CLICKable

30 June 2011

SIBUK si PENYIBUK!!

pergh! tensionya!!
makin hari makin sibuk
camping pulak diawalkan..
sakit la mcm ni
untuk camping KA kena jadi:
1) AJK dokumentasi untuk pasukan
2)AJK Kecemasan untuk keseluruhan
3)AJK persembahan untuk pasukan

apa kes??!!
dah tak ada orang lain gamaknya dalam pasukan tu
semua KA yang kena..

bayangkan..
masa camping nanti..
setiap hari kena snap2 gambar..[best..takpa..]
lepas tu kena buat buletin..ambik video segala..[??]
tu baru AJK Dokumentasi..
lepastu..kalau orang eksiden ke hape ke..
nak kene cari ubat la..hape la..tu ini..
[harap2 xda eksiden..KA yg pengsan kalau cam tu]
tu AJK kecemasan..
ni persembahan ni apa cerita pulak ni?
tetiba je tadi dpt info..
persembahan tu kena ikut tema
tema dy: MIDDLE EAST
kepala hangguk!!!
ingat ni Anugerah Skrin ke nak tema2?!!
susah2..buat macam iklan susu cap teko je la kan..gelek!!gelek!!..

itu semua camping punya cerita..
SDP punya cerita belum masukkan lagi ni..
nak kena itu la..ini la..
warna itu..warna ini..
bergerak..melompat..berguling..
jadi batu..jadi tv..jadi lemang..
nasib baik tak kena jadi babi..[pengsan!!]

elaun tak masuk lagi..
haritu dorang cakap akan masuk bila2 masa..
penyu betul la..
kalo lapanploh juta hari lagi..
pun dikira 'bila2 masa' kan?!
elaun tak masuk2..macam mana nak beli herbalife..
nak jadi taff!!

tak ada duit..APA PON TAK BOLEH! dem!

p/s:luahan perasaan..

27 June 2011

Puisi Malam

dikala sayu malam nan syahdu
duduk aku sendiri tanpamu
baring aku teringatkanmu
termenung aku menginginkanmu

tanpa kamu
gundah gulana diriku
tunggang langgang jiwaku
lemah longlai tubuhku
fikiranku jadi tak menentu
di manakah kamu

makanan..mana kau??
aku lapar...

p/s:apa kes lapar ni? mata tak boleh lelap.. perut minta diisi.. pagi ada perhimpunan.. malas nak masak maggi...makan milo ja..harap2 x tersedak..haish~~

25 June 2011

HEURISTIC APPROACH

wokeyh! [sambil geleng2 kepala]
sejak dua, tiga, seratus pat ploh lapah menjak ni ada dua tiga orang yang dah tanya KA 'apa tu heuristic approach?'. Mentang2 lah KA ni budak Math kan. Senior diorang pulak tu. Masalahnya dah benda ni KA dah setahun tak dengar. tak hengat dah apakejadahnya heuristic approach tu.

Tapi sebagai seorang senior yang berkaliber, berdedikasi dan baik hati serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk menerajui kepimpinan negara disamping memberikan khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada negara bangsa.. Maka KA pun carilah sikit2 maklumat pasal benda ni. Dan hasilnya? Nah KA tempek kat sini. Harap dapat membantu korang. Ni je yang KA mampu nak tolong pun. Yang lain tu korang kena la usaha sendiri kan. =)

Heuristic approach atau pendekatan heuristik merujuk kepada teknik berasaskan pengalaman untuk penyelesaian masalah, pembelajaran dan juga sebarang jenis penemuan (discovery). Kaedah heuristik digunakan untuk mempercepatkan proses untuk mencari satu penyelesaian yang tepat. Dalam erti kata lain, heuristik adalah strategi yang menggunakan maklumat yang sedia diperoleh untuk membantu dalam penyelesaian masalah bagi manusia dan mesin.

Kaedah heuristik yang utama adalah 'cuba jaya' yang juga digunakan dalam mencari nilai pemboleh ubah dalam masalah algebra. Kaedah Heuristik yang sering digunakan adalah:
  1. lukisan gambar 
  2. kerja terbalik [working backward]
sumber: wikipwedia.

Okeyh la.KA rasa itu je kot yang KA boleh bagi kat korang yang memerlukan. Kalau korang tak faham jugak, pandai2 la ya. Hehe. Ini pun KA translate je. Dan tak pasti pun translation ni betul.Entah2 salah.Haha~
Kepada korang yang study paper Numerical Literacy tu...GOOD LUCK!!

tatatititutu!!!~~

24 June 2011

PEMALAS!!!

okeyh2!! KA update la nih!

dah berapa hari dah tak update ini blog lah..
bukan apa jugak la.. ada sikit malas la anney~
mcm biasa la..idea tu ada tapi nak menaip tu yang malas..

btw,
dah seminggu dah berlalu untuk sem ni
pejam celik..pejam celik..
dah seminggu..
cube pejam celik..pejam celik..laju2..
mesti dah habis 3 tahun..haha
sem ni ada killer subject..cuaknye~
harap2 bukan KA yang jadi killer la..haha
elaun tak dapat lagi..matila!
bulan depan camping..lepastu debat..debat?
malasnya..

macam mana lah KA nak hadapi semua ni..??
CALCULUS..CAMPING..BIG..DEBAT??..
MATI!!!
doakan lah KA sakses yo..
dah la..nak sambung baca buku..
buku biru..x habis2 baca..bertahun dah mnghadap..
:p
tattititutuuuuu~~~

21 June 2011

Selamat Pagi Abang Senior!!

Di keheningan pagi yang indah, tenang dan permai, sekumpulan 'freshie' telah dibawa oleh beberapa orang senior mereka ke Kolej Kediaman setelah selesai aktiviti riadah pagi yang juga merupakan salah satu aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baru di kampus tersebut.

Sebagaimana yang diarahkan oleh senior-senior mereka. Dan sebagaimana yang telah dilakukan oleh senior2 mereka, dan juga super senior mereka, serta selipar senior mereka (agaknya tu la istilahnya kot), 'freshie'2 ini disuruh untuk meng'greet' senior mereka di kolej.

Setelah semua 'freshie' bersedia, mereka pun memulakan 'greeting' tersebut 
"Selamat Pagi Abang2 Senior Yang Belum Bangun!!"
Dan seperti biasa memang banyaklah suara-suara sumbang yang meminta 'freshie2' ini mengulang 'greeting' mereka sekadar untuk mendengki. Haha!

Dan tiba-tiba keluarlah seorang daripada senior mereka ke koridor dalam keadaan rambut yang yang macam berus dawai, muka macam ayam penyet, dan mata yang macam mata burung unta...dan berkata...
"Dik! Abang dah bangun. Terima Kasihlah sebab kejutkan. Kakak kau ni ha. belum bangun lagi dekat dalam tu. Boleh tolong kejutkan tak?"

***
Cerita rekaan....

19 June 2011

Cinta Pandang Pertama

Entry kali ni tak ada kaitan dengan hidup KA ataupun korang..Kaitan yang ada hanyalah KA menulis cerpen ni dan korang membaca. Masa cuti haritu KA bosan2 KA tulis lah cerpen ni. Agaknya cerpen kot. Tak tau nak kategorikan. Anggap je lah cerpen okeyh~ Tajuk cerita ni adalah Cinta Pandang Pertama.

Sekali lagi diingatkan, cerita ini adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar satu penulisan. terima kasih kepada yang sudi membaca =)

***

CINTA? Aku langsung tak tahu apa-apa pasal cinta. Apa lagi bila orang-orang sekeliling sibuk bercerita pasal cinta monyet, cinta palsu, dan macam-macam jenis cinta lagi yang bila aku dengar aku rasa macam dengar orang sebut ‘angin’ saja. Langsung tak memberi kesan pada aku. Sehinggalah aku bertemu dengan dia.

Aku seorang budak kampung yang comot, busuk, dan selekeh. Aku langsung tak kisah bila orang sekeliling aku cakap macam tu pada aku dan aku tak peduli. Suka hati dioranglah apa diorang nak cakap yang penting aku boleh hidup dan aku tak menyusahkan diorang. Lagipun aku rasa aku ni ok je. Tak adalah terlampau comot pun. Cuma kadang-kadang aku makan tu terlupa nak lap mulut. Tak adalah busuk sangat. Hari-hari aku mandi walaupun sekali. Kadang-kadang tu memang la tak gosok gigi, tu pun sebab terlupa stok ubat gigi dah habis. Nak kata aku ni selekeh, aku rasa biasa je bila tak gosok baju bila pergi sekolah ke, kenduri ke. Kan kita kena jimat elektrik.

Comot-comot aku pun, Alhamdulillah aku dapat jugak sambung belajar sampai sekarang ni aku dah ada ijazah. Orang yang berlagak cun, berlagak macho kat kampung aku tu, SPM pun gagal apa cerita? Lantak lah diorang apa nak jadi. Lagipun selama ni aku berak aman je, tak ada gangguan daripada diorang pun. Dah lah aku bukan nak cerita pasal diorang. Aku nak cerita pasal kisah cinta aku.

Kan aku dah cakap awal-awal tadi yang aku ni tak tahu apa-apa pasal cinta. Dan aku ni budak kampung yang comot, busuk dan selekeh. Tu semua pada pandangan orang sekeliling aku. Kalau korang tanya aku memanglah aku akan cakap aku ni pernah dapat tawaran jadi model. Tapi aku yakin korang tak akan percaya sebab korang cemburu kan. Dah lah, malas nak layan.

Sambung cerita. Masa aku kat universiti dulu memang sangat sedih sebab tak ada orang nak kawan dengan aku. Semua orang pandang aku ni pelik ja. Tu lah silapnya orang Malaysia ni. Suka pandang luaran. Diorang tak tahu hati aku ni sikit punya baik. Tapi aku ok ja. Orang tak sudi tak kan kita nak paksa pulak kan. nanti aku kena tuduh berkelakuan aneh pulak. Tak pasal-pasal kena buang, terpaksa balik kampung menghadap orang kampung aku yang perasan cun dan macho tu. Ada la lebih kurang satu semester aku bersendirian tanpa ada kawan apatah lagi kekasih. Tapi aku sikit pun tak menyesal sebab CGPA aku dapat 4.0.

Masuk semester baru, aku dapat roomate baru. Aku sangat bersyukur sebab roomate aku yang lama tu sangat hampeh. Malas nak cerita pasal dia. Buang masa dan tenaga ja. Tapi roomate baru aku ni sangat cool! Sebab dia pun comot, busuk dan selekeh macam aku. Aku sangat suka. Kami berkawan sampailah kami habis belajar.

Untuk pengetahuan korang kami tak ada lah terus comot, busuk dan selekeh sampai kami habis belajar. Kami pun ada akal jugak kan. Bila kita tengok orang lain kemas dan bergaya kita pun nak juga kemas dan bergaya kan. Macam tu lah juga kami. Cuma aku punya gaya lain sikit la dengan si kawan yang seorang ni.
Satu hari tu masa kami semester akhir, masa tu kami makan tengah hari di cafe lepas kuliah, masa tu lah aku rasa nyawa aku ni macam dah nak kena tarik saja. Jantung aku tak payah cerita lah. Laju sampai rasa macam nak terkeluar.

“Kau dah kenapa Min?” Mot tanya aku bila dia nampak aku pelik tiba-tiba. Sebenarnya aku panggil dia ‘Comot’ sebab dia comot. Sangat tak sedar diri kan aku ni.

“Tu. Kau nampak tak budak perempuan tu?” aku bagi tau Mot sambil tunjuk seorang budak perempuan yang tengah lintas meja kami. Budak perempuan tu memang sangat cantik. Ayu ja aku tengok. Jalan pun berlenggang lenggok. Kalau ada orang letak kepala tepi pinggul dia masa dia berjalan, memang jauh terpelanting.

So?” balas Comot. Aduh! Apa ke lambatnya kawan aku yang seorang ni?

“Lambat la kau ni! Cun siot!” aku harap dia faham la.

“Sejak bila pula kau mula nak puji orang ni? Bukan ke kau tu menyampah kalau tengok orang lain cun ke macho ke  apa. Tiba-tiba pulak kau puji budak tu apasal? Kau jatuh hati pulak dengan dia?” pandai pun. Aku tak cakap apa-apa kat dia. Aku Cuma senyum ja sambil tengok budak perempuan tu. “Woi!” tiba tiba pulak Mot jerit depan muka aku.

“Apahal?” siapa tak panas hati kan kalau tiba-tiba kena tengking macam tu.

“Kau dah hilang akal ke apa?” tanya Mot. Kali ni pandai pula dia cakap perlahan-perlahan.

“Salah ke?” aku soal dia balik. Ya. Salahkah aku untuk menghargai sesuatu keindahan. Indah ja aku memandang budak perempuan tu.

“Ish!. Malas lah aku nak layan kau. Dah lah aku bla dulu. Kalau nak cari aku, cari aku kat library,” bagus juga kau bla Mot. Aku pun apa lagi. Nak ngurat budak perempuan tu tak berani. Jadi aku tengok ja lah dari jauh.

Itu semua masa aku belajar dulu, masa dekat universiti. Lepas daripada hari tu aku langsung dah tak pernah nampak budak perempuan tu. Entah dia yang hilang ke aku yang sibuk aku pun tak ingat. Sekarang ni pula aku teruskan kehidupan aku sebagai manusia berkerjaya. Dan aku masih lagi berhubung dengan Comot. Dia memang kawan terbaik yang aku pernah ada.

Pernah sekali tu aku nak ajak Comot makan tengah hari dengan aku. Kami memang selalu makan sama-sama kalau waktu kerja kebetulan pejabat kami dekat.

“Hello Mot. Jom lunch,” aku telefon dia.

“Alamak Min. Hari ni tak dapat la. Aku ada appointment lunch dengan client ni. Kau ajak la staff kat office kau saja ya. Aku minta maaf sangat lupa nak bagitahu kau. Aku pun baru teringat pagi tadi,” balas Comot. Memang menghampakan.

“Okey lah kalau kau tak sudi kan. Nak buat macam mana. Terpaksalah aku lunch seorang-seorang,” aku buat-buat sedih. Mana lah tau dia tipu aku. Mesti dia kesian kan.

“Wei, aku betul-betul ada meeting la. Kau ingat aku main-main ke? Nak mengada-ngada pula. Aku tumbuk perut kau pakai lutut aku karang tak sempat kau nak lunch,” marah pula si Comot ni.

“Haha. Aku main-main je lah. Yang kau nak emosi ni apa hal pula? Okey lah kau pergilah lunch dengan client kau tu. Entah client ke entah scandal. Saja je kau ni kan. Semua nak sorok dengan aku. Okey bye,” aku terus letak telefon. Aku memang suka menyakat orang ni, lagi-lagi Comot.

Aku makan seorang diri ja hari tu. Sebab aku malas nak keluar makan dengan staff lain dekat office aku tu. Aku tau, diorang bukan suka sangat dengan aku, sebab apa aku tak tahu. Agaknya diorang saja nak sakit hati sebab aku lagi hot dari diorang kot. Lantaklah. Masa aku nak balik office lepas lunch hour tu aku rasa buat kali keduanya dalam hidup aku yang aku ni dah nak mati. Aku terserempak dengan budak perempuan yang aku nampak masa aku tengah makan dengan Comot dekat universiti dulu. Dia naik lif sama dengan aku. Jantung aku memang kencang gila lah masa tu.

“Hai,” aku cuba tegur dia sambil senyum. Aku sendiri tak dapat bayangkan betapa buruknya senyuman palsu aku masa tu.

“Hai,” dia balas sambil senyum. Pergh! Cair terus aku. Lepas tu aku terus terdiam tak cakap apa-apa dah. Tergamam.

Balik kerja hari tu aku terus cerita pada Comot dengan mata yang bersinar-sinar. Comot masih macam dulu jugak. Dia macam marah kat aku. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku tak peduli. Bagi aku ini mungkin apa yang orang selalu cakap cinta pandang pertama. Mana tidaknya, malam tu aku tidur pun mimpikan budak tu. Esoknya sebelum pergi kerja aku sampai lupa nak sarapan sebab tak sabar nak terjumpa dengan budak tu lagi.

Tapi harapan aku memang hancur pagi tu sebab aku tak nampak pun budak perempuan tu. Aku pun terfikir, agaknya budak tu datang semalam sebab nak interview minta kerja kot. Sebab tu hari ni aku tak nampak dia. Nampak gayanya aku tak dapat la nak jumpa dia lagi.

Macam biasa lah lunch hari tu aku plan nak lunch dengan Comot. Tapi aku kena confirmkan dulu dengan dia. Nanti jadi macam semalam pula tiba-tiba ada appointment.

‘Jadi tak lunch sama-sama? Ada appoinment lagi ke hari ni?’ aku SMS Comot. Jimat kredit.

‘Jadi. Jumpa tempat biasa,’ Comot balas. Cepat pula dia balas SMS aku. Tak ada kerja agaknya.
Aku pun cepat-cepat kemas meja aku dan terus keluar pejabat. Perut aku memang dah pedih dari pagi lagi. Semua gara-gara nak jumpa budak perempuan tu punya pasal. Nasib baik tak kena gastrik ke appendix ke. Kalau tak sia-sia ja.

Disebabkan aku keluar paling awal dalam pejabat tu jadi aku seorang ja yang guna lif masa tu. Masa aku dah dekat dalam lif dan pintu lif tu dah nak tertutup rapat tiba tiba ada orang tekan butang pintu tu dan pintu lif tu pun terbuka semula. Memang sebiji macam dalam drama. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab orang yang tekan butang pintu lif tu adalah orang yang aku nak jumpa sangat. Budak perempuan tu!

“Fuh. Nasib baik sempat,”budak tu bisik tapi aku dengar.

Aku terus ambik handphone aku dan SMS Comot.
 ‘Sorry aku ada hal. Urgent. Ko makan lah dengan siapa-siapa. Sorry,’ suka hati aku ja tipu Comot.

“Erm.. Awak ni yang saya jumpa semalam masa dalam lif ni kan?” entah mana datang aku punya berani pun aku tak tahu.

“Ya,” dia jawab, ringkas ja. Malu kot.

“Awak kerja dalam bangunan ni ke? Saya tak pernah nampak pun sebelum ni,” aku saja tanya.

“Ya. Saya baru mula kerja semalam. Mungkin sebab tu awak tak pernah nampak saya kot. Saya Hani,” dia hulur tangan. Aku pun apa lagi pantas je sambut tangan dia.

“Saya Min. Erm.. Awak dah lunch? Kalau belum kita boleh lunch sama-sama,” aku pelawa dia makan dengan aku. Manalah tahu boleh tersangkut.

“Belum lagi. Boleh juga kalau nak lunch sama-sama. Saya pun tak ada kawan nak lunch. Maklumlah saya kan baru je kerja dekat sini jadi belum ada kawan. Tapi lunch hour saya 15 minit lagi. Awalnya lunch hour office awak?” ramah juga perempuan ni. Aku tersentap sekejap. Kantol keluar awal. Nasib baik juga dia sudi makan dengan aku kalau tak terpaksalah aku makan seorang. Siapa suruh cancel dengan Comot.

“Eh, office saya memang bagi saya seorang je keluar awal. Tak adalah,kebetulan saya free hari ni sebab tu keluar awal,” cover “Kalau macam tu saya tunggu awak dekat lobby, nanti kita pergi makan sama-sama. Saya belanja,” tiba-tiba saja lapar aku hilang. Siap sanggup tunggu dia dekat lobby lagi. Belanja dia pula tu. Banyak duit aku!.

Memang tepat-tepat pukul satu dia turun dari office dia. Aku nampak dia keluar lif sambil senyum-senyum tengok aku. Dia punya lenggok memang tak ubah dari dulu sampai sekarang.

“Kita nak makan dekat mana?” dia tanya aku macam dia pula nak belanja aku kan.

“Jom saya bawak awak pergi tempat special punya,” aku teruskan usaha.

“Okey. Jom,” dia punya senyum tak pernah hilang. Tu yang aku suka tengok dia ni.
Aku pun apa lagi. Melonjak-lonjaklah hati aku ni. Aku bawa dia makan dekat restoran kegemaran aku. Sengaja aku bawak dia makan jauh sikit. Kalau makan di restoran dekat-dekat dengan office nanti kantol pula dengan Comot.

Memandangkan aku baru saja kenal dengan dia, masa makan tu kami berbual pasal latarbelakang masing-masing. Dia terkejut aku ni rupa-rupanya senior dia masa dekat universiti. Aku pun buat-buat tak sangka la kononya aku ni tak tahu padahal aku dah pernah nampak dia masa dekat universiti dulu.

“Hani. Boleh saya tanya sikit?” aku nak cuba tanya dia.

“Hai dari tadi bukan awak dah banyak tanya saya ke? Hehe..Tanyalah,”dia jawab. Orang tengah serius dia boleh pula main-main.

“Awak ni dah ada kekasih ke?” direct je soalan aku kan.

“Kenapa pula awak tanya?” muka dia berubah sikit. “Tak ada. Kenapa?” dia tanya aku balik.

“Agak-agak saya ni ada chance tak untuk jadi kekasih awak?” berdebar aku tunggu jawapan dia.

“Apa awak cakap ni? Tak kelakar lah,” dia jawab. Muka dia dah naik merah dah aku tengok.

“Saya tak main-main. Sejak pertama kali saya nampak awak, saya yakin yang saya dah jatuh cinta dengan awak...,”

SPLASH!! Ngam-ngam aku cakap tu jus tembikai dia terus masuk dalam lubang hidung aku. Sikit je yang masuk, yang lebihnya tu habis basah kat muka aku. Baju aku pun habis semua basah.

“Awak jangan nak perbodoh-bodohkan saya ya. Awak ingat saya ni perempuan macam mana? Cubalah pakai otak sikit! Atau awak nak saya bawak awak pergi cek otak awak tu waras ke tidak?” laju je dia hembus depan muka aku. Malu la siot! Kenapa dia tiba-tiba marah aku pun tak tahu.

“Tapi Hani, saya ikhlas,” aku merayu supaya dia dengar apa aku nak cakap.

“Ikhlas kepala otak awak! Dahlah malas saya nak layan awak. By the way, thanks for the lunch,” kuat juga la dia cakap sampai semua orang dalam restoran tu pandang kami. Lepas tu dia bangun dan terus jalan. Aku memang malu gila masa tu. Cepat-cepat aku panggil pelayan untuk bayar dan balik rumah terus. Aku ambil emergency leave.

Petang tu Comot datang rumah aku. Katanya dia risaukan aku. Dia tanya apa benda yang urgent tu. Aku ingat aku nak cakap kat dia yang aku sakit perut. Disebabkan aku bengang, sakit hati dan macam-macam perasaan lagi yang ada lepas dimalukan masa lunch tadi, aku pun ceritalah apa yang jadi pada Comot.

“Hahaha. Dia cakap macam tu dekat kau?” Comot ketawa sakan. Ni yang aku marah ni. Aku cerita kat dia, nak mengadu. Dia pula yang gelakkan aku lebih.

“Ya. Apasal kau gelak? Lucu sangat la konon? Ni ke bestfriend? Orang sedih-sedih macam ni dia gelak,” aku memang kecik hati.

“Memang patut pun dia buat macam tu kat kau. Padan muka kau! Hahaha.” Makin kuat pulak dia gelak.

“Kenapa pula kau cakap macam tu? Kau ni sama je macam si Hani tu. Salah ke aku ni ada perasaan cinta? Patutnya kau support aku tau. Aku ni kawan kau. Kawan baik kau,” aku cuba bela diri. Tapi aku tetap tak faham kenapa Comot suka sangat. Sementara dia gelak tu aku sambung lagi, “Selama ni kau memang marah aku kan bila aku cerita pasal  Hani tu dekat kau. Kenapa? Kau cemburu ea? Kau suka dekat dia ke?”

“Haha. Ada pulak aku cemburu. Tolonglah. Eh Min, memanglah tak salah kalau kau nak ada perasaan cinta kau tu. Tapi biarlah bertempat, Sengal! Aku ingat selama ni aku marah kau, kau faham. Tapi aku tak sangka kau ni lagi bengap dari sangkaan aku. Haha. Kalau kau nak bercinta, memang aku akan support kau. Tapi kalau kau nak bercinta dengan Hani tu memang kerja gila kau tahu. Kau ni memang boleh masuk Maharaja Lawak lah,” dia jawab. Aku makin tak faham.

“Apa kau cakap ni?” aku nak minta dia bagi aku faham.

“Kau ni memang confirm bebal. Nama saja degree holder tapi tahap bebal kau tu kalah budak tadika kau tahu tak?”

“Maksud?”

“Woi bongok! Tak kan lah kau nak bercinta dengan si Hani tu? Dia tu perempuan. Kau pun perempuan wahai Jasmin! Kalau kau nak bercinta pun cari lah lelaki, mangkuk!” Comot jawab dan sambung gelak.

“Oh..” serius aku baru tahu.. @_@

***
terima kasih sekali lagi sebab sudi baca sampai habis. =)
Do leave your comment.

09 June 2011

A Call From An Alien..

Assalamualaikum..hehe

Tajuk entry tu bha..Tak menahan nak omputih..haha..Entry kali ni berkenaan dengan entry semalam, bacalah entry tu kalau korang tak tau. hehe.

Cerita dia macam ni. Kan semalam KA post entry pasal penyamun tu. Lepas dah bosan ngadap lappy ni KA pergi al tengok tv. Cerita apa ek time tu. Oh 360 yang pasal Harley Davidson tu. tengah sebok tengok tv tu tetiba hempon KA pon berbunyik. Memang eksaited gila la kan nak angkat  call. Ye la da lama takda orang call.. single okeyh!

Masa nak angkat call tu tergamam kejap. 'Alien mana pulak call aku ni'.. Bukan apa, nombor tu langsung KA tak kenal. pelik pulak tuh. Tapi angkat je la kan. Mana tau ada alien planet NAMECK nak battle wushu dengan KA ke kan.haha.

KA: hello..

Alien: hello..ko okeyh ke?

KA: aku ok je..kenapa?

Alien: ko kenal tak ni sapa?

KA: haha.. Kenal..aku tengok nombor ni pelik je pon aku dah tau.. Bila dengar je suare ko aku kompom.. ni mesti orang dari India call..HAHA..

Alien: Kurang hajar! haha..wei ko okeyh ke? aku baru je bace blog ko..

KA: Blog aku? jeng3~ oh.. Benda tu dah lama la. kan aku dah bagitau kat situ benda tu dah lama..

Alien: oh ye ke?  haha..aku tak perasan kot..


Apa la Alien ni.. kan KA dah mention kat situ bende tu berlaku tahun 2009. hehe. Lain kali baca sampai habes ye korang.

ni Alien korang~
haha.. KANGGA c Alien.. LOL

Lama juga la KA berbual sembang2 dengan c Alien ni. Ya la dah dekat setahun dah dy meninggalkan Malaysia ni kan. Bila dia telepon KA apalagi..gosips la.haha. Macam2 la kami bercerita. Itu ini gosip sana gosip sini kutuk sana kutuk sini.. Kompom banyak dosa terkumpul.. [JANGAN TIRU AKSI INI]

paling sedih dia cerita dia tak nak balik Malaysia selagi tak habis study.. Bukan sebab dia dah lupa diri ke hape.. Tapi sebab nak save budget. Sebab sewa bilik kat sane dah mahal. alalalal ciannye dy... Tak pe la wahai Alien.. Bukan ko takkan balik kan.. Lambat sikit je.

Kalau dulu dia ada kat Sabah, memang tak ada keje lain..sebab dia belum keje lagi..haha.. Takde la dulu kitorang selalu la jugak lepak sama2.. Tapi sekarang kan dia dah jauh.. kat UK(bukan INDIA..tipu je td)..bukan Ulu Kelang okeyh~

Teringat masa diorang nak flight balik semenanjung.. 

Belakang dari kiri: Syafiq, Syafiq (yang ni tak pergi UK ye :p), Mat (yang KA story kat entry penyamun tu) Aidi(yg ni tumpang bergambar je), Haziq (erm..) Depan dari kiri: KA, Fizan.

Tu last dah kitorang jumpa dorang. Lepas tu takda dah.

Alien ada cakap kat KA yang dia duduk sana tak makin putih pun..HAHA..sangat suka statement itu. maknanya KA masih tetap lagi putih dari ko la kan Alien..haha..

Tak kesah la ko putih ke hitam ke kelabu ke hijau ke pink ke.. aku tetap sayang ko Alien..hehe..

ok lah.chow dulu..tatatititutu~~~




    

08 June 2011

PENYAMUN!!! lariiikkk

Dah lama dah KA nak post entry ni kat dalam blog ni tapi entah lah..alasan paling manang adalah malas nak taip.hehe. Sebenarnya tak ramai yang tau kisah ni tapi ramai yang tau pasal kejadian ni. Bacalah..

*****

‘Fuh..penat aku meronda satu KK. Oh ye. Teringat pulak. Semalam Mat ada cakap yang dia balik dari KK jalan kaki. Aku nak try jugak lah. Macam  best je dengar cerita dia tu kan. Hehe’, kata aku dalam hati.

Dan aku pun meneruskan perjalanan aku dari CP menuju balik ke Asrama Jati. Aku cek dompet aku time tu, kosong. Yang ada Cuma kepingan2 syiling je. ‘Esok esok je la pergi ATM. Dah malam. Kalau pergi ATM karang lagi lambat sampai asrama. Balik ni jumpa Mat. Dia ingat dia sorang je mampu balik dari KK jalan kaki?haha..’ aku memang suka cakap sorang2.. Ye la. Aku nak cakap dengan siapa lagi? Dah aku jalan kaki sorang2 je.. Tapi masa tu memang seram la. Walaupun jam cuma baru pukul 7 lebih kan. Bukannya aku seram pasal takut vampire gigit. Aku seram sebab takutkan hantu kepala hitam. Penyangak!

Aku teruskan perjalanan aku yang nak kata aku berani tu tidak la jugak. Tapi aku buat2 cool aje. Harap2 tak kena kejar anjing la kan. Tu lagi satu makhluk yang lagi ngeri daripada hantu. Kalau kena kejar, hilang cool aku. Haha.

Sampai depan Sacred Heart church tu aku dah start seram sejuk dah. Sebab aku pernah dengar dari siapa entah yang cakap dekat belakang church tu ada kubur. Aku sendiri tak tahu ada ke kuburnya entah tidak. Tak kan aku nak cek pulak kan. kang tak pasal2 kena gigit dek Stefan Salvatore karang terpaksa aku jadi vampire. Lepas tu mula la sorang2 dekat Asrama Jati tu kena gigit ngan aku pulak. Lepas tu muncul la pulak ladang vervain yang diusahakan oleh Macik Rossa (masa tu Mak Cik Rossa masih ada). Lepas tu aku pun x datang dah kat cafe tu. Dan sekarang ni cerita ni dak merepek la pulak..

Tak ada la. Masa depan church tu aku macam biasa je. Nak takut apa kan. Paling takut pun kalau ada kereta terbabas langgar aku je. Kalau aku kena langgar ngan kereta confirm aku jadi vampire sebab nak revenge kat driver tu. Haha. Korang bayangkan aku dah la penat jalan2 kat KK kn. Pastu aku jalan kaki pulak tu balik asrama. Penat punya pasal aku pun duduk la kejap rilex2 kat bus stop depan Ujana Tang Dynasty Hotel tu.

Masa tengah aku sedap2 urut2 kaki aku tu.. (pasan muka kau! Sapa suruh nak sangat jalan kaki..AMEKAU!!!).. aku terperasan ada dua orang mamat kat seberang jalan tu laju bebenor berjalannye. Aku pun dengan berbekalkan ‘mother instinct’ yang ada cepat2 bangun dan terus jalan macam biasa. Ye la aku tengok lain macam je mamat dua orang tu. Tapi aku jalan tetap macam biasa. Cool. Mana la tau kan, kalau aku lari dia tau la aku takut. Lepas tu mesti dia terus kejar aku kan. baik aku buat2 berani. Aku perasan sorang (Mamat A) dah lintas jalan, yang sorang lagi (Mamat B) masih ada kat seberang.

Tetiba aku dengar dia ‘psst2’ kat aku. Aku buat tak dengar je. Pastu dia buat lagi dan aku dengar dia dah makin dekat. Alamak! ‘cool...cool..’ kata aku dalam hati. Pastu entah ilmu apa dia pakai tiba2 je ada kat sebelah aku.

“kau ada rokok ka?” Mamat A tanya aku.

“huh? Teda,” aku jawab. Oh, nak rokok rupanya. Ingatkan nak apa lah kn.

“Kau mau ke mana?”dia tanya lagi. Peramah pulak mamat ni kan.

“ke Queen,” simple je aku jawab.

“buat apa di Queen? Siapa sakit?” penyebok pulak dia ni.

“tiadalah. Saya tinggal dekat situ. Dekat2 situ la.” Malas nak layan.

“oh..” sambil dia pegang bontot aku..

’Gay ke hape mamat ni?’ bisikku dalam hati.

“diam kau. Jangan kau bising, kalau kau teriak aku tikam kau,”dia cakap sambil tolak aku ke tepi jalan. Aku masa tu sangat pelik dan terkejut. Blur sekejap. ‘Oh! Perompak!’ aku menjerit sekuat hati..di dalam hati. Aku gabra gila masa tu aku toleh sana sini. Tapi mamat ni..eh salah..penyangak ni terus je tolak aku dan warning aku supaya jangan bising.

Masa aku toleh2 tu aku perasan kawan si penyangak ni dah lintas jalan. Serius aku tak nampak muka dorang sebab sorang tu pakai topi dan tempat tu gelap. Kalau korang nak tau kat mana.. penyangak dua orang tu bawak aku pergi tempat gelap tepi bangunan Petronas sebelah pasaraya Khidmat yang dah terbengkalai tu. Korang cari la sendiri.

“bagi duit kau!” kata penyagak A.

“tolong lah. Jangan bha buat macam ni. Kesian sa,” sambil nak nangis aku jawab.

“bagus kau diam. Kalau kau bising aku tikam kau. Ikut ja apa kami cakap.”

Mangai! Nak tikam...aduh.. ‘ko ambik la apa yang ko nak wahai penyangak yang hensem..asalkan aku tak ada apa2’ bisik aku dalam hati. Sambil tu aku jawab,” sa teda duit bha..tiada apa2”

“mana dompet kau?” dia tanya lagi.

Aku pun keluarkan lah dompet aku dan pass kat dia. Bongok kan. apsal la aku tak lari je masa tu. Penyagak A tu pon cek la dompet aku. Haha. Padan muka! Kan aku dah cakap tak ada duit. Siapa suruh tak percaya.

“apa dalam poket kau?” banyak pulak soalan dia ni. Aku pun seluk la poket seluar aku. Pastu aku tunjuk la kat dia henset ‘sabun’ aku, kunci bilik, dan kepingan2 syiling. Dia pun bagai pucuk dicita ulam mendatang la. Ambik terus  henset aku tu tanpa belas kasihan. Aku pulak memang dalam mood murah hati la masa tu kan. tapi duit syiling aku dia tak ambik pulak. Tak sampai hati agaknya.

“hempon apa?” penyangak B tanya tapi lain sikit cara dia sebut tu. Bukan bahasa sabah yang aku biasa dengar.

“sabung,” jawab penyangak A. Sabung??

“apa dalam beg kau?” penyangak B tanya aku. Masa aku tengah seluk2 beg aku tu dia rampas. Lepastu  dia pulak seluk beg aku. Aku pun bagi la dia seluk.dia keluarkan semua yang ada salam beg tu. Aku dengan baik hatinya membiarkan dia ambik semua yang ada dalam tu. Pendrive 4GB yang aku baru beli, pendrive 512MB yang kawan aku bagi sebelum aku fly ke sabah, handphone apa model entah aku tak ingat yang roomate aku bagi pakai. Semua tu dia kebas. Aku time tu tengok je dia ambik.

“nah. Mana IC kau? Bagi IC kau,” penyangak A hulur dompet aku pastu dia suruh aku bagi dia IC aku.

“mau buat apa sa punya IC?” aku tanya dengan suara yang macam nak nangis. Sambil tu aku keluarkan IC aku.

“kami mau pinjam. Kami mau check-in hotel tapi kami tiada IC. Besok kami kasi balik,” dia jawab sambil rampas IC aku. ‘pinjam?bagi balik?ok kot. Bukan dia curi pun kan?’ aku bisik2 je dalam hati. “apa nama kau ni?” dia tanya lagi sambil try baca nama aku kat IC. ‘gelap la mangkuk! Mana nampak!’ aku cakap dalam hati.

“Mohd Kamalul Ariffin..” aku jawab. Suara dah menggigil dah.

“Kamalul..” dia ulang.

“macam mana kamu mau kasi balik sa punya IC tu?” aku tanya. Masa tu dorang dah nak bla dah lalu jambatan. Dan aku masih mengharap dorang pulangkan henset aku.

“besok jam 12 kau tunggu di bus stop depan Queen. Kami letak di sana” penyangak A jawab. Spontan je dia jawab. “sudah. Balik kau sana. Jangan kasi tau orang ya!” amboih dia ugut aku pulak.

Dorang dah bla. Aku terkebil-kebil sorang2 kat situ. Lepastu aku pun jalan sorang2 sambil nangis. Dalam kepala hotak aku ni terfikir. Apasal lah aku tak lawan balik penyangak dua ekor tu kan. ok..sebab aku panik dan blur gila time tu. Nak lari pun tak terfikir. Bayangkan lah. Henset dah takda. Apa pun tak boleh. Aku pun lari balik asrama sambil menangis..(macam dalam filem hindustan plak)

*****

Cukup la sampai situ je KA story ok..kes ni pun dah habis dah.huhu..
Untuk pengetahuan korang bende ni berlaku dalam bulan Jun 2009. Masa tu KA tak balik Johor. Stay je kat hostel dengan cikgu2 KDC, abang Pojie dan jugak Mat Marjon 2.


p/s:ni bukan rekaan ye..cerita betul.tapi dialog tu ade ubah2 sikit la sebab tak ingat sangat dah. hehe.