlampau. Bila ada orang yang boleh faham gurauan kita, tak kan pula kita Cuma bergurau dengan dia. Nanti ada pula suara-suara yang cakap kita ni memilih, berpuak-puak.
Jadi ana sendiri pun tak tahu apa yang harus ana lakukan. Tadi ada juga ana bercakap dengan dia dengan niat untuk meminta maaf lah gamaknya. Tapi, dia langsung tidak memberikan respon yang baik. Malah pandang ana pun tidak. Aduh! Agak sukar di situ ya untuk memujuk sahabat ni. Apa pun, ana sangat berharap agar sahabat ini dapat memaafkan ana. Hmmmm......

No comments: