CLICKable

05 July 2011

Puisi:Di Sudut Ini...

Di sudut ini
aku terperosok sendiri
memikirkan nasib dan takdir diri
yang segalanya masih tak pasti

Di sudut ini
aku menanti
segala yang tak pasti
untuk menjadi realiti

Di sudut ini
aku masih menyendiri
dan terus menanti
adakah pasti
segalanya akan menjadi realiti?

Ya ALLAH
aku hambaMU
tunjukkan jalanMU buatku
agar teguh peganganku pada taliMU
agar ampuh imanku bersuluh di jalanMU
agar terhidu buatku harum syurgaMU

LA ILA HA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH...


p/s: puisi ni spontan taip kat handphone masa kat surau minggu lepas. masa tu majlis penutupan aktiviti surau untuk freshie. ingatkan nak perfom puisi ni depan freshie, tapi takda kesempatan.

No comments: