CLICKable

19 August 2011

Syahdu

hari ni hari last kuliah sebelum 
Pengalaman Berasaskan Sekolah
minggu depan
dan 
Hari Raya Aidilfitri
minggu berikutnya

macam biasa lah
kalau raya
semua orang balik kampung
siapa tak suka kalau balik kampung
jumpa keluarga
jumpa emak
jumpa ayah
jumpa adik beradik
raya sama-sama
bergurau senda

kelas hari ni
sugul je semua
semua orang dah tak fokus
semua orang dah fikir rumah
semua orang dah tak sabar nak balik
naik kapal terbang
naik feri
segala benda nak naik [=.="]

aku?
jeng3~
syahdu la
syahdu je hati
nak jugak beraya ngan mak ayah
nak juga menganyam ketupat
nak juga buat kuih raya
nak salam mak ayah
nak minta ampun
nak ziarah kubur
nak ketawa2 dengan abang kakak

semua tu harapan je
tahun ni beraya pun tak tahu lagi kat mana
silap2 beraya kat shopping complex
ramai yang invite raya dengan family dorang
tapi aku berat hati
sebab aku yakin
aku akan makin syahdu
sebab tengok kawan2 aku beraya dengan family
dan aku cuma orang asing yang menumpang

bila difikir2kan balik
tak patut aku sedih
tak patut aku syahdu
aku yang decide tak nak balik raya
AMEKAU!!!

p/s: aku nak beraya dengan keluarga..kalau bukan keluarga kandung pun..keluarga angkat pun jadila..sekurang-kurangnya aku beraya dengan keluarga..

"JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU TAIK!!"

16 August 2011

MASA

"masa itu emas"

yes!!
aku nak jual
pastu dapat duit
kaya raya
boleh beli DSLR
boleh beli GALAXY S II
boleh beli KERETA
boleh beli ACER baru
boleh beli GHUMAH
boleh KAWEN 
erk~~ 
boleh pegi HAJI [hehe..bkn toplist la lak..huhu]

BOLEH buat macam2!!

**berangan**

apa pon tak boleh!~

p/s: nak update entry panjang2...nak buat review yg aku ckp tu..tade mase lew~

12 August 2011

Aku Manusia

aku manusia
yang punya akal
yang punya perasaan
aku yakin
kau juga manusia
yang juga punya akal
yang juga punya perasaan
apa yang telah kau katakan
kenapa tidak kau kotakan?
beginikah sebuah pengakhiran
sesuatu yang digelar persahabatan


p/s: teringin juga mau buat entry tentang someone dan untuk someone...tapi siapalah aku ini..bagai melukut di tepi gantang..huhu..terima kasih kepada semua follower n reader..  =)

[sekali tiga entry hari ni..aku memang tamahak!!hahaha~]

Review

aku telah mencadangkan kepada diri aku sendiri untuk membuat review memasali [mengenai] semua classmates aku di blog ni. fuhhh..punya panjang ayat [salah lagi tuh].
begitulah ceritanya. aku fikir aku nak buat review pasal kawan2 aku kat blog ni. at least aku update blog ni dengan gambar. baru la korang suke kan bace gambar. BACA gambar. apa ke pelik nya korang nak baca gambar.
whatever...tapi memang pun blogger2 ni suka baca gambar kat blog orang masa blogging kan. WOI apa pula tukar topik ni??haish~

pasal review tu.. aku memang nak buat. cuma aku tak pasti lagi nak buat satu entry sekali gus untuk semua orang atau nak buat satu orang setiap entry. kalau satu orang setiap entry maksudnya aku akan ada lebih kurang 25 entry = 25 hari. ataupun aku nak buat satu entry untuk kengkawan lelaki..n satu entry untuk kengkawan pompuan.. oh aku fenin..
korang tolong aku please.. nak buat macam mana ek.?? [atau korang tak suka aku buat entry pasal korang?] huhu..

p/s:
1. kalau aku buat review, aku buat yang baik punye. ikhlas dan jujur dari lubuk hati aku..korang jangan risau la..aku tak menipu..huhu~
2. harap2 lepas cuti raya mood semua orang makin ok.. :)

Terlupa ='(

alamak! 
aku terlupa nak wish.
serius aku terlupa
wish apa?
sebe11as Ogos
kan bithday c ichum..
apsal aku terlupa ni!!
mongok munye akuh!!
sorry chum :(


08 August 2011

takde tajuk

terlalu banyak benda yang berlaku selama tak update blog ni..
yang latest adalah semalam. meronggeng dengan geng2 tarian.
tak sangka juga Alistair @ Acistair join. ngam2 5 orang yang ikut tarian keluar sama2.
siuk!!
gambar ada juga..belum transfer dari handphone..ini pun update time kelas..
sorry puan :) tapi saya dengar juga bha apa puan cakap...cuma tak sempat salin ja la
:)

kadang2 rindu dengan kehidupan yang lama dengan sahabat2..
tapi maafkan aku sahabat
aku rasa lebih tenang dengan cara begini
berikan aku sedikit masa ok..


p/s:
-kenapakah aku merasakan semua orang mcm bad mood dgn aku hari ini??
-i miss the old you <3

01 August 2011

Hari Ni

hari ni tak pergi kelas
pergi assembly je

hari ni pergi hospital
badan gatal2
sebab makan udang
badan merah2
sebab garu

doktor bagi ubat
pil
doktor suruh makan
tapi puasa
ubat tu bagi effect tidur
tak boleh makan
sebab puasa

balik dari hospital
terus balik bilik
tidur

p/s:
makan ubat = tidur
tak makan ubat = tidur
tidur tatap..
haritu makan banyak udang kat rumah keluarga angkat
asik makan udang je
dorang asik masak udang je
kalau tak makan
dorang kecik hati...
oh aku allergic udang..

hari ni 1 Ramadhan..
lupa hari ni puasa
tak sahur
nasib baik tak singgah kedai makan
kalau tak, kena cekup
SELAMAT BERPUASA!