CLICKable

07 June 2011

KENTUT..euwwww...

Wokeyh..tajuk entry kali ni adalah kentut. Nampak macam tak sopan dan lucah je kan. Ewah~ memandai je cakap lucah mana ada lucah la. Kalau lucah, maknanya semua orang dalam dunia ni lucah la kan?! Hah!


ade ea tempat larangan kentut??..selama ni main lepas je..haha
OK..OK..terus kepada isi entry..(macam ilmiah je kan)..Kentut ni bagi KA satu permaianan je.. adalah apabila seseorang manusia atau seseekor haiwan (menatang pon ada kentut jugak ke?..ade kot..) itu mengeluarkan angin sama ada secara sengaja atau tidak dari bontotnya anusnya. Apabila seseorang itu terkentut (tak sengaja) atau mengentut (sengaja) di dalam air, maka gelembung2 udara akan wujud dan ia amat menyeronokkan jika kita berlawan dengan kawan2 siapa dapat hasilkan buih paling besar dan banyak..haha..

ooppsss..sensored la pulak..sorry :p

Ok..sekian sahaja untuk entry kali ini dan jumpa lagi di entry kali yang lain..entah la bila..ngehehe~

Tapi sebelum tu KA ada nak share kisah kanak-kanak..ala..masa kecik2 dulu..

Tetiba teringat masa kecik dulu, KA dan kengkawan KA selalu main 'Sapa Cepat/Lambat...' korang pernah main tak? ala  tak kan tak pernah. Main dia cam ni.. Contohnya katakanlah masa tu kitorang nak lari pergi ke padang la kan..salah sorang daripada kitorang ni akan cakap "Sapa Lambat Sampai Padang, Anak Apek!!"..so kitorang pon akan berlari2 dan berlumba2 la untuk sampai ke padang secepat yang mungkin supaya tak jadi 'Anak Apek'..selain tu kitorang ada gak la guna "Sapa Cepat..Anak Raja"..

Alahai..masa kecik2 dulu mane la tau mende kan..Entah sapa la yang ajar kitorang main mende alah merepek meraban tu kan.. Kalau la sekarang ni ada orang cakap kat KA "Sapa Lambat Sampai Padang, Anak Apek!!".. Peduli la! Apek tak apek..Bapak KA tetap jugak melayu..Tak jadi anak raja pon tak pe..Tak menyusahkan sesape berak pon kan.yang penting KA selamat,sihat,sejahtera dan bahagia..

Ok lah..penat dah taip..ni wakil entry untuk bulan ni..kalau rajin nanti2 la KA update lagi blog ni..skodeng blog Cik Epal lagi best..haha~ Cik Epal jangan marah ye..huhu..KA tau dia suke orang skodeng blog dia..

Ok..bye2~ (n_n)v

p/s: Korang tak perasan ke header baru KA kat atas tuh..penat tau buat..Cantik kan..tenkiu..jangan la malu2 nak puji ye..SAPA TAK PUJI.. ANAK APEK!!.haha~~

30 April 2011

saya sangat RINDU kamu..

Hari ini KA sangat merindui emak KA.. puisi ini KA dedikasikan kepada emak kesayangan KA, Puan Fatimah Binti Ibrahim.. Mak..KA sayang mak sangat2..

Emak..
hari ini aku menghirup udara sekali lagi
nyaman..segar..
hari ini aku melihat cahaya sekali lagi
terang..bersinar
hari ini aku melangkah sekali lagi
jauh..letih..
hari ini aku merinduimu sekali lagi
sayu..pilu..

Emak..
ku merindu wajah tuamu
ku merindu suara garaumu
ku merindu gelak tawamu
ku merindu gurau sendamu
ku merindu tegur marahmu
ku merindu belaian mesramu
ku merindu harum pipimu
ku merindu peluk eratmu
ku merindu segalanya tentang dirimu

Emak..
terima kasihku tidak setanding jasa budimu
kasih sayangmu tidak terbalas
cinta yang kau beri sungguh ikhlas

Emak..
andai ada tutur kata yang menyinggung
andai ada dosa yang berkarung
maaf ku pohon setinggi gunung.

Emak..
walau tidak indah di mata
walau tidak sedap di telinga
puisi yang ku bina
ikhlas dari hati
untuk dirimu di sana..

I LOVE YOU MAK!!


wahai sahabat pembaca dan blogger sekalian..bagi si ibu anak adalah anugerah yang tidak ternilai..sebagai anak buktikanlah pada ibumu bahawa kamu bukan sekadar anugerah, malah lebih bernilai daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebutir permata yang bersinar..
Sayangi ibu anda sementara anda berpeluang menatap wajahnya..

SAYA SAYANG MAK SAYA!!!!

15 April 2011

Welcome 2011

Hai engkorang!!haha~

Pertama sekali KA nak ucapkan tahniah. Ya! Tahiniah Tahniah kepada korang. Sebab apa? Sebab korang telah berjaya membaca entry ini yang juga merupakan entry pertama untuk tahun ini daripada KA [ berlagak la kan baru 1st entry..dan stengah bulan 4 da ni!! ] SELAMAT DATANG 2011!!
Sebenarnya bukan la apa. KA malas la nak menaip kat blog ni. Takkan la KA nak post entry yang pendek2 je kan. Macam x syok la pula. Entry mesti kene panjang. (mesti ke??)

Kadang2 tu KA tak ada idea nak post apa kat dalam blog ni. Kalau time ada idea, malas la lupa pula..hmmm..lagipun apa lah sangat nak post kan. Nak post pasal perasaan duka lara seorang pencinta..hampeh giler! [da la tak bercinta!] Nak post pasal dapat Perak masa 4x400 meter sukan hari tu.. tak kan tu pun nak mention dalam blog kan. Berlagak la kan.. (akhirnya berjaya juga aku mention!!yezz!!) Nak post pasal aku selalu sakit perut..sapa la nak tau kn. Nak post pasal posmen..mana ada KA kenal posmen laa!!haish!!

Oleh sebab itu, KA malas nak post apa2 kat blog ni. Dan tetiba pula KA dapat idea untuk mengepost video.hihi~ idea ni datangnya daripada kawan KA iaitu cik pika shawlaholic.haha~ dy suruh KA post video performance kami masa math nite hari tu. Tengok la nanti ye bila KA ada masa n bila broadband tu berbayar bilnya.huhu~~(xde duit nk bayar broadband!! T_T ). Selain tu, KA rasa macam nak post video2  KA la..video apa??? Jeng3!!!.Korang jang pikir yang x senonoh ea!! Karat betul!! Suke tau!! (aww~~) KA malas nak menaip. So nak rakam je video then post kat sini.

OK la. Setakat ni je tahap kerajinan KA kali ni. Tunggu la pula lagi sepuluh tahun ke baru KA post entry lagi k. Sekali lagi tahniah untuk korang sebab Berjaya membaca entry ni sampai habis. Dan terima kasih sebab sudi menanti entry KA selama beberapa bulan ni. KA tau korang memang suka baca blog KA ni [~tangan di dada, mata ke atas~].


Sekian, terima kasih.. Daaa~~ (^_^)v